Bab 24.

3 1 1
                                    

[Malam Esoknya]

BANG

Pintu bilik Areyn ditolak kuat. Ariq dengan muka tidak puas hati memasuki bilik areyn.

“Kau dah kenapa riq? Malam malam buta dah macam orang gila” areyn yang sedang membaca buku tadi membuat muka keliru. Buku miliknya ditutup lalu diletakkan di meja sebelah katilnya.

“Wei aku tak sedap hati lah, jom pergi sekolah runa” ariq mendekati areyn lalu menarik lelaki itu untuk bangun.

Areyn menarik tangan abangnya itu membuatkan jejaka itu terjatuh di sebelahnya.

“Kau ni serabut lah ariq. Budak tu nak tidur yang kau nak ganggu dia sampai pergi sekolah buat apa? Dah malam dah ni, esok esok jelah” areyn memutarkan bola matanya dengan penuh rimas.

“Mana aku tak risau? runa tak angkat call aku, dia tak jawab chat aku. Dia tak pernah macam ni tau, sesibuk mana pun dia kalau aku call mesti angkat. Lepas dapat duit haritu, terus hilang budak tu” ariq menjelaskan perkara yang menyerabutkan dirinya baru-baru ini.

“Kau ni tak baca group chat sekolah runa ke?” soal areyn lalu menghirup air oren yang dibuatnya tadi.

“Tak, kenapa?” air milik areyn tadi dirampas oleh ariq lalu diteguk rakus oleh abangnya.

“KAU NI! AKU BARU JE BUAT!” areyn memukul kepala ariq kuat. Tersedak lelaki itu.

“Alah kau kan adik kesayangan aku, nak air sikit pun tak kan tak boleh?” ariq tersengeh lalu menunjukkan giginya yang tersusun rapi sambil membuat bentuk love menggunakan jarinya.

“Ahh kauu nak something dari aku je mesti kata aku favourite kau, kalau tak mesti top 1 teratas bukan aku. Yelah kau kan selalu kata aruna favourite kau gila gilaaaa” areyn menekankan ‘gila’ nya dengan suara yang memerli.

Ariq tersengeh sekali lagi. Tidak pula dia membetulkan ayat areyn. Sememangnya aruna adalah kegemarannya sepanjang masa!

“ahh berbalik kepada cerita, group chat apa ni? aku tak dapat apa apa info lain ke?” ariq membuka telefon bimbitnya lalu membuka Whatsapp, ingin melihat mesej yang tidak dibukanya selama beberapa hari ini.

“Ouh aku lupa, runa add aku je kat dalam grup sekolah tu. Dia kata kau sibuk sangat mesti tak sempat tengok grup tu” areyn menghirup sekali lagi air orennya dengan penuh elegan sekali.

Manakala ariq memuncungkan bibirnya kehadapan, merasa kecewa kerana tidak diutamakan oleh aruna. Matanya melihat ketempat lain, tidak mahu melihat ke arah wajah bangga areyn yang seperti menunjuk-nunjuk tentang dirinya diutamakan oleh aruna sendiri.

“Ha cikgu dia ada cakap apa apa ke?” soal ariq kembali fokus kepada perbualan tadi. Areyn menganggukkan kepalanya, air oren tadi diletakkan ditepi.

“Cikgu dia cakap yang dorang akan ambik telefon murid-murid untuk beberapa hari, sebabnya dorang nak bagi student more focus in exam sebab tak cukup masa ada dua minggu je.” jawab areyn lalu menunjukkan bukti mesej itu kepada abangnya. Ariq menganggukkan kepalanya tanda faham.

“kejap, jadi kenapa aruna tak bagitahu awal-awal?”

“dia lupa lah tuu, dia sibuk sangat fokus study mana nak fikir pasal kita ni” areyn mengeluh perlahan, sudah terbiasa dengan perangai aruna yang selalu melupakan orang disekiling apabila sudah ada buku dihadapannya.

“Chat tu dia hantar bila?” soal ariq sambil menilik fon areyn, mana tahu jawapan keluar dari situ.

“yang kau tilik fon aku tu dah kenapa? Bak sini” fon milik areyn itu di rampas dari tangan ariq. Abangnya kembali memuncungkan bibir. Kening sudah berkerut.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now