|bab 13|

10 2 0
                                        

   Haiyan yang sedang berjalan-jalan dengan menaiki motor r15 itu berhenti di sebuah hadapan kedai cafe. Dia menanggalkan helmetnya dan membetulkan rambutnya yang sedikit serabut itu.

   Orang yang lalu lalang terpanah dengan kekacakkan milik Haiyan itu, dengan rambut yang sedikit serabai itu menambah kan lagi tampannya.

   Haiyan yang sedar dia sedang di perhati hanya mampu beriak biasa. Sudah biasa dengan pandangan orang lain terhadap dirinya. Ini lh yang dia malas kalau jadi kacak HAHAHAH.
Amboi angkat bakul sendiri nampak.

   Tanpa membuang masa dia terus masuk kedalam cafe itu. Dia melihat setiap orang yang berada di dalam cafe itu. Yelah manatau ada musuhkan.

    Langkahnya terhenti dan matanya melirik dengan seseorang yang tidak asing baginya. Hatinya bagai berbunga-bunga melihat orang itu. Dengan memakai tudung yang labuh, baju oversaiz itu menambah kan lagi kecomelannya.

   Siapa lagi kalau bukan Tengku Luthfia Hyarawiyah. Terbit senyuman di muka Haiyan dia angau seketika.

   Haiyan yang tidak sedar dengan tindakan hatinya itu langsung menggelenkan kepala. "Eh asal pulak dengan aku ni hadoi".Desis hatinya, lalu dia kembali menjadi dingin dan hanya beriak biasa.

   Dia melangkah ke meja Luthfia. "eh kenapa pulak aku pi meja dia ni hadoi buat malu lah".Suara hatinya. Haiyan yang tidak sedar dengan tindakannya itu langsung beriak biasa.

  Luthfia yang sedang duduk sambil bermain telefonnya itu terhenti setelah melihat figura yang berada di hadapannya .

      “Eh haiyan, buat apa kat sini?”.Soal luthfia yang berada di depannya. Haiyan yang melihat Luthfia yang sedang duduk itu memasang muka dingin.

    Haiyan menghiraukan soalan Luthfia. Lalu ia menarik kerusi di hadapan Luthfia. Luthfia memasang muka blur.

    “Eh eh lehh, suka hati pula Haiyan duduk sini erk? Dahlah duduk satu meja dengan orang. Orang tanya bukan di jawap pun hadoii”. Bebel Luthfia selamba.

  Haiyan hanya memasang telinga. Dan menanyang muka selamba. Dia mengeluh seketika. “Diamlah, tak penat membebel?”. Ujarnya selamba.

   Luthfia memandang Haiyan dengan tajam. “Kau yang tetiba datang dekat sini, main duduk pulak tu, cakap Terima Kasih pun tidak. Ada hati nak suruh orang diam”. Geram pula dia sama si haiyan ni, sudah lah datang tidak di undang. Ada hati suruh orang diam. Huh!

   Haiyan yang mendengar lantas bersuara. “Terima kasih, kau dengan siapa datang sini?”.Soal Haiyan. Luthfia yang mendengar langsung menjawap.

    “Sendiri sajaa lagipun bosan lah duduk rumah nak juga jalan-jalan sebulan sekali”. Jawap Luthfia.

    Haiyan tau yang Luthfia sedang berbohong dengan dirinya. “Kau fikir aku tak tau yang kau dari jumpa doktor hm?”.Luthfia yang mendengar hanya mampu pandang lantai.

     "ai sebok je mamat ni entah datang dari mana tak di jemput tetiba muncul pula depan aku, siap tanya bagai. kat sekolah macam peti ais bergerak kalau dekat sini seribu soalan yang di tanya ai benci bethol aku".Ucap Luthfia.

    “Kalau aku cakap pandang aku. Jangan tengok lantai tu, jangan sampai aku lekatkan lantai tu dekat muka kau”.Suara dingin milik Haiyan langsung tidak di hiraukan oleh Luthfia.

   “Eh eh lah suka hati mata saya lah, sebok bagai kenapa? ada masalah? takde kan”.Lalu Luthfia menjelingkan matanya.

    "kecik je aku tengok kau ni luthfia , kalau aku bakar kau prehh".Cadangan otak Haiyan itu membuat dia sedikit teruja.

    Sedang mereka bersembang ada beberapa orang yang sedang memperhatikan mereka berdua. Tidak jauh daripada di tempat yang mereka duduk.

