Prolog

18 0 0
                                    

Tuan Harsyat, pengetua sekolah SMK Senja mengeluh apabila mendapat notifikasi daripada KPM untuk menutup sekolahnya secepat yang mungkin.

Lelaki yang sudah berusia ini memicitkan kepalanya, tidak memahami dengan keputusan kurang cerdas daripada kerajaan.

Kenapa dia perlu menutup sekolahnya sedangkan SPM akan berlangsung lagi dua bulan? Gila ke? Apa yang akan dia jawab kepada ibubapa murid-muridnya?

Memang sudah banyak khabar angin yang tersebar di seluruh Malaysia ini, tentang sekumpulan pengaruh kepercayaan tahyul yang dipanggil 'RED MOON'. Kata mereka, kumpulan ini mengorbankan pasangan kekasih yang mencintai satu sama lain sebagai balasan untuk mendapatkan hidup yang kaya raya. Dan kumpulan ini mencari cinta yang tulus dan suci, yang tidak pernah kotor. Tidak ada satu pun rasa benci didalamnya, dan cinta remaja.

Memang banyak khabar angin mengatakan Red Moon akan datang kesetiap sekolah untuk mencari korban. Tapi tidak pernah pun terjadi lagi disekolah-sekolah lain.

Kerajaan sekarang ingin mengambil keputusan untuk menutup sekolah yang berada dikawasan Wilayah Persekutuan setelah menerima banyak rayuan daripada rakyat.

Tapi pihak sekolah tidak setuju akan hal ini, tiada satu sekolah pun setuju. SPM akan berlangsung lagi dua bulan, dan susah untuk cikgu-cikgu membuat persiapan demi anak-anak muridnya.

Seketika lamunan pengetua itu diganggu oleh ketukan pintu dari pintu pejabatnya.

"masuk" ringkas suruhan Tuan Harsyat.

Seorang wanita yang kelihatan berusia 30-an itu masuk sambil menunjukkan muka kerisauannya.

"Tuan, semua sekolah dah keluarkan surat bahawa mereka akan menutup sekolah mulai esok. Tinggal sekolah kita saja tuan yang masih tidak membuat keputusan. Kerajaan beri kita masa sampai malam ini. Apa kata tuan?" soal Puan Maryam, selaku penolong kanan pengetua.

Tuan Harsyat mengeluh sekali lagi. Susah untuk dia buat pilihan, apatah lagi bila dia risaukan pelajaran anaknya, Haeriqal Eriq yang akan menduduki SPM nanti.

" Maryam, apa kata awak? Perlu ke kita tutup sekolah kita untuk dua bulan?" tuan harsyat tidak menjawab, malah dia menanyakan soalan yang sama kepada maryam.

Puan Maryam terkejut. Dia terdiam seketika sebelum menjawab semula dengan yakin.

"Pendapat saya, saya rasa tak perlu untuk kita tutup sekolah masa ini. Kita mula tutup sekolah dua minggu akan datang. Mulai sekarang, saya akan suruh cikgu-cikgu untuk sediakan bahan ajaran untuk mengajar murid-murid tingkatan 5 secepat mungkin. Dan untuk tingkatan yang lain, kita biarkan mereka cuti kecuali Tingkatan 5. After 2 weeks, kita tutup sekolah. " jawab puan maryam memberi pendapat.

"Bagaimana jika kerajaan tidak approve?"

"kalau macam tu kita tipu je mereka yang kita dah tutup sekolah. Murid tingkatan 5 perlu ke sekolah memakai baju biasa saja untuk mengelakkan kerajaan daripada tahu." puan maryam memberikan pendapat lagi.

Tuan Harsyat diam buat sementara untuk memikirkan cadangan penolong kanannya itu.

Beliau merasakan cadangan itu agak bernas dan boleh menolong anak muridnya juga. Perlahan-lahan orang tua itu menganggukkan kepalanya.

"Baiklah, keluarkan surat bahawa kita akan tutup sekolah esok. Dan keluarkan surat ke setiap tingkatan bahawa mereka cuti kecuali tingkatan 5. Jangan lupa untuk beritahu mereka bahawa baju yang berkaitan sekolah dilarang untuk dipakai ketika kesekolah atau disekolah. Perbincangan kita tamat, terima kasih Puan Maryam." Tuan Harsyat mengatakan keputusannya muktamad. Puan maryam pula mula berjalan keluar dari pejabatnya dengan senyuman yang mencurigakan.

Dengan itu, Tingkatan 5 mula datang kesekolah tanpa disedari mana-mana pihak kecuali sekumpulan yang kelihatan curiga memakai baju berwarna merah dan lengan yang mempunyai tattoo bulan merah.

"this is 2991, smk senja still available. Tell the date, we will attack."

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now