Bab 1.

16 0 0
                                    

[25.09.2017] ISNIN

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Aruna Risha atau senang dipanggil aruna bangun dari katilnya.

Dia mula membuat rutin hariannya dengan mandi, memakai skincare dan sebagainya. Bilik yang bersepah itu dikemas dengan rapi sebelum dia mengeluh.

Entah kenapa berat hatinya untuk tinggalkan biliknya buat sementara waktu. Dia merasakan dirinya tak akan pernah kembali ke sini.

Aduhai baru 2 minggu nak tinggalkan dah rindu. Hari ini hari pertama semua tingkatan 5 akan tinggal dan tidur di sekolah untuk dua minggu. Kata pengetua, "untuk menyenangkan kamu semua belajar lagi".

Aruna tak kisah pun untuk tidur di sekolah. Dia lagi suka dapat bersama dengan kawan-kawannya dan dapat lari dari rumah yang jahanam ini.

Aruna merapikan perabotnya sebelum melihat biliknya buat kali terakhir dan tutup lampu termasuk pintu.

Kakinya berjalan ke arah dapur sambil membawa beg bagasi besarnya dan beg galasnya. Niatnya untuk makan terbantut apabila mendengar suara ibu dan ayahnya yang sedang bertekak.

Salah satu sebab dia nak lari rumah. Parents yang selalu gaduh.

"CERAIKAN SAYA, SAYA DAH TAK TAHAN DENGAN AWAK" ayat yang masih sama keluar dari mulut mamanya.

"JANGAN PERNAH BERANI CAKAP MACAM TU LAGI!" and never ending JANGAN PERNAH BERANI walaupun mamanya telah pun ulang perkara ini 1000x.

Aruna hanya menulikan telinganya sebelum berjalan ke arah dapur. Matanya fokus ke arah satu figura yang bertubuh tegap. Orang yang dia sangat harapkan dan sayang. Abang pertamanya, Ariq Riki yang berumur 21 tahun sedang memasak.

Dengan perlahan Aruna mendekati abangnya lalu memeluk lelaki itu tanpa segan silu.

"AHH OPOCOT MAK NENEK NASI KU" ariq memegang dadanya tanda terkejut. Tangannya lalu refleks memukul bahu adiknya.

"ouch, apa ni riq pukul-pukul orang pagi-pagi buta ni?!"

"HABIS YANG KAU TERKEJUT KAN ORANG PAGI-PAGI NI KENAPA? KANG KALAU AKU BALING PERIUK NASI CANGKUNG NI KANG BARU TAHU- EH NASI KANGKUNG HA!" Ariq menjeling adik perempuannya yang pertama itu sambil tangan masih liat memukul nasi kangkungnya itu.

Nasi kangkung?wth?

"Jangan bising-bising ler, adik-adik tengah tidur. Enough with mama ngan papa dah bising, jangan korang pulak" abang keduanya tegur tanpa melihat mereka sekalipun kerana matanya ligat membaca buku karya Anjell itu.

Abang keduanya bernama Areyn Riq, berumur 20 tahun dan sangat garang tapi apa-apa pun dia kalau dah gabung ngan Aruna memang jadi troublemaker duo. Nampak je cool luar, dalam hati ada bunga.

Aruna memutarkan matanya. Malas ingin mendengar tentang mama dan papanya yang pagi-pagi lagi sudah menghilangkan semangat dia hendak ke sekolah.

"Runa, kau balik bila?" soal ariq yang sudah meletakkan pinggan di meja supaya senang untuk adik-adiknya makan.

" 2 minggu je tidur kat sekolah, minggu lagi satu aku balik ler" jawab Aruna tenang. Perkataan abang tidak pernah disebut oleh Aruna, abang-abangnya sudah terbiasa. Walaupun perbezaan umur mereka sangat jauh, mereka tidak pernah kisah kerana bukan ada apa-apa maksud pun jika mereka memanggil sesama diri dengan kata hormat. Rasa sayang tetap ada. Lagipun parents dorang bukan kisah tentang itu.

" kalau kau nak, aku boleh masakkan untuk kau then hantarkan for three days je lah. Sebab hari lain tu aku kena selesaikan masalah penceraian mama dengan papa." ariq berkata dengan nada perlahan.

mereka bertiga terdiam seketika. Suasana sunyi, tiada yang berkata apa-apa.

"a-aku okey je. haha. kalau kau rajin kau hantar. kalau tak, tak payah." jawab aruna tanpa memandang ariq.

areyn yang sedang makan disebelah aruna juga berdiam diri. Pergaduhan ibubapa mereka sudah sunyi bermakna kedua-dua daripada mereka telah bergerak ke tempat kerja, tanpa mengendahkan kehadiran anak-anaknya.

Ariq menggenggam tangannya. Dia ingat apabila dia bangun pagi, masak makanan yang selalu dimasak mamanya itu akan membuatkan mereka semua makan bersama kembali.

Sebelum mama dan papanya cerai, sebelum aruna pergi ke sekolah, sebelum areyn membuka kafe barunya, sebelum adiknya Arif Luriq dan Airis Lutfia hilang kasih sayang ibubapa dan sebelum dirinya mengalah, dia fikir pagi ini akan jadi breakfast terakhir mereka semua sebagai sebuah family. Tapi nampaknya, tak akan pernah terjadi.

"aku pergi dululah riq, reyn. Tolong kirim sayang aku ke arif ngn airis. And one more thing, the most important thing is kalau kau penat, rehat. Kalau kau sedih, nangis. Kalau kau gembira, senyum. Kalau nak luah, cari aku atau areyn we always here. Tak bermakna kau anak pertama, semua beban tu kau punya. We are siblings. Our bonds are tied. Apa- apa kitaorang ada. Kalau aku takde, areyn ada. Aku sayang kau. Kita orang semua syang kau. FAHAM?" aruna memeluk ariq dengan erat sambil berkata sedemikian. Terkedu ariq mendengar ayat aruna.

Areyn melihat mereka berdua berpelukan. Lama-lama air mata jantannya jatuh tanpa sedar. Dia mengelap air matanya kasar lalu membuka tangannya luas dan berlari ke arah mereka berdua untuk memeluk kedua-dua rama-rama berliannya.

Trio AR, Ariq Riki, Areyn Riq and Aruna Risha.

Trio A+R ini memang akan sentiasa bersama kan?

Aruna meleraikan pelukan mereka bertiga sebelum keluar dari rumah mereka. Entah kenapa pagi itu, dia rasa semuanya akan tinggal kenangan dan itu adalah kali terakhir mereka akan bersama. Moga-moga tidak.

Harap tidak.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now