Bab 26.

3 1 0
                                    

[ARUNA POV]

Setelah perbualan aku dan riqal tamat, kami berdua membuat kerja masing-masing. Akhir-akhir ini, aku dah riqal sudah selesa bersama. Bahkan jika kedua dari kami diam pun, ia tetap selesa. Mungkin sudah kenal hati budi masing-masing.

Aku pergi ke hujung bilik stor, disebelah sebuah almari besi. Aku membuka fon jenama Vivo itu dan cuba untuk mengesan sebarang internet atau line yang berdekatan tapi hampa apabila tiada satu signal pun yang diterima.

Mungkin memang nasib aku untuk mati je dekat sini. Daripada aku merungut baik aku tidur. Memang sekarang semua tubuh badan aku berasa sakit dan berdenyut. Memang perasaan nak bunuh diri tu kuat dalam hati. Dah tak larat nak hidup .

Aku mula baring di kain yang sedikit kotor lalu menutup mata. Tolonglah bila aku bangun ni semua hanya mimpi je. Aku cuma boleh berharap walaupun sebenarnya aku tahu bahawa ini memang realiti sebab badan yang memang terasa sakit ini.

Aku nak mati. Itu saja yang aku dengar dari tadi.

Kalau aku mati takde siapa kisah kan? Apatah lagi mama dengan papa aku. Mama sibuk dengan scandal baru dia dan papa sibuk dengan projek besar besaran dia .

Walauapapun yang aku buat, aku takkan pernah cukup dimata dorang. Mama pula seakan tidak wujud dalam hidup kami adik beradik. Peranan dia sebagai mama hanya wujud apabila syafiq datang menjenguk, dia akan berpura pura baik dan menjaga syafiq dengan penuh teliti.

Diberi makan dan disuap. Bila tiba hari jadi syafiq, semua yang syafiq mahu mesti mama akan beli. Aku dah biasa terima semua tu tapi apa perasaan adik-adik aku?

Tapi aku tak pernah salahkan syafiq. Dia budak yang baik. Sentiasa mendengar kata dan baik hati. Prihatin dan selalu matang dalam semua hal. Aku dan dia seakan kembar, jadi aku takkan pernah ada dendam dengan dia walaupun secebis.

Aku, ariq dan areyn tahu siapa scandal mama. Siapa lagi kalau bukan ayah syafiq sendiri. Sejak pertama kali mama jumpa ayah syafiq, mereka mula rapat. Tahu tahu saja sudah keluar dating. Papa marah sangat bila dapat tahu tentang mama curang.

Tapi dia tetap taknak lepaskan mama sehinggalah sekarang. Dorang dua dah penat. Aku pun tak faham dorang penat pasal apa. Padahal yang tanggung semua bende tu aku, ariq dan areyn. Kitorang yang kena cari duit belajar sendiri dan perlu berdikari sejak dari kecik lagi untuk jaga arif dan airis.

Kitorang tak pernah merungut pun tentang dorang gaduh hari-hari dan buat kami beradik trauma. Tapi semua yang dorang buat hanyalah letakkan salah kepada kitorang.

Mama dan papa salahkan kitorang atas semua benda yang terjadi dekat muka bumi ni. Bukan salah kitorang yang kitorang wujud kan? Siapa yang lahirkan kitorang? Kitorang tak pernah merayu pun dekat dorang untuk lahirkan kitorang semua. Jadi kenapa nak letakkan semua salah dekat anak anak diaorang sendiri?

Memang tak masuk akal. Daripada aku asyik disalahkan lagi dan lagi, aku cuma berharap untuk mati. Bukan bunuh diri, aku cuma nak ditarik nyawa secepat mungkin.

Aku dah tak larat. Badan aku yang mula sakit dan lebam ini tak boleh dibawa sehingga akhir. Aku tak boleh bertahan sampai ke akhir. Aku dapat rasakan yang ajal aku dah dekat.

Aku dah pernah merasa mati sekali, tapi Allah bagi aku peluang lagi. Aku cuma berharap ketika itu Allah cabut saja nyawa ku.

Mungkin ada sebab kenapa aku masih hidup. Aku cuba mencari jawapan sekarang. Mungkin sekarang masa untuk taubat, aku kena bertaubat.

Aku bangun dari tempat aku lalu memandang ketempat haeriqal, jejaka itu sudah nyenyak tertidur. Aku senyum sebentar lalu mula membuka pintu bilik stor itu perlahan. Nasib pintu ini tak kunci.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now