|bab 17|

7 2 0
                                    

    Hari berganti hari. Mereka sudah tamat menjadi pelajar tingkatan 5 dan hanya menunggu masa keputusan exam mereka keluar.

Rumah Aafiyah dan Luthfia..

   "Aih bosannya".Ucap Luthfia sambil baring, Aafiyah yang mendengar keluluhan adiknya itu hanya mampu memasang riak wajah kosong.

  "Aku pun bosan juga, kita pergi markas nak?".Soal Aafiyah tiba-tiba dengan nada yang teruja. Luthfia memandang wajah kakaknya sebentar.

   "Ok jom, kejap bersiap dulu". Aafiyah yangn mendengar hanya mengangguk. Adiknya kalau bersiap hanya 2 atau 3 minit je. Jadi dia tidak penat lah menunggu.

   "Ok dah" Aafiyah yang memandang adiknya dari atas sampai bawah. Dia akan memastikan adiknya memakai pakaian yang sesuai dan tidak menonjol.

   "Handsok dah pakai?" soal aafiyah sinis. "Ada kakakkho". Jawap luthfia. Aafiyah yang melihat adiknya dari tadi hanya senyum.

   Mereka hanya memakai pakaian yang berwarna hitam. Manakala, Aafiyah memakai tudung shawl berwarna biru gelap dan luthfia pula memakai tudung bawal berwarna hitam.

   Tanpa membuang masa mereka terus keluar dari bilik. "Ibu, Wiyah dengan ara nak pergi markas jap... ibu nak pesan apa' tak?".Soal wiyah kepada ibunya.

   "Hmm, tak ada".Jawap ibu kepada wiyah. Wiyah yang mendengar jawapan ibunya itu mengangguk tanda mengiyakan.

   "Baiklah kalau macam tu, Cik Puan Tengku Jasliya Haura, Anakmu yang cantik' ini pergi dulu ye, jika kalau ada apa' hanya call ye ibunda ku sayang". Ucap luthfia kepada ibunya.

  Ibunya yang mendengar lansgung membalas "Ye lah wahai anak' ku sekalian". Ibu hanya layan sejak perangai anak' nya itu.

  Aafiyah yang melihat karenah adiknya itu hanya mampu ketawa kecil. "Ok ibu, kita orang pergi dulu ya, assalamualaikum".Kata Aafiyah kepada ibunya.

  "Waalaikumussalam, Hati' bawa kereta tu! ingat kamu tu belum khawin! ibu nak juga rasa timbang cucu!!".Jerit Ibu kepada anak' nya itu.

   Aafiyah dan luthfia saling memandang muka antara satu sama lain. "Aik, sejak bila pula ibu cakap pasal khawin bagai ni?".Soal luthfia kepada kakaknya.

   "Entah aku pun tak tau".Jawap Aafiyah kepada adiknya. Tanpa membuang masa mereka terus menuju ke garaj kereta dan mulakan perjalanan ke markas.

   Sambil aafiyah memandu, Luthfia hanya memandang tingkap, tidak ada satu suara pun yang kedengaran hanya bunyi radio yang kedengaran.

  Sampai lah Luthfia bersuara."Kak, kau singgah kedai makan boleh tak?, aku lapar lah... tetiba perut ni buat hal".Kata luthfia sambil memeggang perutnya.

  "Kau ni, baru habis makan nak makan lagi? tadi kat rumah bukan main rakus makan, ni lapar lagi? kau ada bela saka ke apa?".Bertubi-tubi jawapan yang di berikan oleh kakaknya.

  "Eh mana lah aku tau, perut aku, bukan perut kau kan?".Lutfhia tidak mahu mengalah dengan kakaknya. Yelah mana lah dia tau time-time ni perutnya kosong.

  "Asal kau tak try tanya perut kau tu?".Jawap aafiyah selamba. Luthfia yang mendengar langsung menanyakkan perutnya. "Wahai perut, kenapa kau lapar balik?".Soal luthfia kepada perutnya sambil memegang perutnya.

  Aafiyah yang melihat tingkah laku adiknya terus ternganga. Tidak sangkah adiknya selurus ini. Luthfia yang melihat kakaknya itu langsung berkata.

   "Tutup-tutup juga mulut tu nanti masuk lalat baru tau".Suara luthfia sinis. Aafiyah yang mendengar langsung mengeluh. "Sabar aafiyah sabar".Desis suara hatinya.

  Tanpa membuang masa dia terus menuju ke Restoren Mamak itu. Aafiyah mematikan enjin kereta.
 
  Aafiyah dan luthfia turun bersama-sama dan masuk ke kedai makan itu. "Selamat Datang, adik manis... adik manis mau order apa?".Soal lelaki yang seperti 34 tahun lebih.

   Luthfia yang kedengaran itu menahan ketawa. "Hmm, bagi saya Teh Tarik Sejuk Satu, Nasi Ayam penyek satu dengan ABCD".Aafiyah yang mendengar itu langsung menggelengkan kepala.

  "You sistur?".Soal luthfia kepada kakaknya. "Bagi saya, Air Cincau satu". Jawapnya ringkas. Lelaki yang bernama Raju itu menulis apa yang di pesan oleh mereka, lalu beredar dari situ.

  Sambil mereka menunggu luthfia melihat kakaknya yang sedang serius bermain telefon nya itu. "Kak, aku nak cakap sikit".Kata luthfia dengan nada serius.

  Aafiyah yang mendengar suara adiknya itu terus meletakkan telefon nya dan tumpuan nya seratus peratus kepada adiknya.

  "Teruskan".Ucap Aafiyah dengan santai."Sebenarnya yang serang markas kita tempoh hari tu ialah budak' SnakeDragon dan itu bukan masalahnya sekarang. Sekarang ni aku dah dapat jejak lokasi mereka sekarang." Terang luthfia kepada kakaknya.

   "and then ? baguslah tu kalau kau dah dapat jejak... teruskan dan jangan sampai hilang jejak, nanti kita bagitau ayah pasal ni".Jawap aafiyah, luthfia yang mendengar hanya mengangguk.

  Usai beberapa minit akhirnya makanan luthfia pun tiba "hey adik manis, ini awak punya makan sudah siap".Ucap lelaki itu.

   Luthfia hanya senyum dan mengucap kan terima kasih. Mata nya bersinar melihat makanan nya di atas meja. Tanpa membuang masa dia membaca doa makan dan terus lahap makanannya.

   Aafiyah yang melihat tingkah laku adiknya itu tersenyum seketika. Walaupun mereka selalu bergaduh tapi, mereka tetap ada untuk satu sama lain.

   Dia mengambil telefon nya dan menangkap beberapa keping gambar adik kesayangan nya makan. Luthfia yang sedar dengan tingkah laku kakaknya itu hanya biar kan saja. Tangkap lah banyak mana pun, yang penting dia makan HAHAHAHA.  

-

Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now