|bab 2|

72 4 0
                                        

   Setelah memastikan mangsa yang membuat kacau itu telah mati. Afly terus keluar dari tempat tersebut. Baru sahaja dia membuka pintu untuk keluar dari bilik itu, terdapat satu figura yang sedang melihat ia.

  “Eh cinta hatiku”. Latah afly setelah  memandang wajah abangnya yang dingin dan  tiba-tiba berada di hadapannya. Setau di, Haiyan tadi sudah pergi meninggalkan tempat ini. Tapi kenapa masih tercegat dekat sini?  pelik sungguh.

  “Kau kenapa ?”.Tanya Haiyan dingin muka dia memang nampak seram ke? .“Eish!  kau ni kan! kalau lah aku mati tadi!? nasib lah aku ni tiada sakit jantung tau tak!?”.Hampir pecah telinga haiyan mendengar jerkahan dari afly lantas ia mengundurkan sedikit langkahnya agar telinganya tidak rosak di buatnya.

  “Kita pergi sekolah sekarang”. Haiyan hanya menghiraukan adiknya yang tengah memandang ia bagai mahu telan. Dia membuka langkah lalu beredar dari tempat itu.

  “nasib kau abang aku , kalau tidak memang dah lama aku bakar kau hidup-hidup baru bagi makan anjing dekat hutan tu biar puas hidupku”.Desis kata hatinya sambil menggenggam penumbuk kosong. Mata tajamnya memerhati langkah abangnya itu.

   Haiyan seakan-akan faham apa yang afly fikirkan. lantas ia memusingkan badanya dan berkata “Jangan ingat aku tak tau kau mengumpat aku ”.Afly terus berhenti mengumpat abangnya di dalam hatiya. Pelik macam mana abangnya boleh tahu erk?. Tanpa menglengahkan masa mereka menaiki motor superbike yang di beli oleh mereka sendiri dan menuju kesekolah.

[🌹]

   “Cik Wiyah dan Cik Ara”.Aafiyah dan luthfia yang sedang membuat hal sendiri itu terhenti apa bila dengar suara yang mereka sudah anggap seperti nenek mereka sendiri.

   “Eh Makcik kiah, tak payah lah panggil kitaorang dengan menggunakan cik cik ni panggil je nama biasa. Ara ok”.Mereka pun hairan, sudah di beritahu berkali-kali agar tidak memanggil mereka dengan gelaran 'cik' tapi makick kiah tetap sebut. Mungkin dah terbiasa kali.

  “Ha'ah, betul cakap luthfia tu, gak usah ribet-ribet panggil wiyah dengan ara aja gapapa kok”. Luthfia dan makcik kiah yang mendengar percakapan aafiyah itu turut tertawa kecil.

   “Hmm, yelah wiyah,ara ni makcik kiah dah masak sesuatu kat dapur tu nanti makan ye”.Kata makcik kiah dan berlalu pergi.

   Aafiyah dan luthfia hanya tersenyum melihat telatah makcik kiah. Chomel. “Comel lah makcik kiah hehehehe luthfia sayang makcik kiah”.Gumam luthfia dia suka melihat telatah makcik kiah pernah satu kali luthfia mengenakan makcik kiah. Habis makcik kiah bersilat di dapur. Aafiyah hanya senyum lalu mereka bersiap dan pergi ke sekolah.

[🌹]

Setelah sampai di sekolah

    Sesampai di sekolah mereka berdua terus turun dari kereta. aafiyah dan luthfia sentiasa bersama-sama dan mereka sentiasa melakukan apa pun bersama. Tanpa membuang masa mereka terus ke kelas 5DAIMOND.

  Seketika itu, mereka berdua berjalan menuju ke kelas hanya wajah dingin yang di tayang oleh aafiyah tiada sedikit pun senyuman yang terukir di wajahnya. Namun, tidak dengan luthfia setiap saat dia tersenyum kepada orang lain nasib saja dia pemalu kalau tidak setiap orang yang lalu dia bersuara "kiu kiu cukurukukuk cukurukuk kuk kiu". Lebih kurang sebegitu.

  Aafiyah dan luthfia berjalan di laluan yang jarang pelajar lain menggunakan. Senang di jadikan cerita, laluan tu hanya di gunakan oleh para pelajar yang tahu sahaja. Jadi tanpa mengelakkan kesesakan mereka berdua menggunakan jalan itu. “kau tau yang kumpulan tu dah mula gerak kan”. Kini luthfia berubah tiga ratus enam puluh darjah.

Setia Bersamaku!.Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang