EDZRIL SHAH menyimpan beg mereka di dalam bonet, lalu masing-masing masuk ke dalam kereta. Terus Satria Neo itu memecut keluar dari Kawasan villa. Sepanjang perjalanan, Jasmine mendiamkan diri kerana takut. Dia naik terkejut dengan Edzril Shah, lontaran wang tadi juga membekas di dalam kepalanya.
Tangannya menggeletar, dia memeluk tubuhnya. Jasmine teringat kisah silam nya di mana dia dipukul dengan teruk tanpa belas kasihan oleh ibu bapanya. Lalu membuatkan dia trauma sampai ke hari ini. Dia takut dengan lelaki yang kaki pukul ataupun baran.
Edzril Shah terkejut memandang Jasmine yang berkeadaan begitu. Dia melihat sekeliling dan memberhentikan keretanya di tepi jalan setelah dirasakan selamat. Dia trauma ke? Tiba-tiba je ni.
"Jas, are you okay? Kenapa ni?" Edzril Shah mempalingkan tubuhnya untuk mendekat dengan Jasmine yang meringkuk di tempat duduk itu.
Jasmine menggeleng laju, pandangannya seperti ketakutan melihat Edzril Shah.
"Jasmine.... Jangan buat saya risau. Please? Bagi tahu kenapa?" Edzril Shah merapat sedikit kepada Jasmine.
"Kau jenis pukul perempuan ke Rell?" soal Jasmine teragak-agak. Getaran suara itu jelas menunjukkan dia berada di dalam keadaan lemah.
Edzril Shah terdiam apabila mendapat soalan tersebut. "Tak, saya bukan kaki pukul. Saya cuma nak ajar Si Raissa je."
"Awak trauma ya Jasmine? Hmn." sambung lelaki itu, sambil memerhati bahasa tubuh Jasmine.
Bayangan itu semakin kuat, suara tengking menengking di dalam kepala semakin jelas.
Membuatkan Jasmine kian serabut. Tiba-tiba sahaja wanita itu merintih dalam tangisan. "JJ.... Jangan pukul perempuan Rell.... Jangan buat diorang jadi macam aku."
Edzril Shah hampa. Kata-kata itu seakan membantai dirinya. Jujur, dia mahu mendakap wanita itu dan menenangkan Jasmine. Tetapi dia tahu dia tidak boleh memegang Jasmine sesuka hati.
"Tak Jasmine, saya tak pukul perempuan pun. Saya janji saya takkan buat dah macam tu depan awak." pujuk Edzril Shah. Aku minta maaf Jasmine, aku tak tahu pun benda kecil ni boleh buat kau trauma sampai macam tu sekali.
'Jangan buat diorang jadi macam aku?'
Hmn nampaknya mungkin Jasmine dibesarkan dengan kekasaran sejak kecil menyebabkan Jasmine menjadi demikian. Nampaknya wanita di sisinya ni bukan sahaja dihancurkan oleh teman, malahan keluarga sendiri. Mungkin ada betulnya bila dia orang cakap yang Jasmine ada broken family.
"Apa yang dah jadi ni Jasmine? Kenapa awak macam ni?" soal Edzril Shah risau. Raissa tu layak kena lebih teruk sebenarnya Jas....
"Family aku pukul aku sejak kecik Rell, diorang cakap macam-macam benda buruk kat aku. Aku taknak orang lain rasa apa yang aku rasa. Aku tak nak kau jadi lelaki macam tu. Kau baik, tapi janganlah pukul orang." Jasmine mengomel sedih. Benda ni betul-betul bunuh aku dalam diam.
Edzril Shah akui yang dia tersilap langkah kerana mengeluarkan sisinya yang tadi di depan mata Jasmine. "Tak.... Saya tak buat dah. I'm promise."
Aku bimbang Vent, aku risau entah apa jadi pada Jasmine kalau dia tahu kita buat dia macam ni. Kalau dia tahu siapa kita sebenarnya. Lelaki itu monolog di dalam hati.
"Janji?" Jasmine mengeluarkan jari kelingking kecilnya, dengan getaran.
"Janji Jas." lelaki itu tersenyum paksa dan mengangguk. Dia rasa teruk, Vent.
"Dah jangan nangis, nanti tak cantik...." Edzril Shah menghulurkan tisu kepada Jasmine.
"Takde siapa pernah tenangkan aku Rell, selama ni aku nangis sorang-sorang. Aku mintak maaf sebab nangis depan kau, aku tahu kau cuma kawan aku je." Jasmine mengesat air matanya tadi namun sekali lagi ianya berair. Sudah lama dia menderita seorang diri tanpa ada sesiapapun bertanya khabarnya, tanpa ada sesiapapun yang datang memeluknya dan menenangkannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
STARBOY : Levent Neslisah
DragosteEDZRIL SHAH - Seorang guru sekolah, serba biasa. Di sebalik raut wajah dan kerjaya sucinya, ada sisi yang dia gelapkan. Lelaki yang dihantui oleh masa lalu. Disebabkan kesilapan sendiri, tunangnya Sakinah menjadi mangsa dan mati dengan cara yang tra...
