|bab 59|

18 1 0
                                    

Luthfia yang mendengar itu mengeluh kecil. kalau sudah gaduh mulut dengan Haiyan, jangan mimpi nak menang. "Yelah Haiyan yelah, dah tepi Luthfia nak masak, laparrr".Haiyan yang mendengar itu hanya turuti.

Haiyan hanya melihat tingkah laku Luthfia. Yang memilih bahan masakan di pandang hairan. "Kau masak apa ni?". Tanya Haiyan dingin. Luthfia hanya menjeling Haiyan.

"Ok, Haiyan number syatu Luthfia, Haiyan just tengok Luthfia yang masak je ok? jangan banyak soal, nanti tak pasal-pasal kau yang aku masak".Lalu ia sambung masak. Banyak soal bethol lah si Haiyan ni adeh.

"Masaklah aku, aku tak takut pun".Uarjnya kepada Luthfia. "Betul ni?".Haiyan hanya mengangguk tanda mengiyakan.

Luthfia memandang Haiyan. "kalau aku masak dia ni sedap ke tidak?,kalau aku masak dia ni... tak ada lah kawan aku nak gaduh. aih takpa lah".Desisnya dalam hati.

"Tak jadilah".Ucap Luthfia sambil berperang dengan kuali. "Oh ok" itu sahaja yang keluar dari mulut Haiyan.

Setelah mengambil beberapa minit akhirnya siap juga. "Dah siap yeay!".Ucap Luthfia bangga. Haiyan yang melihat itu hanya diam.

Luthfia menuju ke tempat meja makan. Dan tanpa membuang masa dia membaca doa lalu makan. Tanpa dia sedari ada Haiyan yang sedang memandang ia makan.

"Haiyan nak?".Soal Luthfia kepada Haiyan, kesian pula Luthfia tengok. Haiyan hanya diam tidak berkata. "Diam tu maknanya iya, jap Luthfia pergi ambil sudu".

Lalu Luthfia bangun dari tempat meja makannya dan menuju ke dapur untuk mengambil sudu. "Oke dah dapat! jom sambung makan".

"Nah ambil ni".Ujarnya kepada Haiyan. Haiyan langsung mengambil sudu itu dari Luthfia. "Nah, jom makan sama Luthfia".

"Makan satu pinggan dengan kau?".Soal Haiyan kepada Luthfia. Luthfia yang mendengar hanya mengangguk. "Tak nak eh? tunggu lah kejap Luthfia ambil pinggan". Katanya lalu bangun dari tempatnya.

Haiyan yang melihat itu langsung bersuara."Eh tak payah". Ujarnya. "Jadi? takpelah, Haiyan makan lah Luthfia dah kenyang".Ucap Luthfia kepada haityan.

Haiyan masih ragu-ragu dengan masakan Luthfia. Kut-kut dia letak racun, tak ke mati awal dia? Luthfia yang melihatnya Haiyan seperti tidak mahu makan itu dia tegur.

"Makan lah Haiyan,takde racun dalam tu... kalau kau tak nak bagi Luthfia, biar Luthfia makan". Haiyan yang mendengar itu. Langsung mengambil lalu menyuap kedalam mulutnya.

Luthfia yang melihat Haiyan makan itu langsung tersenyum. "Macam mana sedap?". Haiyan hanya diam. Dia menikmati makanan itu.

Sedap tu, sedap lah cuma, tulah sedap memang sedap cumaa apa eh? sedap, memang sedap lah. tapi tak lah sedap mana tapi boleh lah.

Dan sampai lah suapan terakhir baru haiyan bersuara. "Sedap". Itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Lalu ia bangun dan menuju ke singki.

Luthfia yang mendengar itu sudah tersenyum sampai ke telinga. Ini baru pertama kali, yang bukan ahli keluarganya telah merasa masakannya.

"arghhh! masakan aku sedap lah siakkk!!".Jeritnya pelan. Usai begitu Haiyan yang tadi menuju ke singki kini hadir di hadapannya.

"Jom Luthfia bawa Haiyan pusing-pusing tempat ni".Haiyan hanya mengangguk. Sedang Luthfia menerangkan dan memberitahu Haiyan tentang selok belok tempat ini.

