Luthfia berasa sedih. Tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Banyak hal yang ia fikirkan, bagaimana dia ingin memberitahu keluarganya? Macam mana dia hendak menghadapi semua ini? Kuatkah lagi dirinya?.
"mampukah aku untuk hadap semua ni hiks hiks". Ujarnya sendiri, airmatanya lebih deras membasahi pipi gebu miliknya.
Dia sebenarnya tidak lah pergi ke tandas, cuma ingin menyenangkan hati sahaja. Turut rasa bersalah dalam dirinya setelah meninggi suara dan terhempas meja. Dengan tindakannya sebegitu, mungkin menganggu rakan sekelasnya yang lain.
Namun tanpa dia sedar. Ada seseorang yang mengikutnya dari belakang dan orang itu mendengar apa yang luthfia luahkan.
Hatinya terasa sungguh sakit terdengar suara perempuan kecil itu menangis. Kalau lah boleh biarlah dia sendiri yang mengalami itu.
Ingin sahaja dia mendekati luthfia. Tapi dia tau emosi perempuan itu sedang tidak baik. Jadi lebih baik dia berada di situ sampai emosinya baik .
[🌹]Haiyan yang melihat luthfia keluar dari kelas itu. Terus mengikuti luthfia dari belakang. Dia berasa serba salah.
Niatnya hanya untuk bergurau seja tapi tidak tau pula akan jadi sampai begini. Afly yang perasan dengan tingkah laku abangnya itu mula berfikir.
"Abang dah suka luthfia ke? ke abang ada rasa kasihan? tapi kenapa kalau abang ganggu aku tak ada pula dia nak kejar-kejar. Pujuk pun pi tumbuk aku".Bermacam-macam soalan yang keluar di kepalanya.
Haiyan hanya mengikut luthfia di mana sahaja dia pergi. Dia yakin luthfia bukan mau ke tandas tapi ke belakang sekolah untuk melepas kan marahnya.
Dia juga terdengar semua isi hati luthfia. Turut rasa sedih dengan keadaannya. Selepas beberapa minit dia mengintip luthfia. Dan dia melihat luthfia sudah tenang tapi masih menangis. Chee cengen.
"Ekhem".Luthfia yang terkejut terus padang belakang. Wajah yang dia marah tadi turut hadir rasa bersalah. "Eh duduk lah... Auchm".Luthfia terus terbersin nasib tak kena haiyan.
"Ei pengotor gila kau ni luthfiaa". Jawap haiyan dengan nada biasa.Luthfia yang dengar terus diam. Boleh kah luthfia bunuh dia? dah lah tetiba-tiba datang pastu cari gaduh lak ni kalau aku sepak kau ni sampai ke matahari.
"Kau ni tsk k-kalau nak tsk datang s-sini tsk tsk nak buat aku marah, Bagus tak payah datang tsk".Luthfia terus meneruskan tangisannya.
Haiyan yang dengar langsung panik.Aduh macam mana ni dia dahlah tak beberapa pandai bab-bab pujuk ni.
"Ok, Aku minta maaf. Sebenarnya aku tak bermaksud pun nak buat kau marah".Ucap haiyan. Luthfia yang mendengar langsung mengangkat kepalanya.
"hmm".Jawap luthfia singkat. Dia juga ingin minta maaf tapi egonya terlalu tinggi. Tapi perasaan serba salah mengalahkan egonya.
"Luthfia pun nak minta maaf sebab termarah haiyan tadi. Saya tak dapat kawal emosi saya tadi. Sekali lagi saya minta maaf". Selepas sahaja kata begitu dia mengeluh lafas lega.
Haiyan yang setia mendegar hanya mampu tersenyum. Luthfia yang melihat haiyan senyum langsung terpegun dengan ketampanannya. Tidak pernah dia melihat haiyan senyum seperti ini.
Luthfia yang angau sebentar tadi langsung menggeleng kan kepala. "Astagfirullahalazim , kuatkan lah imanku".Desis di dalam hatinya.
