Bab 7.

7 0 2
                                    

Malam.

Bunyi nafas haeriqal kuat. Peluh dan air mata jatuh ke pipi. Rasa maruah diri dipijak apabila dia diperlakukan seperti anjing oleh banjingan-banjingan ini.

Mereka semua berada di tapak perhimpunan. Ada 50 tiang yang di penuhi oleh 50 pelajar lelaki termasuk haeriqal terikat. Mereka diseksa dengan teruk. Di pukul oleh ahli Red Moon itu tanpa sebab yang munasabah.

Pelajar perempuan semua tidak berani melihat kehadapan. Gerun yang berada di hati mereka. Tipu jika aruna kata tiada langsung pasangan kekasih disini. Semestinya ada sesetengah pelajar yang berada dalam satu hubungan. Contohnya, kawan rapatnya Qasrina Kim dan Anir Rafael.

Kedua insan itu sudah menjadi pasangan kekasih sejak dari tingkatan 2 lagi. Tapi sekarang qasrina langsung tidak berani melihat Anir. Air mata gadis itu tidak henti mengalir. Hatinya tidak habis berdoa semoga Allah melindungi kekasihnya.

Anir menutup matanya, tidak dapat melihat dengan betul akibat darah dari kepalanya mengalir memasuki mata. Tangan yang sudah tercalar dan badan yang sudah berdarah. Itu adalah keadaan semua pelajar lelaki yang tergantung itu.

"BAIK KORANG MENGAKU SEKARANG, SAPA YANG BF DIA DEKAT SINI SEBELUM AKU BUNUH DORANG SEMUA!" Kento memegang rambut anir lalu meletakkan satu pisau tajam di leher lelaki itu.

Qasrina yang melihat perkara itu tidak kuat, dia memegang tangan aruna dengan erat untuk mendapatkan semangat.

Anir memandangnya dengan pandangan sayu, kepalanya menggeleng tanda tidak setuju dengan apa yang difikirkan qasrina. Tanpa apa-apa amaran qasrina bangun, mengejutkan semua yang disitu. Niki tersenyum kemenangan.

Aruna membulatkan matanya, tangan masih erat menggenggam tangan qasrina. Anir menjatuhkan air matanya, sudah lelah untuk memberikan sebarang reaksi.

"saya-"

"kami nak pergi tandas" aruna memotong ayat qasrina sambil dirinya juga bangun. Aila dan lily masing-masing tidak percaya dengan ayat yang baru dikatakan aruna tadi.

Muka niki dan kento sudah berubah. Rasa diri mereka tercabar dengan aksi kedua perempuan itu tadi.

"apa kau kata? tandas? dalam situasi macam ni?" niki mendekati mereka dengan tatapan maut. Aruna dan qasrina masing-masing menelan air liur, berdebar dengan apa yang akan jadi selepas ini.

"boleh pergi mati dengan tandas kau" niki membuat aksi untuk menampar qasrina tapi aruna dengan cepat berdiri dihadapan qasrina. Jadi tangan niki menampar aruna. Semua terdiam, tidak menyangka aruna akan menjadi seberani ini.

"jangan sentuh kawan aku" aruna memberikan tatapan tajam. niki yang mendengar ayat aruna itu tiba-tiba ketawa besar.

"i love your braveness, but sadly you only a girl" muka niki berubah kepada serius lalu dia menendang perut aruna bertalu-talu. Qas hanya duduk terkaku ditempatnya. Tiada langsung idea yang lalu di kepala otaknya.

Kento mendekati qasrina lalu tangannya selit memeluk bahu gadis itu. "It's all your fault. Kawan kau sanggup pertahankan kau, and kau kat sini terkaku? You are sooo ...

a coward." qas menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan ayat kento. Dia menolak tangan kento jauh darinya lalu berlari ke arah aruna untuk menolong gadis itu.

Tapi malangnya dirinya tidak dapat sampai ke aruna kerana seorang ahli red moon yang digelar mark memeluknya dari belakang dengat erat menyebabkan gadis itu tidak dapat meneruskan perjalanannya.

Aila dan lily sedang berpelukan dari jauh. Mata mereka tertutup tidak sanggup melihat kondisi aruna. Aruna batuk darah. Niki tidak habis-habis menendang dan menumbuk perutnya sehinggakan gadis itu tidak sempat ingin bernafas.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now