Bab 16.

7 1 0
                                    

Aruna sekarang duduk di sebuah kerusi dengan tangannya diikat ketat. Matanya juga ditutup oleh kain membuatkan penglihatannya kabur.

Dia cuma berharap misi kali ini tidak keterlaluan. Mungkin haeriqal perlu menyelamatkannya sahaja.

Tapi semuanya pudar apabila dia menghidu bau minyak. Bau ini semakin lama semakin kuat membuatkan aruna hanya berfikir satu sahaja perkara.

Api.

JANGAN! NIKI JANGAN!” shafiq berlari ke arah rumah usang itu tetapi di halang oleh konco-konco niki. Dia cuma boleh menjerit supaya semua ini dihentikan.

Tetapi niki hanya tergelak besar, langsung tidak kisah dengan apa yang akan terjadi nanti.

Anir dan mierul menarik shafiq kebelakang walaupun shafiq cuba untuk melepaskan diri. Dia melihat ahli-ahli red moon itu sedang menuang minyak yang banyak ke rumah yang didalamnya ada aruna.

Haeriqal tidak sedar. Dia cuba untuk bertahan dan menjadi kuat, tetapi matanya tidak larat untuk dibuka. Dia penat.

Hanya satu sahaja perkara yang difikirkannya.

Mati.

“TOLONGLAH AKU MERAYU, TOLONGLAH LEPASKAN DORANG!” shafiq melutut sambil mulutnya tidak henti meminta supaya mereka melepaskan aruna dan riqal.

Tetapi niki langsung tidak mendengarkan rayuannya. Dia cuma pekakkan telinganya sahaja.

Setelah minyak sudah habis dituang, niki mendekati rumah tersebut dengan senyuman sinis dibibir. Dia berpusing-pusing keseronokkan sebelum pemetik api ditangannya dijatuhkan ke atas minyak.

Minyak yang sudah mengelilingi rumah usang itu.

“ARUNA!” shafiq menjerit memanggil nama gadis itu.

Haeriqal tidak bergerak langsung. Matanya masih tertutup dan badannya dari tadi tidak bergerak membuatkan niki geram.

Bau asap menusuk kehidung lelaki itu. Lambat laun matanya dibuka perlahan dan matanya terbeliak memandang pemandangan dihadapannya.

“tinggal 4 minit lagi” jery bersuara mengingati riqal tentang masa yang sedang bergerak.

“BODO HAERIQAL PERGI SELAMATKAN ARUNA SEKARANG!” shafiq menjerit lagi, dia membaling batu-batu ke arah riqal.

Anir menarik tangannya supaya shafiq berhenti membaling batu ke arah sahabatnya.

“Bahaya lahh! RIQAL JANGAN MASUK KAU TRAUMA KAN! JANGAN MASUK RIQAL!” mierul menjerit menghasut kawannya supaya tidak bergerak.

“KAU GILER KE APA? KALAU DIA TAK SELAMATKAN SAPA LAGI NAK SELAMATKAN? BODO RIQAL MASUK LAH SIAL! NANTI ARUNA MATI BODO” shafiq menengking lagi.

“KAU TAK TAHU APA APA KAU SENYAP LAH! HAERIQAL TAKUT DENGAN API BODO!” anir menarik kolar baju shafiq geram dengan lelaki itu.

“ADA AKU KISAH KE?! RIQAL! BANGUN LAH SIAL”

Bagi sesiapa yang tidak tahu, haeriqal dan shafiq adalah musuh yang tidak pernah bersapa sebelum ini. Kedua dari mereka tidak pernah sekali pun bersemuka ataupun berinteraksi sejak daripada kes waktu mereka tingkatan dua dahulu.

“HAERIQAL! TINGGAL 2 MINIT JE TOLONG BANGUN QAL!” kali ini qasrina pula menjerit, berharap bahawa lelaki itu menyelamatkan kawannya.

“QAS! TAK BOLEH, RIQAL TAKUT API!” anir menarik tangan qas kebelakang lalu memarahi gadis itu.

“JADI APA? ADA AKU KISAH KE!”

kedua dari mereka mula bergaduh di belakang. Manakala, lily dan mierul sedang menenangkan shafiq yang sudah mengamuk.

“lily ambik air” mierul mengarahkan gadis itu.

lily yang sedang berusaha menghentikan shafiq daripada membaling batu itu terus mengambil air milik mierul di tempat duduk mereka tadi.

“nah”

“terima kasih” mierul tersenyum ke arah gadis itu sebelum memberi tumpuan sepenuhnya ke arah shafiq.

“sama sama” bisik lily perlahan sebelum bibirnya membuahkan satu senyuman ikhlas.

Aila pula sedang memandang haeriqal dengan pandangan panik. Dia tidak tahu apa yang dia perlu lakukan supaya lelaki itu beranjak dan menyelamatkan kawannya.

“haeriqal.. aruna” bisik aila, tekaknya tiba tiba sakit.

Haeriqal berada didalam fantasinya sendiri. Trauma yang lalu kembali. Matanya melihat ke arah api yang marak di hadapannya.

Air mata jatuh tanpa dia sedari. Suara bisikkan seseorang yang dia pernah sekali cintai itu terngiang di kepalanya.

riqal sayang” suara ibunya riqal membuatkan riqal menutup telinganya.

Dia takut, dia takut dengan suara itu. Suara yang dahulu kalanya menjadi salah satu perkara yang dia suka, sekarang menjadi trauma baginya.

riqal.. tolong ibu.. sakit riqal” suara itu terngiang ngiang di kepalanya lagi. Matanya melihat sosok badan ibunya didalam api yang marak itu.

Dia berdiri cuba untuk menghampirinya. Air mata membuatkan penglihatannya kabur. Dia cuba untuk menggapai ibunya yang makin lama makin jauh.

Dia rindu. Dia rindu akan sosok yang pernah ada buatnya dahulu. Dia mohon tuhan kembalikan ibunya. Dia mohon tuhan berikan kembali sosok seorang yang pernah membesarkannya.

Tapi semuanya hilang apabila haeriqal mendengar satu suara yang datang daripada rumah usang itu. Halus tapi masih boleh didengari lekaki itu sendiri.

“RIQAL, jangan risau.. aku okey! kau jangan masuk okey? takpe aku faham keadaan kau sekarang. tolong jangan masuk riqal. Jangan bahayakan diri kau untuk aku. Jangan sesekali bahayakan diri kau riqal. Aku okey..” riqal terdiam mendengar suara gadis itu. Jantung riqal berdegup kuat.

Api di rumah usang itu makin membuatkan badan riqal panas.

“lagi 40 saat” riqal tidak tentu arah. Dia mahu masuk tapi dia tidak tahan apabila kepalanya terngiang ngiang dengan suara ibunya.

“HAERIQAL, BENDA YANG DULU DAH BERLALU, FIKIRKAN MASA DEPAN KAU! ARUNA IS YOUR FUTURE!” aila menjerit kuat membuatkan riqal tersedar sekali lagi.

riqal.. aku sayang kau” suara halus aruna yang makin perlahan itu membuatkan riqal terus memasuki rumah itu tanpa teragak-agak lagi.

Lantaklah dengan trauma masa lalunya, sekarang fikirannya penuh dengan aruna.

“Aruna, hold on”

[][][][][][][]

siapa shafiq untuk aruna tho?

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now