Special Chapter.

5 2 0
                                    

7 TAHUN KEMUDIAN

[2024]

"SAYANG CEPATLAH! NANTI KITA LAMBAT!" anir memanggil isterinya lantang. Dari tadi dia menunggu isterinya yang satu itu untuk bersiap, dia yang bangun awal dia juga yang paling lambat.

Anir sudah siap mandi dah bahkan sudah siap memakai baju melayu berwarna hitam bersertakan songkok hitam.

Qasrina keluar dari biliknya dengan muka masam. "Yang awak nak cepat cepat ni kenapa? Awal lagilah! Baru pukul 8 pagi!" qasrina bersuara tidak puas hati. Anir ketawa kecil.

"Alah kita kan orang penting, kenalah datang awal. Yang awak ni marah pagi-pagi ni kenapa? rezeki tak masuk karang" anir menggelengkan kepalanya menunjukkan dia kecewa dengan isterinya.

Qasrina mencebikkan kepalanya. Mereka berdua bergerak keluar dari rumah berdua. Pintu dikunci. Bunyi pintu kereta dibuka oleh anir untuk wanita berumur  24 tahun itu. Qas tersenyum manis.

Walaupun sudah lama mereka bersama. Sejak tingkatan 1 lagi, manisnya perbuatan anir kepada qas tidak pernah pudah.

Anir dan qas baru sahaja berkahwin tahun lepas. Bsru setahun mereka bergelar suami isteri. Banyak perkara yang mereka sudah lalui, dan mereka semua sudah redha dengan semua perkara yang terjadi selamanya.

Pintu dikunci rapat. Lalu enjin dihidupkan. Anir sudah bersedia untuk menggerakkan keretanya.

"KEJAP!" qas menjerit kuat. Terus terhenjut anir sehinggakan dia tertekan brek secara mengejut.

"AWAK NI DAH KENAPA?!" soal anir geram berbaurkan terkejut.

"Saya macam lupa something lah. Awak ada tertinggal something tak?" qas menyoal. Dia mencari semua benda didalam begnya lalu dia membuka kebinet kecil didalam kereta itu. Setelah kecewa dengan apa yang dilihat, dia mula melihat kebelakang kereta.

Dia membuntangkan matanya apabila melihat kerusi bayi terhias di tempat belakang penduduk.

"GILA! ANIR KAU LUPA ANAK KITA KE?!" qas memukul lengan milik anir kuat. Anir menekup mulutnya, dia terlupa untuk bangunkan anaknya tadi ketika sibuk bermain mulut bersama isterinya.

"ALAMAK SAYA LUPA! JAP SAYA PERGI AMBIK!" anir mahu keluar tapi dihalang oleh qas.

"Takpayah lah. Biar saya ambik. Awak ni tak boleh harap langsung, saya dah cakap dah bawak anak sekali. Jaga anak sekali. Belum gerak lagi anak dah hilang, macam mana kat sana nanti? Karang dah jumpa mierul memang lupa anak terus." qas membebel. Sejak dah ada anak seorang ni,  qas makin kuat membebel seperti mak mak.

"alah sayang soriii lahhh!!" anir terdiam setelah qas keluar dari kereta lalu menutup pintu kereta kuat. Meremang bulu roma anir sehinggakan peluh jatuh didahi walaupun aircond kereta sudah dibuka sehingga volume tertinggi.

Anir membuka pintu lalu dia menunggu isterinya diluar kereta. Disandarkan badannya di kereta berwarna ungu gelap itu sambil membuka satu paket pepero perisa vanilla.

Dia membuka songkoknya lalu mengelap peluh yang entah bila muncul. Rambutnya yang pendek itu dilibas perlahan.

Anir Rafael, lelaki yang dahulunya kurus dan pipinya lengkung. Kelihatan sisi remajanya seakan matang dan serius orangnya. Sudah 7 tahun berlalu, banyak yang dah berubah termasuklah fizikal dan visual anir sendiri.

Rambutnya yang pendek, pipinya yang sudah sedikit berisi menampakkan satu lesung pipit di pipi kirinya, badan yang sudah tegap dan tinggi. Juga kulit yang sudah terang putih berbanding ketika tingkatan lima dahulu, sunburn.

Anir melamar qasrina untuk menjadi peneman hidupnya sebulan sebelum mereka menikah. Setelah seminggu dilamar, mereka bertunang. Setelah itu baru berkahwin.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now