|bab 19|

7 2 0
                                    

Di dalam kereta itu tiada satu pun suara yang kedengaran hanya bunyi aircond yang di dengar. Anik menjadi pemandu tidak berbayar, Haiyan duduk di sebelah tempat pemandu dan dua ekor itu di belakang.

"Asal senyap kereta ni? ada malaikat lalu ke apa?" soal Anik secara tiba-tiba. Yelah dari tadi start dorang gerak budak-budak tu tak habis-habis bicara.

Haiyan yang sedar dengan itu langsung menoleh ke belakang. Dan ya Afly dan Mark sudah tumpas dan sedang bermimpi berada di bulan.

"Dorang tidur".Jawap haiyan selamba. Anik yang mendengar langsung mengangguk. Dan terus memandu sambil itu,untuk menceriakan suasana anik mula memasang radio dan di kuat kan sedikit suara rodio itu.

Hariku lebih indah
Pabila kau ada
Ku menunggu
Kau pulang

Pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyuman manis
Mu sayang...

Haiyan yang mendengar lagu ini langsung mengingat telatah lawak Luthfia. Tidak sangka lepas ni mereka menuju ke haluan masing-masing. Haiyan yang teringat akan telatah lawak Luthfia itu turut tersenyum nipis.

Dan dia tersedar dengan itu langsung menggeleng kan kepalanya. Anik yang melihat tingkah laku sahabatnya itu langsung perlahankan sedikit radio itu.

"Eh kau asal ni? ok ke tidak?".Soal Anik sedikit cemas, tidak pernah' lagi dia melihat Haiyan begini.Afly yang mendengar itu turut terjaga dari tidur nya.

"Asal ni? aih kacau daun betul lah... baru nak mimpi jumpa jodoh dah ada pengacau".Gumam afly yang masih lemas akibat tidur nya terganggu.

"Eh eh leh, kau yang beria ajak keluar, kau pula yang tidur macam dah tak nak bangun-bangun. Aku ingatkan kau dah tak nak bangun dah".Ucap Anik dengan sinis.

Afly yang mendengar itu menggenggam penumbuk kosong. Nasib lah di kereta kalau di luar dah lama dah dia tumbuk muka anik tu.

Haiyan yang mendengar pergaduhan mulut manja itu antara anik dan afly. Dia hanya berdiam diri tidak mahu ambil peduli biarlah.

Mark hanya santai tidur. "Aih si Mark ni, kita dah bising macam mulut murai pun tak bangun-bangun lagi?".Soal Afly.

"Cuba kau cek, nadi dia berdenyut lagi tak?".Arah Anik kepada Afly. Afly yang mendengar langsung mengikut arahan rakannya.

"Hidup lagi ni".Jawap Afly selamba. Anik yang mendengar hanya mengangguk. Dan ya akhirnya mereka tiba di kedai makan setelah sekian banyak bergaduh mulut.

"Afly, kau bangunkan Mark".Ucap Haiyan selamba dan terus keluar dari kereta itu bersama dengan Anik.

  "Balik-balik aku, asal kena aku juga aih apalah nasib... sabar jer lah".Dan tanpa membuang masa dia terus membangun kan Mark.

"Mark bangun mark bangun".Afly menggoyangkan badan mark namun ianya hanya lah sia-sia tidak ada sedikit pun tindak balas dari mark.

"Hadoi, tidur mati ke apa?"ucap Afly sendirian. Afly yang melihat itu memikirkan suatu idea yang bernas. "Tunku Mark Irsyad! bangun kita kena serang bangun Mark! Mark!".Ucap Afly sedikit panik.

Mark yang tersedar akibat goncangan dan suara itu tadi terus keluar dari pintu. "Hah! mana musuh tu mana! keluar kau setan! keluar kau!”. Jerit mark di situ.

Nasiblah tidak ramai orang di situ kalau tidak panjang lagi. Afly yang melihat tindakan mark itu terus terkeluar ketawa nya. Mark yang hairan dengan tindakan afly itu memasang muka blur.

"yang kau ketawa ni asal? kan kena serang bodoh ke apa?".Ucap Mark selamba. Afly yang terdengar itu langsung mengawal pernafasannya balik.

"kau tu yang bodoh, gila ke apa?! mana ada musuh time' ni HAHAHAHAHAHA".ketawa afly masih tersisah. Sementara mark memikirakan sesuatu.

"Shit!, kau prank aku?! TENGKU AFIFLY SYAFIE!!! mari sini kau! aku bunuh kau hidup-hidup!!".Jerit mark dengan penuh marah.

Afly yang sedar dengan jeritan mark itu langsung lari menuju ke tempat abangnya. Abangnya yang melihat telatah adiknya itu sudah di fahami.

"asal korang lambat sangat?".soal anik serius. "kawan baik kau tu tidur macam nak mampos!".Jawap afly sedikit di tekan kan.

Mark yang melihat afly sedang duduk bersama haiyan mengeluh nafas kasar. Kalau dia buat macam-macam dekat afly depan matanya, sah-sah dia kena dua kali ganda.

Walaupun haiyan dan afly selalu bergaduh. Tetapi haiyan tetap menyayangi adiknya itu. Dan dia tidak akan benar kan sesiapa yang berani menyentuh adiknya sendiri kecuali dia. Kalau dia dapat tahu yang adiknya di kacau, dia akan membalas dua kali ganda.

Dan tanpa membuang masa dia duduk di sebelah anik. "Hidup lagi, ingatkan dah mati"Kata anik sinis. Mark yang mendengar hanya menjeling anik.

Afly yang melihat mark langsung menjelir lidah tanda mengolok. Mark yang melihat langsung mengangkat jari tengahnya.

"Ekhem"Haiyan mula bersuara, afly dan mark terus berdiam diri, lebih baik diam daripada tersakiti tak ke begitu?.

Dan tanpa membuang masa datanglah pakcik yang bernama raju itu mengambil pesanan. "Selamat datang Tuan, Tuan-tuan mau makan apa?".Soal Encik Raju dengan ramah sekali.

Mereka berempat hanya membalas dengan senyuman. Walaupun mereka bersifat begitu tetapi mereka masih ada sifat saling menghormati.

"Hi to you to pakcik, saya nak Nasi Goreng Special dan Air Milo sejuk syatu".Ucap afly serta membuat nombor satu.

"Saya pula bagi... samalah macam yang dia minta tadi".Gumam haiyan. Encik Raju itu melihat mark dan anik. "Kami pun lah pakcik bagi sama dengan dia".Gumam mark kepada encik raju.

"Oke mantap, dalam beberapa minit lagi akan siap wokey?".Mereka berempat hanya senyum dan afly membuat tanda wokey kepada encik raju. Dan encik raju beredar dari situ.

Eh kejap?,Encik Raju?

Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now