Bab 22.

8 1 1
                                    

Peluh didahi dilap, keluhan kasar dilepaskan. Tangan sudah merah dan lebam akibat mengangkat batu-batu berat dari tadi. Semua pelajar lelaki dipaksa mengangkat barang berat dan membawanya ke tapak perhimpunan iaitu di tengah tengah kawasan sekolah.

Pelajar perempuan pula menyusun batu-batu itu menjadi suatu bentuk yang disuruh oleh Jery. Makin lama bentuk itu semakin jelas dilihati.

Seperti tempat pengorbanan.

Sudah 4 jam berlalu dan mereka semua masih tidak berhenti bekerja. Yang paling sibuk diantara mereka semua adalah shafiq, dia dari tadi kehulur kehilir membawa barang-barang seperti pedang, pisau dan perkara-perkara lain atas suruhan niki sendiri.

Aruna masih tidak sedarkan diri. Haeriqal pula masih melakukan sedikit rawatan luka bersama ahli doktor red moon.

Mereka semua sudah kepenatan. Panas, dahaga, penat, lapar dan semua perasaan terkubur didalam hati.

Mereka berdoa bahawa semua ini akan berakhir. Bahkan sesetengah dari mereka sudah tidak kisah untuk mati asalkan mereka dapat merasa ketenangan sekali lagi.

Sudah beberapa hari berlalu, mengapa keluarga mereka masih tidak sedar lagi apa yang terjadi?

“OK REHAT 30 MINIT” jerit jery dari tingkat atas.

Ayatnya itu membuatkan semua dari mereka refleks jatuh terduduk. Ada yang menangis, ada yang termenung, ada yang diam dan merenung nasib mereka. Hanya menunggu untuk mati.

Mierul merangkak perlahan-lahan ke tepi. Kakinya sudah bengkak kerana dari tadi tidak berhenti berlari untuk memberikan batu berat itu kepada yang lain. Wajahnya sudah penuh dengan kehitaman. Walaupun begitu, wajah kacaknya masih terpampang kelihatan.

Dia menarik lalu menghembuskan nafasnya perlahan. Dia melakukannya berkali-kali untuk menghilangkan rasa kesedihannya.

Tiba-tiba sahaja bahunya ditepuk. Seorang gadis yang sangat dikenalinya duduk ditepinya. Kedua dari mereka langsung tidak bersuara. Dua-dua sudah tidak larat untuk berkata apa-apa lagi.

Mierul hanya ingin mahu bersendirian, tapi dia langsung tidak kisah apabila lily berada disebelahnya. Dia suka.

“mierul” panggil lily lembut.

Mierul memalingkan wajahnya ke arah lily. Rambutnya yang serabut menutup separuh mukanya. Matanya juga sudah tidak kelihatan. Lily mengeluh lembut lalu dia mengeluarkan 5 penyepit rambut berbentuk bintang.

“meh sini” lily menarik mierul untuk mendekatinya. Kepala mierul sedikit menunduk supaya senang untuk lily menyepit rambutnya.

“satu dekat sini, satu dekat sini. Satu lagi dekat sini. COMEILAH MIERULL!” lily menyepit tiga bintang itu di rambut mierul. Wajah lily kelihatan ceria berbanding tadi.

Mierul tersenyum lembut, dia lega dapat menggembirakan lily.

“bak lagi dua” mierul memberi isyarat supaya lily memberikan lagi dua penyepit rambut bintang itu kepadanya.

Tangannya yang menyambut penyepit itu terus membuat kerja. Tangannya laju pergi ke arah tudung milik lily lalu sepitkan bintang yang pertama di tudung belah kanan lily.

Lalu lagi satu dia sepitkan di sebelah kiri pula. Senyuman mekar bagai bunga mierul berikan kepada lily.

Kedua dari mereka tergelak kecil melihat perangai kebudak budakkan mereka masih terbawa bawa walaupun dalam situasi begini.

Lily mengelap debu debu hitam di muka mierul. Mata mereka bertatapan seakan memberi satu isyarat.

Kepada yang lupa, sudah beberapa jam berlalu sejak lily dan mierul mengatakan cinta mereka pada satu sama lain. Walaupun tadi seakan janggal, sekarang mereka seperti tiada apa yang berlaku.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now