Bab 3.

12 0 4
                                    

Aruna yang baru sahaja berjalan masuk ke sekolah itu terhenti apabila dia terlanggar seseorang. Matanya berkelip tanda terkejut.

Matanya kini mula tertuju kearah sang penghalang jalan tadi. Rupanya seorang lelaki yang dia memang berniat untuk tidak bertembung hari ini. Lelaki yang paling popular disekolah ini, Haeriqal Eriq.

"Aduh, kau kenapa berdiri tengah tengah alam ni?! Takde tempat lain ke nak berdiri" bebel aruna. Lelaki itu memandangnya terkejut, pagi-pagi sudah kena marah.

Aruna memang anti lelaki ini, dia memang tak suka cara orang lain sanjung lelaki ni. Kalau lelaki ini sudah ada dihadapan matanya memang mulutnya tiada insurans ler meluahkan semua perkara yang dipendamnya.

"waalaikumussalam puan risha. Maaf ye saya berhenti dekat sini tadi ada sampah, saya nak ambik tapi tak sedar awak ada dekat belakang saya. Maaf sangat-sangat" jawab riqal dengan nada sopan.

Memang lain daripada yang lain kesabaran mamat acah baik ni. Pagi-pagi kena marah pun boleh sopan lagi.

"Dah lah kau sana sikit, aku dah lambat ni!" Aruna menolak lelaki itu perlahan tidak mahu kurang hajar sangat. Kekasaran dia ini memang ajaran abang-abang lahanatnya yang ada dirumah. Bukan salahnya.

"Maaf tentang kawan saya Riqal, dia pagi-pagi memang takde mood. Biasalah perempuan" kata aila, salah seorang rakan karib aruna sebelum berlari ke arah kawan-kawannya.

Haeriqal mengeluh. Pagi-pagi lagi wanita itu dah ajak bergaduh, penat dibuatnya untuk mencari ayat yang sopan dan beradab supaya tidak dimarahi lagi oleh gadis berselendang hitam ini. Tapi dia suka. Riqal tersenyum kecil.

"risha comel"

"kau cakap apa qal" sergah mierul, rakan karib riqal.

Haeriqal yang tidak sedar akan kehadiran kawannya itu memegang dada lalu beristighfar.

"Astaghfiruallah, astaghfiruallah, Allahuakbar "

PANG

satu tamparan bahu dari haeriqal kepada mierul.

"AUCH, SAKITLAH QAL!"

"tahu pun! salam takde terus sergah. Kau nak aku mati terkejut ke" riqal menjeling kawannya. Tidak sampai satu saat lagi, bahu kirinya disergah.

"AH NASI GORENG AYAM TERAPUNG!" kali ini riqal terkejut sampai melatah. Anir tergelak kuat, kelakar melihat kawannya yang seorang penyabar itu melatah. Jarang untuk melihat suasana ini sebab itu Anir dan mierul merancang untuk menyergah kawan mereka itu.

Mereka berdua diam apabila merasakan bahu mereka dipegang oleh riqal. Anir menelan air liur dan mierul menjilat tangan riqal- wait what?

Anir dan mierul saling berpandangan lalu satu perkataan sahaja yang ada dikepala mereka. "RUN"

Laju mereka berdua berlari, diikuti Riqal yang mengejar mereka. Dan pagi itu bermula dengan jeritan feminine si mierul, tangisan hambar si anir dan ketawa attractive abe riqal.

[][][][][][][][][][][][][][][]

SMK Senja itu mula riuh dengan suara bergaduh, berebut dan teriakan dari murid-murid tingkatan 5 itu. Macam budak-budak. Aruna duduk di katilnya yang dihujung sekali, memang tempat kegemarannya adalah tempat paling jauh sekali daripada masyarakat beban.

Earphone dipakai lalu dia menutup matanya. Lagu Atlantis itu kedengaran di telinganya. Tidak mahu mengemas barangannya, dia mula terbuai dalam mimpi. Maklum disebabkan hari pertama, pukul 8-11 pagi itu adalah waktu pelajar mengemas dan memilih katil mereka.

Tempat mereka tidur 2 minggu kot mestilah perlu pilih katil yang selesa dan kemas barang mereka yang penuh dengan skin care dan make up bagi murid perempuan. Tempat Aruna masih kosong, tidak disentuh. Hanya patung nya yang berbentuk kereta sahaja yang ada di tangannya.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now