Bab 11.

12 1 0
                                    

"JAWAB KAU CINTAKAN DIA KE TIDAK?!" niki menolak kepala haeriqal memasuki besen air setiap kali aruna menggelengkan kepalanya.

Lelaki bernama Haeriqal itu kelihatan pucat. Nafasnya tidak teratur. Tidak sempat dia menghirup udara, niki telah menolak kepalanya kembali didalam air.

Aruna, gadis ini tidak tahan melihat kondisi lelaki itu. Kalau letak orang lain ditempatnya pun, mereka akan rasa bersalah sebab tidak menolong. Tapi ini apa yang mereka janjikan, untuk tidak saling menolong sesama sendiri.

Haeriqal mengingati dirinya untuk kekal sedar walaupun dirinya sudah kehabisan oksigen.

"AKU TANYA KAU SEKALI LAGI ARUNA RISHA, DO YOU LOVE HIM?"

Aruna menatap iris milik niki dalam. Jarak mereka dekat sekarang. Nafas masing-masing dapat dirasai, aruna gugup.

Kalau kau bukan jahat, dah lama aku suka kau. Tapi sekarang ni bukan meleyot dah, ni meremang!

Buat kali ke-15 kali, Aruna kekal menggelengkan kepalanya. Tangan Niki refleks ingin menampar aruna tapi ditahan oleh tangannya yang lagi satu. Niki mengingatkan dirinya untuk bersabar kerana ini semua sebahagian daripada kerja.

Ramai orang ingat, masuk Red Moon ni sebab dorang percayakan kepercayaan bodoh ni. Tapi hakikatnya, 80℅ yang memasuki kumpulan ini hanyalah disebabkan gajinya yang besar dan lumayan.

Percayalah, ada segelintir daripada mereka yang berdoa bahawa karnival pengorbanan yang mereka akan lakukan terbatal. Mereka juga manusia, ada simpati walaupun sedikit.

Ada yang menyertai Red Moon sebab dipaksa, ada juga yang rela. Dan ada juga sebab taksub dengan ajarannya.

Macam Jery, dia yang paling taksub dengan ajaran ni. Tapi dia tak pernah suka untuk pukul perempuan. Manakala kento pula, dia masuk disebabkan kerelaan. Nak dikatakan, lelaki ni dalam fasa mental tak stabil yang dimana ahli keluarga buang dia.

Sehinggakan dia tiada hala tuju. Baginya, red moon adalah hala tuju utama hidupnya sekarang.

Dan Niki, dia dipaksa. Bapanya ahli terkuat Red Moon. Ketua terbesar Red Moon tidak mahu kehilangan ahli keluarga bapanya daripada kumpulan mereka, jadi mereka memaksa niki menyertai mereka. Pada awalnya, niki menolak. Dia tahu apa mereka lakukan, dan semestinya itu bukanlah apa yang dia seronok lakukan.

Tapi lama kelamaan, niki jadi addicted dengan darah. Darah perempuan or lelaki, kedua-duanya dia suka. Pernah sekali dia menjilat darah seorang remaja perempuan yang ditangkapnya. Setelah memasuki Red Moon, tiada langsung rasa simpatinya.

Tetapi sekarang dia ada.

Niki melihat mata aruna sekali lagi sebelum menolak kepala haeriqal memasuki air. Kali ini niki tidak main-main. Dalam kiraan 20 saat, kepala haeriqal masih didalam air tidak diangkat. Niki mula mengukir senyuman, suka dia melihat wajah mangsanya ketakutan.

Aruna buntu sekarang. Dia buntu untuk melakukan apa. Kalau sekarang dia tak buat apa-apa, kebarangkalian eriqal mati adalah 100℅.

"Tolonglah jangan buat kami macam ni.. saya merayu sangat encik. Kami tak cintakan satu sama lain. Malah kami hanya sekadar kawan, tak lebih dari tu. Cinta mana boleh dipaksa. Tolong lah lepaskan kami encik, kami merayu sangat-sangat jangan bunuh kami!" dengan air mata yang telah jatuh dari awal, aruna melutut dihadapan niki.

Tangannya digenggamkan lalu membuat tanda 'tolonglah beri kami belas kasihan'. Kento yang ada disitu tidak dapat membuat tatapan mata dengan aruna. Entah kenapa melihat gadis itu melutut seperti itu, membuatkan hatinya sakit.

"kau ingat aku bodo ke?" niki melepaskan kepala haeriqal. Haeriqal yang menahan nafas dari tadi, kini laju menghirup oksigen semula. Terbatuk - batuk lelaki itu memukul dadanya yang perit.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now