Bab 19.

7 1 1
                                    

Rizqi menutup matanya rapat. Air mata mengalir di pipinya. Dia menutup telinganya, tidak mampu mendengar tangisan dan jeritan shafiq.

Aruna selalu menjadi seseorang yang istimewa didirinya. Gadis itu mengubah hidupnya menjadi lebih sempurna dari sebelum ini.

Rizqi dahulu adalah seorang yang pendiam. Serba boleh. Pandai, atlet, kaya dan ramai peminat. Tapi dia tidak pernah gembira, tidak pernah sekali pun di hidupnya dia dapat senyum dengan penuh keikhlasan.

Hidupnya dikontrol oleh keluarganya sendiri. Tidak pernah ada ruang untuk dirinya mencari hobi sendiri atau membuat keputusan untuk diri sendiri.

Suatu hari, rizqi di pukul dan dibentak kuat oleh bapanya sendiri kerana dia mendapat kedudukan tempat kedua di dalam darjah.

Dia melarikan diri dari rumahnya dan terus ke arah taman. Taman yang dihiasi dengan bunga matahari dan kupu-kupu kecil yang berterbangan bebas di udara.

Dia menangis bersendirian, memohon kepada tuhan untuk membebaskannya dari kesengsaraan yang dihadapinya.

Dan tuhan menghantarkannya seseorang bidadari.

Seorang gadis bergaun putih dengan tudung selendang putih dan senyuman mekar yang menghiasi bibir merah jambu gadis itu berdiri di hadapan jejaka itu.

“awak okey?”

Gadis itu mengajaknya bermain buaian dan menceritakan kisah hidup masing-masing. Mereka tidak pernah mengenali satu sama lain. Tidak pernah bersapa. Tetapi pada hari itu mereka berbual seakan sepasang kekasih yang baru bertemu setelah sekian lama.

“nama saya Aruna, awak?”

“Rizqi. Rizqi Rayyan”

Aruna dan Rizqi mula berkawan. Mereka mula rapat dan makin lama kedua dari mereka jatuh cinta. Cuma lelaki itu mula melakukan perkara yang melampaui batas sehingga gadis itu telah trauma dan membenci dirinya.

Tapi rizqi tidak pernah ada niat untuk melukakan gadis itu. Rizqi hanya mahu untuk menjaga gadis itu dari ibubapanya yang gila.

Rizqi bermati-matian bergaduh dengan keluarganya hanya kerana dia tidak mahu aruna disakiti.

Dan pada akhirnya, rizqi perlu membuatkan aruna membencinya. Supaya gadis itu sentiasa selamat daripada keluarga rizqi sendiri.

walaupun begitu, tidak pernah sekali pun lelaki itu hilang perasaan terhadap gadis itu. Shafiq tahu. Syafiq tahu tentang perasaannya dan mengapa dirinya berbuat demikian. Rizqi juga orang yang pertama yang tahu tentang mereka berdua.

Shafiq menyokong percintaan antara mereka berdua dan lelaki itu tahu mengapa rizqi berbuat demikian. Dia tidak pernah menyalahkan rizqi, cuma dia kecewa dengan cara rizqi menyakiti aruna.

Rizqi tahu, dia tahu bahawa dirinya telah melampaui batas. Dan dia rasa sangat bersalah.

Tapi pada hari sebelum mereka tidur disekolah ini, keluarganya telah memberi kebenaran kepadanya untuk melakukan apa saja yang dia mahu asalkan lelaki itu mahu menjadi penyambung legasi mereka.

dan rizqi bersetuju. Dia hanya mahukan aruna.

Tapi semuanya pudar apabila rizqi sedar bahawa dia sudah terlambat.

Kehadiran haeriqal eriq di hidup aruna membuatkan gadis itu tidak lagi memandangnya. Hujung di hati lelaki itu, dia cemburu.

Tapi pada hakikatnya, dia sedar bahawa jika dia mencintai gadis itu, dia perlu melepaskannya.

Mencintai tidak mesti perlu bersamanya kan?

Rizqi bukanlah orang yang memberitahu niki tentang haeriqal dan aruna. Dia juga tidak pernah membongkarkan apa-apa rahsia tentang aruna dan haeriqal kepada sesiapa.

Dia sahaja mereka cerita hanya untuk membuatkan semua orang membencinya.

Supaya dia boleh pergi dengan tenang.

Tapi sekarang, hatinya retak. Mengetahui gadis yang dia cintai telah pun pergi dahulu.

Rizqi mengelap air matanya kasar. Nafasnya berderu laju. Degupan jantungnya juga sama. Pada akhirnya, rizqi dapat merasakan hidupnya kosong lagi.

Seperti dahulu. Kosong tanpa penghuni. Tanpa sesiapa disisi. Dan tiada lagi penghuni yang boleh menggantikan Aruna Risha.

“aruna..” suara rizqi merintih memanggil nama gadis itu perlahan.

Bagaimana dia boleh melupakan seseorang yang membuatkan dirinya betul-betul tersenyum buat pertama kali dalam hidupnya?

Shafiq memasuki dewan dengan penuh serabai. Air mata masih tidak kering. Jejaka itu dengan penuh rasa amarah mendatangi rizqi.

Lalu menumbuknya.

“NI SEMUA SALAH KAU SIAL! KAU INGAT KAU SAPA? KENAPA KAU BAGITAHU DORANG RIZQI RAYYAN?! AKU PERCAYAKAN KAU SIAL” shafiq menumbuknya lagi.

Rizqi langsung tidak membuka mulut. Dia hanya biarkan tumbukan itu membunuhnya.

“JAWAB SIAL! AKU PERCAYAKN KAU RIZQI. AKU LEBIHKAN KAU DARI RIQAL. AKU TOLONG KAU UNTUK DAPATKAN ARUNA, TAPI SEKARANG MACAM NI YANG KAU BUAT DEKAT KEMBAR AKU?! KAU MEMANG TAK BOLEH HARAP ! BODO!” rizqi ditumbuk lagi.

Makin lama tumbukan itu makin kuat. Muka rizqi sudah pun penuh dengan luka. Darah juga tidak habis mengalir keluar.

Tapi respon rizqi membuatkan shafiq terdiam.

“aruna..” rizqi batuk darah.

“apa kau cakap?”

“tolong.. selamatkan.. aruna.. aku ... mintak... maaf.. fiq. aku cintakan aruna.. sangat .. sangat..” ucap rizqi sebelum lelaki itu pitam.

Shafiq terduduk. Tangisan sekali lagi menjadi penemannya.

Kenapa perkara ini harus terjadi? Dia tidak mahu kehilangan orang yang dia sayang dihidupnya. Dia tidak mahu.

Tolong dia betul-betul tidak mahu.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now