|bab 49|

9 1 0
                                    

Setelah satu jam setengah mereka di kereta itu akhrinya sampai juga di rumah agam yang besar milik keluarga itu. Tengku Kharifin dan Aashaf terus pergi ke office, katanya ada hal yang ingin di bincangkan. Kini di rumah itu hanya ada Tengku Jasliya Haura dan Tengku Luthfie Hyaiden.

"Ibu, Aiden nak tanya sikit boleh?".Soal Luthfie kepada ibunya. Tengku Jasliya yang mendengar itu mengangguk "tanya je lah".

"Aafiyah dan Luthfia macam mana sifat dorang?, bukan apa Luthfie saja nak tanya hehehe".Ibu yang mendengar soalan Luthfie itu terus memandang muka anaknya.

"Aafiyah ni sifat dia lain sikit. Dia ni tak banyak cakap dengan orang yang tak rapat dengan dia. Lepastu, Aafiyah lebih suka buat hal sendiri. Dan dia paling pantang kalau ada yang berani buli luthfia". Terang ibu kepada Luthfie.

Luthfie yang mendengar itu menjawap ."Oh macam tu, jadi perangai Aafiyah ni lebih kurang macam Aashaf lah kan ibu?". Katanya.

"Ha'ah boleh di katakan begitu, Dan Luthfai pula dia lain dari kakak dia, dia ni sangat hyper kalau boleh satu rumah tu, suara di je yang di dengar.Dan dia tak suka tengok orang lain sedih, tapi kalau dia tengok juga dia pun nangis. Dan Luthfia kuat makan paling dia suka makanan lah, Senang cerita sama macam Luthfie lah".Terang ibu lagi kepada Luthfie .

"Oh macam tu." Ucap Luthfie kepada ibu nya. "Dan lagi satu, walaupun begitu, tapi dorang ada satu sifat yang sama. Iaitu jangan pernah berputus asa jika ingin mendapatkan sesuatu. Aafiyah dan Luthfia sentiasa membuat orang yang berada di sekililingi mereka akan tetap tersenyum. Walaupun hati mereka tengah sakit". Gumam Tengku Jasliya kepada Lutfie. Dia bangga mempunyai anak-anak perempuan seperti itu. Walaupun muka

Seketika di antara mereka itu senyap. "Ibu, Haiyan pula macam mana? dan Afly".Soal Luthfie kepada ibunya.

Ibunya yang mendengar itu tersenyum sinis. "Haiyan dia tak taulah nak cakap macam mana, tapi kalaulah Aiden nak tau, Haiyan baik... dia banyak belanja Luthfia makanan and then, ada yang waktu Luthfia sakit Haiyan lah yang tolong jagakan". Gumamnya.

"Hmmm, menurut cerita ibu ni, macam Haiyan suka Luthfia, tapi entahlah kita pun tak tau kan?. Luthfia suka Haiyan?".Ibu yang yang mendengar soalan anaknya itu langsung membalas. Dah macam dektektif lah pula.

"Luthfia, dia masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri. Dia takut kalau, dia buka hati nanti, dia akan kecewa. Dulu dia pernah suka dengan seseorang ni. Tapi Luthfia salah, orang yang dia suka tu, suka orang lain. Dia kecewa... dia kecewa dengan dirinya sendiri. Sebab terlalu berikan harapan kepada orang itu. Dan akhirnya, luthfia tersakiti dan nekad untuk tidak membuka hati lagi, tapi kalau dia buka sekali pun. Tidak akan ada kata untuk peluang kedua. Tapi pengelihatan ibu lah, Luthfia dah mula sukakan haiyan. Cuma dia ego, tapi takpa kita tengok sampai mana egonya itu bertahan."

Luthfie yang mendengar luahan ibunya itu, hanya berdiam diri tidak mampu berkata apa-apa. "Dahsyat-dahsyat lah, Afly pula ibu?".

"Afly pula, ex-crush Aafiyah, Aafiyah pernah bagitau ibu yang dia pernah sukakan Afly, tapi Afly dah ada orang lain dekat hati dia, jadi Qafiyah cuba lah untuk menerima hakikat. But, sejak akhir-akhir ni, dorang makin rapat, siap bergurau, ketawa sama-sama tau".Ucap ibu selamba.

Luthfie yang mendengar itu hanya ketawa. Tidak sangka yang adik-adiknya itu sedikit hmm entahlah.

Selang beberapa minit mereka bercerita. Kini Tengku Kharifin dan Aashaf sudah kembali kerumah. Dan mereka pun makan bersama-sama.

[🌹]

Afly yang melihat dari tadi abangnya mundar mandir bagai ada sesuatu yang terjadi. "Kau asal bang? pening aku tengok kau".

Haiyan yang mendengar suara adik nya itu langsung memandang tajam. Afly yang melihat pandangan tajam milik abangnya itu menelan air liur pahit.

"Aku ada benda nak bagitau kau sikit ni, tapi kau jangan bagi tau orang lain, boleh?".Afly yang terkejut dengan soalan abangnya itu. Tapi dia hanya mengangguk.

Haiyan mengumpulkan seluruh tenanganya dan memberitahunya kepada afly yang... "Aku suka luthfia".Jawapnya selamba.

Afly yang mendengar itu hanya beriak biasa. Dia sudah tau yang abangnya memiliki perasaan terhadap Luthfia. Dari segi layanan pun dah dapat tau.

"Habistu? kau nak aku buat apa?". Soal Afly kepada Haiyan. Haiyan yang mendengar itu langsung mengeluh kecil.

"Aku tak tau lah Afly".Jawapnya selamba. Afly yang mendengar jawapan abangnya itu langsung memberi motivasi.

"Kalau kau suka seseorang, kau bagitau lah dia, yang kau suka kat dia, jangan kau pendam perasaan ni sampai bila-bila bro, nanti perasaan ni Sendiri yang akan siksa kau".Kata Afly kepada Haiyan.

Haiyan yang mendengar itu langsung memandang adiknya. Eh eh leh menyampah pulak aku tengok kau ni. "Kalau dia tolak? tak ke malu aku?, lagi satu aku tak nak couple macam kau".Ucapnya selamba.

Afly yang mendengar luahan abangnya itu diam seketika. "Amboi, perli aku nampak".Haiyan hanya senyum sinis.

"Jadi maksud kau, kau nak terus ajak dia khawin?!".Nada Afly itu kedengaran sedikit kuat. Gilalah abangnya. Baru keluar result dah nak khawin mantap-mantap.

Hambar, sorry hsraa
tak ada idea maaf again
btw, untuk menggirang kan hati yang
tengah sedih ni, haiyan nak ajak luthfia khawin? tapi macam mana dengan luthfia?
dia setuju ke? 😭🥀

Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now