Bab 28.

5 0 0
                                    

[ Riqal POV ]

Aku memasuki bilik persalinan. Diselaknya langsir yang menghalang pandanganku. Mataku membulat melihat baju yang tergantung cantik di hadapanku.

Baju kemeja putih, kot hitam, seluar hitam bersama tie berwarna hitam. Dia atas meja kecil itu pula terdapat gel rambut dan sikat.

Aku mendekati cermin besar yang terletak elok di atas dinding itu. Tertulisnya “Pakai baju then sikat rambut hensem hensem. Jangan lupa pakai gel rambut. Atleast kau mati dalam keadaan hensem”. Aku tergelak kecil, ada juga sedikit terasa dengan perkataan mati.

Tapi apakan daya, tiada apa yang boleh dibuat oleh aku yang serba lemah ini. Aku mahu saja menjadi korban untuk mereka semua, tapi syarat pengorbanan ini perlukan dua pasangan cinta. Aku takkan berjaya memujuk kumpulan Red Moon ini kerana memang fakta bahawa aruna perlu ada untuk korban itu berjalan dengan lancar.

Aku mula membuka bajuku yang berwarna putih suci lalu mula menyarungkan pakaian tersebut. Memang pakaian yang diberi ini muat dengan badan aku yang tak begitu besar atau kecil.

Setelah memakai kemeja putih dan seluar hitam, aku juga tidak lupa untuk memakai tali pinggang supaya seluar tidak longgar. Setelah itu, tie berwarna hitam aku pakaikan dileher.

Aduh ni aku fail ni, pakai tali leher..

Aku buka tali leher itu lalu meletakkannya ketepi. Aku berfikir untuk menyiapkan dahulu rambutku. Sikat diambil lalu rambutku disikat kemas, gel rambut dipakai sedikit.

Setelah berasa puas menyiapkan rambut, akhirnya aku kembali balik kepada tali leher hitam. Aku yang memang sudah putus asa mula bergerak keluar dari bilik persalinan.

Baru sahaja ingin mencari makcik yang berada dihadapan tadi, ada seorang gadis keluar daripada bilik persalinan sedang berjalan dengan penuh elegan bersama senyuman mekar yang seakan tidak akan pernah layu.

Wajahnya berseri melihatku. Aku dapat merasakan air mata jatuh ke tanah. Buat pertama kalinya, aku dapat merasakan perasaan pasangan yang ingin berkahwin menunggu pengantin perempuannya. Inilah dia, pengantin perempuan buat aku yang bernama Haeriqal Eriq.

Gadis yang senyumannya tidak akan pernah sekali luntuh. Pengantin untuk aku, Aruna Risha. Aruna memakai baju pengantin yang labuh tapi tidak kembang, tudung labuh menutup dada dan sedikit makeup yang membuatkannya dilihat segar daripada sebelumnya yang pucat.

“riqal!” aruna mendekatiku sambil mengangkat kainnya. “kau dah siap ke risha?” aku menyoal.

“belum, aku tak boleh nak pakai kain yang ni. Dia kena pakai atas tudung tapi aku buat tadi asyik senget je, fikir nak mintak makcik tadi tu tolong tapi takde pun. Kau lah tolong, boleh?” jelas aruna. Aku menganggukkan kepala setuju dengan permintaannya.

“aku pun tak siap lagi. Ni tali leher aku tak reti pakai, kau boleh pakaikan nanti?” aku pula menyoal, berharap dia mahir dalam memakai tali leher.

Dia tersenyum lebar sambil menganggukkan kepala. “Senang je! Bolehhh” dengan itu, kami berdua mula menolong satu sama lain. Aku mulakan dengan menolong  aruna  untuk menyepitkan kainnya di atas tudung. Kain panjang itu aku sepitkan di tengah tengah tudung aruna, lalu aku melihat dari arah hadapan untuk mengelakkannya daripada kelihatan senget.

Senyuman bangga aku hadiahkan, lalu aku memberikan dua ibu jari sebagai kata isyarat dah siap. Aruna membalas senyumanku. “TERIMA KASIH!” nadanya ceria sekali, buatkan aku gemas dengan dirinya.

“sama samaaaa, aku pulakkk” aku mendekatinya, tali leher aku hulurkan. Aruna juga mendekati diriku, tali leher yang sedia ada ditangan aku disambut kemas olehnya.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now