|bab 51|

8 1 0
                                    

           Tengku Syafie yang mendengar itu mula bersuara. "Seperti yang kamu semua tau, yang ayah minta kamu untuk berkerjasama dengan kumpulan BlackWhite. Abah buat macam ni bersebab, SnakeDragon bukan kumpulan biasa-biasa. Mereka hebat, dan apa yang mereka mahu pasti akan dapat dengan apa cara sekalipun, kalau ada yang halang mereka, mereka akan bunuh. Asalkan apa yang mereka ingin kan dapat".Afly yang mendengar itu langsung memandang hairan dengan abahnya.

        "Tapi abah, apa kena mengena dengan kami? bukannya kami nak kata apa... tapi siapa je yang tak kenal dengan kumpulan BlackWhite tu, mereka kuat dan kumpulan kita pun kuat. Jadi kenapa harus kerjasama?.And then, bukan kita semua tak tau yang Lw terlalu kuat dengan privasi kumpulan mereka. Inikan pula nak kerjasama." Soal afly. Sudah lama sebenarnya dia ingin bertanya, dengan abahnya tapi, hari ini baru dapat di sampaikan. Haiyan yang mendengar itu hanya diam. Dia pun ingin bertanya kan soalan yang sama, cuma adiknya sudah membuka mulut terlebih dahulu, jadi biarlah.


    Tengku Syafie yanh mendengar soalan Afly itu, berfikir sejenak. "Yang itu kamu tak perlu tau, nanti pandai-pandai lah abah urus. Yang penting sekarang, abah nak kamu dua hati-hati sentiasa peka dengan keadaan sekeliling".Usai kata bergitu Tengku Syafie terus keluar dari bilik itu.

  Dia mendapat maklumat yang SnakeDragon berada di Malaysia. Dan dia yakin, pasti ada sebab kenapa dia harus kembali. Dan langkahnya terhenti untuk keluar dari bilik itu.

    "Oh ya, lagi satu, nanti makan ye, ibu kamu pesan dengan abah tadi, ibu nak naik panggil kamu, tapi ibu tengok abah naik, tu yang sekali minta tolong". Haiyan dan Afly yang mendengar itu hanya mengangguk.

   "Jomlah makan, aku lapar lah bang".Ajak Afly kepada abangnya. Haiyan yang mendengar itu langsung berdiri dan mereka bersama-sama menuju ke ruang makan.

[🌹]

Aafiyah dan Luthfia hanya membuat kerja masing-masing. Tidak tau apa yang hendak di buat. Mereka mengeluh kecil.

"Aku rindu ibu dan ayah lah".Aafiyah yang mendengar luah adiknya itu turut bersuara."Sama lah, bila lah dorang boleh balik".Ucap Aafiyah.

Aafiyah dan Luthfia memang tidak boleh berjauhan dengan kedua ibu bapanya itu. Rindu yang teramat!.. Kini di antara mereka kembali senyap.

"Kak". Gumam Luthfia sambil memandang muka kakaknya yang cantik cehwahh!. "Hmm apa dia?".Jawapnya seperti acuh tak acuh.

Muncul suatu idea yang nakal di dalam kepala otaknya. "Andaikan lah, suatu hari nanti aku pergi duluan daripada semua k-". Ayat Luthfia tergantung apabila Aafiyah mula mencubitnya.

Luthfia yang terasa seperti ada ketam yang cubit dia itu langsung mengaduh kesakitan. "Hadoi! apa masalah kau ni huh?!".Marah Luthfia kepada aafiyah.

"Aku yang masalah?! kah kau ni hah?! eh asal banyak-banyak soalan, soalan tu juga kau nak tanya!? tak ada soalan lain kah?! asal? dah banyak pahala kau? dah yakin sangat kau dapat masuk syurga?!".Ujar Aafiyah kepada adiknya. Benci betul lah, kalau ye pun jangan lah cakap macam tu, jiwa kita ni tisu tau tsk tsk.

Luthfia yang mendengar itu tersenyum manis. "Sayang juga kau dekat aku".Aafiyah yang mendengar itu langsung membuat muka menyampah.

"Eeuww, geli gila aku".Gila tak sayang! adik sendiri kot, biarpun kadang-kadang gaya macam minta penumbuk, but kita still sayang, cuma titeww nyee maluwwww nak ungkapkan.

Luthfia yang mendengar itu hanya menjeling kakaknya. Kalau sayang tu cakap! jangan di pendam! kang aku mati duluan nangis juga kau.

"Kak".Soal Luthfia lagi. Aafiyah yang mendengar suara adiknya itu langsung memandangnya dengan wajah dingin.

"Kau kalau nak cakap, just cakap jangan nak sikit-sikit kak, sikit-sikit kak... cakap jelah terus jangan buat aku ni hilang sabar, kang ibu dan ayah balik, dorang hairan pulak ada mayat kau dekat tengah rumah ni. Kau nak ke?".Luthfia memandang hairan kepada kakaknya tu.

   Kita tanya pun salah, eish bencinya! nanti kalau aku senyap diam, kau juga yang panik argh! gila lah. "Santailah, yang kau ni nak memanas apa hal? kau period eh?".Soalnya sinis.

"Period kepala otak kau, cakap jelah apa yang kau nak cakap tu eish, aku sepak kang jap gi".Sudah kesal dia mendengar bebelan adiknya itu.

Tapi dia suka, tak ada lah sunyi bethol rumah ni... nasib jugalah dapat adik macam ni huh. Luthfia yang memandang hairan kepada kakaknya itu, tetiba menghayal pulak.

"Apa perasaan kau, kalau contoh erk, contoh ni contoh je, jangan nak berharap setinggi langit, nanti kecewa seluas lautan. Contoh lah co-".Aafiyah yang mendengar itu langsung mengeluh kasar dan.

Pak!

Bunyi lengan luthfia di pukul kuat. "Sakitlah gila!, kau ni! kau tunggu kau! aku bagitau ibu biar padan muka mu dengan pantat kuali!".Ucapnya Luthfia sambil mengosok lengan nya yang di pukul oleh kakaknya.



Jadi apa yang sebenarnya luthfia
nak sampai kan ni? hmmm uolss tau?
ada kah jangan-jangan dia nak bagitau
yang dia dah mula sukakan haiyan?
eits, jangan berharap lebih nanti tersakiti.
cehwaaa HAHAHAH, sorry.😂


Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now