Bab 27

5 2 0
                                    

[Author Pov]

Maghrib belum menjelang lagi, semua murid dibenarkan pulang ke dorm masing masing. Mereka semua bersiram badan dan menukar baju yang kotor kepada yang baharu.

Ada sesetengah dari mereka yang berehat dahulu setelah habis mengambil wudhuk, mereka semua tertidur sebentar sementara menunggu azan maghrib berkumandang.

Surau yang dahulunya sepi kini sudah dipenuhi penghuni. Habuk-habuk dikarpet surau disapu oleh murid perempuan. Manakala, murid lelaki membersihkan sejadah untuk digunakan nanti.

Setelah azan didengari, semua pelajar memasuki surau. Guru-guru ditempatkan di bilik lain kerana beberapa sebab. Aruna dan Haeriqal adalah orang yang terakhir memasuki surau. Muka mereka suci seakan sebelum ini tidak pernah dikotori darah.

"riqal, kau jadi imam boleh?" soal anir. Semua dari mereka melihat jejaka itu, berharap jawapan positif. Riqal menatap mereka lembut lalu dia memberikan senyuman. Senyumannya dibalas dengan sorakan yang lain.

Nampaknya, kita masih sempat melihat abang macho kita jadi imam.

Aruna pula di tolak ke saf paling hadapan antara wanita. Lelaki dan wanita dipisahkan oleh tirai langsir untuk memberikan privasi kepada kedua dua jantina. Semua sudah bersedia apabila mendengar mierul melaungkan iqamat.

"Allahuakhbar" suara halus dan sedikit kasar haeriqal bergema di seluruh surau. Solat mereka berterusan mengikuti alunan dan gerakan riqal sebagai imam. Suasana ketika itu tenang seperti berada di sungai dan daun daun yang layu di buai angin nyaman. Bunga wangi yang gugur di permukaan bumi dan bunyi-bunyi binatang yang merdu menyanyi.

Suasana seakan sebegitu.

Salam pertama diberi, lalu diikuti oleh salam kedua. Semua dari situ tidak beredar daripada tempat mereka, malah mereka semua mengambil Yasin dan membacanya bersama-sama sambil menunggu isyak.

Setelah bacaan Yasin yang pertama tamat, riqal memberi isyarat untuk mengulanginya. Mereka mengulangi membaca Yasin sehingga azan isyak didengari. Dalam 4 ke 5 kali mereka menyebuti ayat ayat di dalam Yasin tersebut.

Hujan renyai renyai turun diikuti angin bayu mengguris kulit milik aruna. Matanya melihat keluar jendela. Malam sudah menjelang, apakah yang dilakukan keluarganya sekarang?

"Jom start solat isyak" arah syafiq sambil mengarahkan mereka semua untuk bangun.

"Jap" semua diam sambil menunggu Rizqi untuk menyambung katanya.

"Boleh aku jadi imam?" Rizqi menundukkan kepala seketika apabila tiada sahutan didengari. Tiba-tiba matanya terangkat ke atas apabila dia merasa pundaknya dipeluk seseorang. Haeriqal yang memeluknya memutikkan senyuman seakan bulan.

"boleh rizqi" syafiq menjawab. Anir dan mierul menganggukkan kepala. Manakala yang lain juga bersetuju. Rizqi menghembuskan nafas lega. Solat isyak dimulakan dengan iqamat shafiq.

"Allahuakhbar" suara lantang rizqi membuatkan bulu roma mereka semua naik. Suara jejaka itu membuatkan perasaan mereka semua bercampur baur. Ketika itu, ada yang sudah mengalirkan air mata sehingga tidak mampu melihat ke arah sejadah lagi. Namun tiada suara yang dikeluarkan, semuanya senyap cuba untuk fokus terhadap suara imam mereka.

Hati aruna tenang, suara rizqi memberikan suasana tenang kepada mereka semua. Terasa nyaman seakan sudah bebas daripada segalanya. Seakan mereka semua sudah merdeka. Setiap bait ayat solat itu dijahit terus didalam hati mereka semua.

"Assalamualaikum Warahmatullah" salam pertama diberi.

"Assalamualaikum Warahmatullah" salam kedua pula diberi.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now