Haiyan yang melihat muka luthfia terus tertawa "aih asal lah comel betul kau ni luthfia, dengan muka yang baru habis nangis, tambah dengan hingus lagi".Ucap haiyan. sama sisa ketawanya tadi.
Luthfia yang mendengar langsung malu berubah wajahnya menjadi merah. Dah blushing tu blushing lah tak payah nak sorok-sorok bagai.
"Eh apa pula macam tu, tapi awak baru tau ke yang saya ni memang syomel tau HAHAHAHA".Jawap Luthfia bangga. Dah mula dah. Haiyan yang dengar langsung menjeling. Pantang betul kalau ada orang puji.
Selepas sahaja berkata begitu. Mereka pun diam antara satu sama lain. "Haiyan, kenapa awak ikut saya sampai sini?".Soal luthfia hairan.
Bukannya dia tidak tau ada orang yang ikut dia. Cuma dia malas untuk ambil tau. Haiyan yang dengar langsung memandang luthfia.
"Entah lah, aku pun tak tau lah kenapa aku kena ikut kau. Dah lah menyusahkan".Jawap haiyan selamba.
PAK!
Bunyi botol air di lempar tepat ke arah haiyan. Luthfia yang melempar botol air itu kearahnya merasa senang hati. Sudah dari tadi lagi dia bersabar dengan si haiyan ni.
"Hadoi!,sakit lah apa kau ni ish".Kepala haiyan yang terkena botol air tadi diusap perlahan. Takda lah sakit mana, cuma haiyan tu je yang melebih.
"hah tulah kau aku tanya serius betul-betul kau main-main pula, tu baru sikit tau".Jawap luthfia sinis. "Kecik besar jerr aku tengok kau ni, kalau aku potong-potong tangan ni budak kecik ai, harap jer nama cantik. Tapi tak padan langsung dengan perangai".Desis hati haiyan.
Haiyan hanya melihat luthfia dengan wajah yang marah. Tak pernah-pernah lagi ada orang yang berani humban botol air dengan dia. Nak kena budak kecik ni.
Luthfia yang sedar dengan perubahan muka haiyan langsung ada perasaan serba salah."sakit sangat ke? maaf lah kalau sakit. Tapi takpa hati saya dah lega dapat pukul awak". Haiyan yang dengar langsung pukul balik luthfia dengan botol.
PAK!
"Hadoi!,kau ni asal? luthfia pukul sikit jer kan yang haiyan pukul kuat sangat ni asal?".Haiyan yang mendengar bebelan luthfia hanya beriak muka biasa.
"Kalau aku tanya kau something boleh?".Luthfia yang mendengar langsung mengangguk kepalanya.
"Aku terdengar tadi apa yang kau luahkan. Aku betul-betul nak minta maaf pasal tadi tu. Aku tak ada niat pun sebenarnya".Ucap Haiyan.
Luthfia langsung memandang muka haiyan. "Kena sampuk apa mamat ni, tetiba banyak cakap pulak". Desis hati luthfia.
"Kau dengar ke apa aku cakap ni?".Haiyan sedar yang luthfia dari tadi diam."Kau dengar semuanya ye?, hmm takpe lah benda dah jadi nak buat macam mana".Jawap Luthfia.
"Oke kita kosong-kosong eh?".Haiyan yang mendengar langsung senyum. Luthfia? jangan dikatakan dah angau.
"Jomlah kita masuk kelas dah hampir setengah jam kita dekat sini".Ajak haiyan. Lalu mereka pun bangun dan menuju ke kelas.
Always be happy right!?
YOU ARE READING
Setia Bersamaku!.
Документальная прозаSetia Bersamaku. 🌹 Haiyan si lelaki yang dingin,tampan dan tidak pernah menyukai mana-mana perempuan. Ketua Kumpulan Black's. "Ni lagi satu ni, boleh tak jangan buat orang risau? boleh buka mata tu? kau ni kalau tak buat aku risau tak sah kan?"...