   “Oi! Haiyan! Luthfia rasa macam ada orang sedang memperhatikan kita lah".Ucap Luthfia. Luthfia sudah terbiasa dengan keadaan begini. Jadi sebab itulah dia malas mahu keluar rumah.

   Haiyan yang dengar kata Luthfia itu terus berubah wajah nya menjadi lebih dingin. Luthfia yang melihat itu menjadi sedikit takut. Sikit je tak banyak un.

   “Aku rasa kau patut balik sekarang ni”.Kata Haiyan dingin. Dia perasan dengan perubahan dengan wajah Luthfia. Bukan niat itu menakutkan luthfia cuma entah lah.

   "oke, saya balik dulu. Assalamualaikum gila".Kata luthfia langsung berlari keluar dari cafe itu. Haiyan yang melihat kepergian luthfia itu mengeluh lega.

Tanpa membuang masa Haiyan terus menyerang orang yang memerhati mereka tadi. Nasib sajalah dalam cafe itu hanya mereka' sahaja.

BUK!

BUK!

BUK!

BUK!

  Dalam beberapa minit sahaja orang yang tadinya memerhati itu sudah tumpas di tangan Haiyan. Dia memandang sinis lalu ia mengeluarkan iphone miliknya.

  “Aku nak kau ambil bangkai ni bawa pergi tempat biasa”. Selepas sahaja berkata begitu Haiyan terus keluar dari cafe itu.

   Tidak dengan itu dia sempat mengodam cctv di cafe itu agar tidak terkantoi supaya pemilik kedai itu tidak dapat di serahkan kepada pihak kuasa. Dia juga menyuruh agar pemilik cafe itu berdiam diri.

[🌹]

   Aafiyah yang sedang membeli belah di shopping mall seorang diri. Dia sudah mengajak adiknya tetapi dia menolak akibat ingin pergi ke sesuatu tempat.

  Sambil Aafiyah berjalan' di situ, matanya tertuju kepada seseorang yang tidak asing dengannya. Turut ukir senyuman yang manis di mukanya.

   Tetapi senyuman itu hilang seketika kerana dia melihat afly bersama cinta hatinya yang sedang makan bersama' afly.

   Hatinya bagai kaca yang pecah bertaburan. "buat apa aku nak cemburu? Aafiyah kau bukan siapa' nak cemburu, cuba cermin diri kau tu dulu, afly tu dah ada orang lain kau move on jelah banyak lagi orang yang lebih tepat berada di hatimu itu."Fikiran afiyah membuat dia berasa benar.

   Benar jika afly sudah menemukan kebahagian, dia haruslah mundur diri mungkin jodohnya dengan orang lain maybe?. Kita mana tauu.

   Tanpa membuang masa dia terus beredar dari situ dengan perasaan sedih. Mood nya yang ingin shopping itu hilang terus, melihat orang yang dia suka bersama orang lain.

   Afly perasan yang dia sedang di perhatikan oleh seseorang. Tetapi dia tidak tahu siapa yang memperhatikannya.

   "kenapa you macam pelik semacam ni? oke ke tak you ni?".Soal Ardha dengan wajah yang pelik. Dari tadi mata Afly ni seperti mencari sesuatu.

   "hah? eh, tak lah you dah habis makan ke? kalau dah l nak balik ni kerja banyak lagi yang tak siap".Ucap Afly. Memandangkan spm dah nak dekat mereka pun di tugaskan untuk membuat latihan.

   "dah habis dah pun l makan, tulah you dari tadi duk sibuk je pandang tempat lain, asal muka l tak cantik ke huh?".Afly yang mendengar itu hanya mampu senyum hambar.

   "Oke lah kalau macam tu l nak balik dulu, ni you bayar eh? oky bye ardha".Langsung sahaja arly berkata begitu dia terus lari meninggalkan ardha seseorang di kedai makan itu.

  "Tak guna kau afly!, kau tunggu kalau aku tak dapatkan kau, tiada siapa pun yang boleh dapat kan kau juga. Hanya aku, kau milikku seorang!"Ucap ardha dengan suara perlahan tambah lagi dengan senyuman sinisnya.

Jadi guys bagaimana ? tak best kan? oh jelas HAHAHAHA oke its oke teruskan membaca. Tapikan apa yang d maksudkan dengan ardha? siapa dia sebenarnya ni? korang tau ? entah lah hsraa pun tara tau  HAHAHHA.

Setia Bersamaku!.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang