|bab 3|

37 4 0
                                    

    Selepas sahaja waktu rehat tadi. Pelajar-pelajar di sekolah itu di haruskan pulang, kerana ada pembinaan yang sedang berjalan. Tanpa mengadakan kecederaan yang terjadi, Pengetua meminta semua pelajar mahupun cikgu. Harus meninggalkan sekolah itu dengan segera.

   Kini semua murid sudah keluar dari kawasan sekolah itu. Dan hanya tinggal beberapa pelajar yang masih berada di kelas. Boleh di kira pakai jari. 

   Dan pelajar-pelajar tersebut ialah murid-murid 5Daimond. Siapa lagi kalau bukan haiyan,afly,luthfia dan aafiyah. Suasana dalam kelas itu sangat lah lain daripada yang lain. Masing-masing mempunyai aura yang tersendiri.

    Luthfia akan memastikan dia lah yang paling last keluar dari kelas itu. Dia terlihat haiyan dan muncul idea yang dia sendiri akan tahu jawapannya nanti. “Nanti tolong tutup kan suis kipas tu ya. Terima Kasih”.Arah luthfia dengan selamba. Dia tau yang haiyan tidak akan ikut arahannya, apatah lagi mukanya yang ketat itu memang tidak lah jawapannya.

  Aafiyah yang melihat tingkah laku adeknya hanya mampu menggelengkan kepala. Bukan dia tidak tau sifat adiknya seorang itu. Suka sangat nak mengarah-arah kan orang. Dia pun hairan, suka sangat cari pasal dengan orang. Kalau orang cari pasal dengan dia, dia marah pula. Pelik Sungguh.

   Sebenarnya dia boleh tutupkan sius tu tapi dia sengaja. Sengaja mau kenakan mereka berdua itu. Bukan dia tak sedar muka mereka macam nak makan orang jee.

   Haiyan yang mendengar itu tersenyum sinis. Banyak cantik muka dia, suruh orang lain yang tutup kan suis kipas. Aku tampar kang haa. “Aku tengok tangan kau, macam tak cacat lagi kan?”.Lalu ia membuka langkah dan beredar dari tempat itu. Afly juga turut membuat hal yang sama.

   Seperti yang di bayangkan dia akan terus pergi.“Aih, kau ni dek, dah tau yang dorang begitu kau still nak ganggu ke?”.Luthfia yang dengar itu hanya tertawa kecil.

  “Just for fun sistur, saja cari masalah. Bukan selalu pun kan?”.Ini ialah salah satu hobi luthfia, iaitu mencari masalah dengan haiyan. Walaupun haiyan dingin, tapi kalau bergaduh dengan luthfia boleh gila dia jadinya.

[🌹]

Rumah Haiyan dan Afly

    Afly yang dari tadi melihat abangnya sealan-akan sedang memikirkan sesuatu itu lantas bersuara. “kau ni asal? tadi di kelas kau senyum sorang-sorang, sekarang ni kau diam pula. Kau ada masalah?”.Dia sendiri pun hairan dengan abangnya ini entah apa yang difikirkan betul.

  Haiyan mengeluh kecil. Terkadang ia menyesal pula mempunyai adik seperti afly ini. Tapi biarlah menyesal apapun dia, dia tetap adiknya. “Nothing” itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Afly memandang abangnya tajam. Nasib si afly ni sabar orangnya.

   Afly memutuskan untuk keluar dari tempat itu dan masuk kedalam biliknya. Lebih lama dia pandang muka ketat milik haiyan itu. Lebih cepat dia menjadi anak tunggal. 

  Setelah menjelang beberapa minit.“Aiyan! Afly!, sini turun kita makan ramai-ramai!”.Jerit Tengku Hananiya Aurora menjerit kepada kedua anaknya itu.

  “Ye ibu nanti kita orang turun”.Jawap afly lalu dia memanggil haiyan yang sedang berada di dalam gua. Bilik maksudnya. Dia berjalan kebilik abangnya dan mengetuk pintu tersebut..

TOK

TOK

TOK

Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now