Bab 30.

9 0 0
                                    

Bulan merah sudah muncul. Semua dari mereka melihat ke atas. Sekarang lah permulaannya.

Shafiq dan Rizqi masih berlawan dari tadi. Tidak tahu erti kepenatan, mereka sanggup bertarung nyawa. Aila pula duduk ditepi, sentiasa dilindungi oleh shafiq.

Qas pula mengikuti sahaja jejak anir kesana kesini, mereka tidak berbual namun hati masing-masing memahami antara satu sama lain.

Manakala, lily sedang merawat luka mierul. Lukanya kecil sahaja, tapi lelaki itu manja bukan main merengek kesakitan. Lily ikutkan saja kebudakan lelaki itu.

Namun, semuanya berlaku dengan pantas. Pisau itu betul betul laju, sehingga otak lily tidak sempat berhubung.

BUK

Dalam sekelip mata, lily dibawah dan mierul di atas. Mierul muntah darah, pisau itu terkena belakang badannya. Badan lily terkaku. Mierul benar benar dekat dengannya, sehingga nafas lelaki itu boleh didengari jelas.

Air mata mierul terjatuh di pipi milik lily. Mierul akhirnya jatuh dan disambut oleh lily.

“mi..mie..mierul.., wei.. bangun wei” lily mengoncangkan badan mierul perlahan. Mierul memberikan senyuman lemah kepada lily. Mulutnya sudah penuh dengan darah. Air mata sudah mengalir deras.

“sakit...lily..” mierul menarik nafas berat, nafasnya berderu laju. Lily sudah meraung supaya mierul kekal sedar dan tidak meninggalkannya.

“aku tahu mierul, aku tahu.. aku mintak maaf mierul. Aku mintak maaf, wei aku sayang kau wei. Sumpah aku cintakan kau,jangan tinggalkan aku mierul. Kau dah janji dengan aku untuk always together dengan aku. Kau janji nak hidup dengan aku kan, aku tak delusion kan. Wei tolonglah bangun wei, jangan tinggalkan aku mierul..” air mata sudah deras jatuh. Lily mengenggam erat baju mierul.

Tangan mierul bergetar getar diangkat laku diletakkan di pipi lily. Diusapnya perlahan pipi lembut lily sehingga tinggalnya kesan darah milik mierul di pipi gebu gadis itu.

“a..ku..sen..ti..asa..cin..ta..kan..kau..lily..sa..yang..” mierul memberikan senyuman terakhir sebelum tangannya jatuh. Nafasnya berhenti.

Dan ketika itu, separuh jiwa lily juga hilang. Jantung lily seakan berhenti.

Mierul.. dah mati?

Tak mungkin.

Aku baru je borak dengan dia, aku baru je buat lawak dengan dia. Aku baru je jatuh cinta dengan dia.. tapi kenapa sekarang dia dah takde?

Bodoh, aku tak percaya. Aku takkan percaya laki aku dah mati. Tak, aku akan selamatkan dia.

Lily mengangkat badan mierul dengan sepenuh tenaga lalu berlari ke arah suatu tempat.

Semoga berjaya Lily.

•••
•••

“PEGANG DIA BETUL-BETUL, KITA DAH TAKDE MASA!” niki menjerit. Mentera-mentera keji dia uraikan.

Setiap nama iblis yang bertapak di bawah bulan merah itu dipanggil. Haeriqal yang berada di bulatan itu mula tidak tenteram. Badannya mula berbunyi bunyi crack, matanya keputihan.

Dia sudah tidak dapat mengawak badannya.

“LAILAHAILLALLAH”

benda itu merasuknya kuat, haeriqal tidak mampu menghalangnya. Mulut dibuka luas, seluruh tenaga iblis memasuki mulutnya terus ke seluruh sel badannya.

“RIQAL!” aruna mendekati riqal. Wajah haeriqal pucat, teruk dengan perubahan badannya yang makin kurus.

“RISHA.. PERGI DARI SINI! BAHAYA!” riqal menggunakan seluruh tenaganya untuk sedar dan menghalang aruna dari mendekatinya.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now