Kini mereka berdua terberhenti di sebuah bilik. "Dan ini pula bilik menembak". Terang Luthfia. "Aku tau lah budak kecik, jom kita main tembak-tembak nak?".Ajak Haiyan kepada Luthfia.

"Ok jom". Lalu Luthfia dan Haiyan masuk ke bilik menembak itu. Banyak jenis pistol yang ada di sana. Boleh di katakan lengkap.

Setelah mengambil beberapa minit. Akhirnya mereka dapat pilih pistol yang mereka akan gunakan. Bunyi tembakan itu memenuhi ruangan itu.

Dan tanpa mereka sedari ada dua orang yang sedang melihat mereka berdua. Siapa lagi kalau bukan Tengku Syafie dan Tengku Kharifin.

"Hebat Haiyan tembak, tepat dengan sasaran. Sama macam kau". Puji Tengku Kharifin kepada Tengku Syafie ."Anak aku kan". Katanya selamba.

"Luthfia pun apa kurangnya". Ucapnya Tengku Syafie. Tengku Kharifin yang mendengar hanya tersenyum. Lalu mereka pun beredar dari situ.

Setelah Haiyan dan Luthfia puas bermain tembak-tembak akhirnya mereka berhenti. "Hebat gila kau". Haiyan yang mendengar itu langsung tersenyum.

"Baru kau tau? aku memang hebat". Luthfia yang mendengar itu langsung menjeling. Pantang betul orang puji. Riak!

"Jomlah kita pergi siasat si Cris tu, nanti dia duduk lama-lama kang pengsan". Ajak Luthfia kepada Haiyan "Ok jom".

"Sebelum tu,  satu kali ajak dorang Afly". Haiyan yang mendengar itu memasang muka blur. "Yelah jadi tak payah lah sudah nak bagitau. Bilik tu jauh". Terang Luthfia.

"Kau nak cari dorang dekat mana?". Soalnya dingin. "Dekat bilik game, dah jom". Lalu mereka terus berjalan menuju ke tempat Aafiyah.

[🌹]

"Aafiya siring Aafiyah! tengok peta tu fiyah!". Jerit Afly. Mereka sedang bermain ML. "Kau jaga aku! weh tolong aku weh!". Jerit Mark lagi.

Afly,Aafiyah,Mark dan Khyri itu bermain game. Yang laun pula Hans, Alfius dan Anik pula entah bermain apa.

"Khy! tengok si Miya tu weh!! halang dia cepat!!!".Jerit Mark kepada Khyri. Khyri yang mendengar langsung mengejar Miya.

"Mari sini kau Miya, kau dah ceroboh kawasan kami". Katanya dengan penuh amarah. Mereka bermain game itu, dengan fokus sekali.

"Weh!, jangan semua berkumpul! tengok peta bah! asal semua ni? buta map ke apa?!". Marah Aafiyah. Semua pergi ke situ, ke situ lah juga yang lain pergi. Beban sungguh.

Dan.... "Yeay kita menang yeay! kalean semua beban huhahahhahaha".Ucap Mark sambil menari-nari.

Aafiyah,Afly dan Khyri yang melihatnya hanya menjeling. "Dia yang beban cakap kita pula, ni kalau aku toreh-toreh muka dia ni". Gumam Khyri geram. Dia yang banyak kali mati, dah lah beban boleh pula cakp orang lain beban.

"Sah-sah kau tu yang beban!".Jerit Afly, geram pula dia tengok si Mark ni aih, cakap orang beban dia tu yang beban.

Aafiyah yang mendengar hanya tertawa melihat karenah mereka itu. Dia suka melihat persahabatan mereka semua itu. Dia juga ingin mendapat sahabat seperti itu.

Namun, dia takut jika di khianati sekali lagi. Tidak semua orang yang berkawan dengan dia baik. Ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan.

"Aafiyah aku nak cakap sikit pa-". Soalan Afly itu tergantung apa bila melihat Haiyan dan Luthfia memandangnya dengan sinis.

Agak-agak lah kan, apa yang afly nak cakap ni? aih susah lah kalau macam ni, ayatnya pun gantung-gantung. cerita ni hambar and sorry 😔 😭

Setia Bersamaku!.Where stories live. Discover now