|bab 22|

8 1 0
                                    

Kereta Haiyan...

Tiada satu bunyi pun kedengaran di kereta itu. Haiyan hanya membawa kereta dengan had yang sederhana tidak laju dan tidak pelan.

Terkadang dia menoleh ke belakang melihat keadaan Luthfia. Aafiyah meletakkan Luthfia di tempat duduk belakang.

Dia sudah melihat semuanya yang berlaku tadi.Hati bagai membara melihat Luthfia di tolak sebegitu. Ingin saja dia pergi ke situ. Tapi dia bukan siapa-siapa untuk menghalang. Lebih baik dia berdiam dan hanya menyaksikan.

Flachback time...

Dia tidak senang duduk. Firasatnya ada perkara buruk yang sedang berlaku. Dan dia mula mengikut adiknya dari belakang.

"aku pergi tandas kejap".Ucapnya dingin. Mark dan Anik hanya mengangguk tanda mengiyakan.

Sebenarnya dia ingin melihat apa yang berlaku. Dia sendiri pun terkejut drngan tingkah lakunya. Tidak pernah-pernah dia ingin melihat apa yang berlaku.

"apasal ni?"soal nya dingin.Afly yang terkejut dengan suara garau itu melatah "opocot lapan lima, eish apa kau ni, kata tadi tak nak ikut. ni tetiba macam hantu di belakang pula".Gumam afly.

Haiyan yang mendengar hanya menghiraukan. Dia fokus dengan apa yang terjadi di depan matanya.

"Eh, apa masalah korang ni? huh? datang tak di jemput tetiba cakap pasal tu... dah kenapa koyak ke ?"Gumam aafiyah.

"Argh!, aku tak nak tau! yang penting ... afly tu aku punya!".Kata Ardha tidak mahu mengalah. "Afly tu bukan suami kau lagi kan?, bukan afly sorang haiyan pun sama, Jadi jangan nak sok sok beri amaran bagai. Keputusan exam belum keluar ada hati nak beri amaran. Jadi kalau afly or haiyan bukan milik kamu berdua, itu namanya bukan jodoh oke?" Jawap luthfia sinis.

Haiyan yang mendengar jawapan luthfia itu tersenyum sinis. "Harap muka je comel badan kecik, tapi mulut preh cili api".Desis suara hatinya.

Afly yang mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut ardha itu di dengar. Tidak sangka yang ardha terlalu obses dengan dirinya.

Mereka berdua hanya memerhati tingkah laku dua beradik itu di meja yang lain. Sampai lah Aafiyah dan luhtfia memberi senyuman kepada pakcik raju itu.

Haiyan dan afly cukup terkejut tidak sangka yang mereka ada lesung pipit. Dan senyuman mereka sangatlah ikhlas. Mereka juga turut terpanah dengan senyuman itu.

Sampai lah ardha dan farah mula menolak mereka berdua, tapi luthfia sedar yang belkang mereka ialah bucu meja, dia terus menolak kakaknya di siring.

Haiyan dan afly yang melihat tindakan itu mau menyerang ardha dan farah. Tapi apakah daya seperti biasa tiada hubungan apa-apa.

Realitie...

"Aih, asal lah kau ni, dah tau badan tu kecik, sibuk nak nasihat kan orang apasal? huh? ni kalau tak ada aku dengan yang lain... mungkin kau dan kakak kau terkaku di situ".Kata haiyan seorang diri.

"Ni lagi satu ni, boleh tak jangan buat orang risau? boleh buka mata tu? kau ni kalau tak buat aku risau tak sah kan?".Katanya seorang diri. Dan tanpa dia sedari Luthfia terganggu dan sedar.

"Hmm, Luthfia dekat mana ni? asal kereta kakak lain ni?".Suara Luthfia kedengaran angau. "Eh kenapa akak jadi lelaki ni?!".Suaranya mula sedikit jerit.

Haiyan yang dengar dengan pemilik suara itu mengeluh lega. "Hidup pun kau".Jawapnya dingin. "Eh?!, asal akak macam muka Haiyan pula ni?!".Soalnya terkejut.

Haiyan yang mendengar itu muncul satu idea. "Eh, kau dah sedar ke dek?". Ucap Haiyan sambil menahan ketawa.

Luthfia yang mendengar turut membalas . "Tak lagi, kepala ni masih pening lagi".Jawapnya selamba. Tanpa dia sedari Haiyan sedang prank dia.

"Tapi kak, asal muka kau, suara kau sama macam haiyan sebijik gila!".Katanya. Haiyan yang mendengar langsung membalas.

"eh, mana ada sama je muka aku ni, kau tu yang miring sikit".Katanya selamba, luthfia yang mendengar langsung berkata.

"Eh? oh begitu". Dan tanpa membuang masa dia terus bangun dari tempat duduk kebelakang dan pindah ke tempat duduk depan.

Dan kini kedudukan Luthfia sebelah Haiyan. Haiyan yang memanda turut terkejut. "Kau ni dah kenapa gila ke?" .ucap Haiyan dengan nada terkejut.

"ala, bukan selalu pun..." Kata Luthfia sambil memandang tingkap Haiyan yang mendengar hanya diam diri. "k-kak kepala lut-luthfia sa-sakit".Gumam Luthfia dengan nada yang gementar.

Haiyan yang mendengar itu langsung sedikit panik. "eh kau ni dah kenapa? tadi bukan main bising".Ucapnya sedikit takut. "kak tsk-tsk sa-sakit ". Kata Luthfia sambil memegang kepalanya dan matanya mulai kabur dan pandangan nya mula hitam.

Haiyan yang sedar yang Luthfia mengalami kanser otak terus membawa kereta dengan laju. Dia sudah tidak peduli dengan lampu isyarat kereta. Yang dia tau, dia ingin membawa Luthfia ke hospital dengan segera.

"Luthfia! bangun!".Jerit Haiyan, namun semuanya hanya sia-sia. Rasa takut mula mengusai diri Haiyan. Dia terus memecut laju dan menuju ke hospital.

Habislah, otak luthfia dah mula miring jengjeng jengjeng. Jadi macam mana ni? adakah luthfia akan .... entah author tara tau.

Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now