Bab 25.

4 0 0
                                    

Pintu ditolak kasar. Derapan bunyi tapak kaki mula didengari membuatkan arif membuka matanya. Baru sahaja dia berfikir untuk melelapkan dirinya sebentar sudah kena bangun.

Wajah airis yang serabut ditatap malas oleh arif. Adik perempuannya itu sentiasa berpura pura seakan terpaling sibuk dan pada akhirnya dia sendiri yang stres.

“kau dah kenapa ni dik?” soal arif malas. Baru sahaja dia ingin bermimpi tentang aleesha tapi malangnya sudah diganggu oleh airis.

“aku stres lah rif. Upkk tahun depan kot yang ustaz ustazah sibuk nak mangat mangat ajar awal awal kenapaa? And kau tahu rif, tadi aku sibuk bawak kertas banyak-banyak an, alah biasalah kertas kerja yang aku kena isi banyak banyak tu. Aku dah bangga dah aku siap awal, aku nak lah gi hantar, pastu ada satu mamat hensem ni langgar aku. Dia mintak maaf pastu belah, aku nak je maki dia. Dia dah hensem tapi adab takde, atleast tolonglah aku kutip kertas kertas aku yang berterabur tu. And ada certain kertas tu masuk longkang, mana tak mengamuknya aku. DISEBABKAN DIA AKU KENA REPEAT BALIK KERJA AKU!” airis membebel.

Arif menganggukkan kepalanya, matanya tidak sekali pun dibuka. Mendengar nada adiknya itu kian kali membingitkan kepalanya. Adik dia kalau dah bersuara memang takkan pernah habis.“Kau dengar tak ni rif? ARIF!” airis membaling bantal ke arah arif kuat.

Terbangun jejaka itu dengan riak wajah tidak puas hati.

“AKU DENGAR LAH! JANGANLAH BALING LAGI, SAKIT BODO” arif mengusap lengannya perlahan. Benci sungguh jika berbual dengan adiknya, mesti dia akan dipukul atau pun dimaki.

Airis menggulingkan matanya. Dia meletakkan begnya di meja belajar berrwarna hitam lalu mengambil tempat duduk disebelah arif. Keluhan berat dilepaskan.

“aku rindu kak runa lah, rif” airis mengemukakan apa yang terbuku di hatinya sebelum ini. Riak wajah arif berubah.

“aku pun..”

Daripada kecik sehingga besar, hanya aruna yang menjaga mereka dengan penuh kasih sayang. Aruna yang memberikan kasih sayang seorang ibu kepada mereka. Sepanjang hayat, aruna yang mendodoikan mereka, menasihati mereka, menolong mereka, menjaga mereka dan bermain dengan mereka.

Kerana mereka semua kurang kasih sayang insan bergelar ibu.

“rif jom pergi sekolah kak runaa” airis bangun merasa teruja dengan cadangannya.

“buat apa? Taknaklah aku, dah lah sekolah kak runa tu seram dalam hutan” arif menggelengkan kepalanya. Terasa seram sejuk memikirkan idea airis.

“ISH KAU NI PENGECUT LAH. SEKOLAH DIA DEPAN HUTAN BUKAN DALAM HUTAN! JOM LAH RIF!!” airis memukul belakang badan abangnya kuat. Arif memuncungkan bibirnya sambil merungut perlahan.

“jomlah ariff, aku rindu kak runaaaa” airis duduk dibelakang arif lalu mencuba untuk mengangkat abangnya. “kau buat apa ni, aku malas lah ris. Kan abang kata dia bawak kita jumpa kak runa esok”

“tapi aku nak jumpa dia sekarang.. aku ada banyak cerita nak cite kat dia. Aku rindu dia rif” airis mencebikkan bibirnya. Matanya beralih ke arah lain, tidak mahu memandang wajah arif.

Arif refleks memeluk adiknya lalu mengucup rambut milik airis lembut. Mereka hanya ada mereka sekarang.

“ris, aku tahu kau tengah sedih dan takut dengan mimpi kau tapi aku dah kata itu mainan mimpi je. Tak betul. Kak runa masih hidup, dia tengah busy study nak exam spm. Kau jangan cakap bukan bukan ris. Lagi lagi depan abang ariq, mahu kau kena buang dari keluarga ni karang” arif sempat membuat lawak tentang abangnya. Memang betul, ariq lebih sayangkan aruna dari mereka berdua. Tiada siapa yang tidaj tahu akan perkara itu.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now