Bab 18.

10 1 1
                                    

Dahulu, dunia lebih indah. Mereka bergembira dan bergelak tawa bersama. Merayakan cinta antara satu sama lain. Berfikir bahawa dunia hanya milik mereka berdua.

Cinta antara mereka bukanlah cinta dua pasangan yang boleh dibina rumah tangga.

Cinta diantara mereka adalah cinta yang hanya mereka rasai. Cinta dimana mereka berdua sentiasa ada untuk satu sama lain dan tidak pernah lelah untuk mendengar cerita satu pihak ke satu pihak setiap hari.

Cinta diantara mereka adalah ikhlas dari hati. Tiada kekok, tiada rasa dengki, tiada dendam dan langsung tiada kekotoran di cinta mereka.

Cinta antara Tengku Shafiq dan Aruna Risha.

Dua adik-beradik ibu susuan yang dibesarkan bersama seakan kembar.

Dahulu, bonda shafiq mengalami kemalangan ketika mengandungkannya. Shafiq dikeluarkan dari perutnya melalui pembedahan. Nasib shafiq baik apabila dirinya tiada langsung luka atau kecederaan langsung.

Tetapi, ibunya terpaksa ditidurkan oleh doktor atas sebab kecederaan parah di kepala.

Meninggalkan shafiq tidak disusukan. Ayahandanya shafiq sudah buntu ingin bagaimana menyusukan shafiq?

Dan ketika itu ibu aruna yang baru sahaja menyusukan anaknya yang baru dilahirkan melihat ayahanda shafiq mengusutkan rambutnya. Shafiq tidak langsung berhenti menangis.

Nurse yang patut mengajar lelaki 20-an itu tidak langsung mengendahkannya.

Ibu Aruna memanggil lelaki itu dengan satu senyuman.

saya boleh susukan anak encik, kalau encik beri kebenaran”

Dan sejak dari itu, shafiq disusukan oleh ibu aruna. Dia langsung tidak dapat merasakan susu ibu kandungnya apabila bondanya koma untuk beberapa minggu.

Dia dibesarkan dan disayangi oleh keluarga Aruna. Ariq dan areyn menjaga dan mendidiknya dengan baik. Dia membesar bersama dengan seorang gadis bernama Aruna Risha.

Muka mereka juga sedikit mirip membuatkan semua orang memanggil mereka kembar. Mereka berdua suka dipanggil begitu.

Ramai yang tidak tahu bahawa shafiq dan aruna adalah adik-beradik susuan. Ini kerana, shafiq berpindah ketika mereka berumur 6 tahun, meninggalkan aruna keseorangan.

Walaupun begitu, mereka kerap berhubung. Shafiq mengetahui segalanya tentang kehidupan aruna dan aruna tahu segala keluh kesah lelaki itu.

Mereka berdua sudah janji untuk tidak membongkarkan kepada sesiapa bahawa mereka ada ikatan. Bahkan sahabat-sahabat aruna tidak tahu tentang hal ini.

Ketika di tingkatan 2,  Shafiq berpindah semula di sekolah yang sama dengan aruna. Ketika itu, aruna gembira sampai dia sedikit lagi ingin menegur lelaki itu. Nasib dia teringat kembali tentang perjanjian mereka. Lantas dia terus pergi ke tempat lain.

Bukan apa, shafiq dan aruna popular. Kalau perempuan tahu bahawa aruna ada hubungan dengan shafiq, masak dirinya dikejar. Manakala, jika lelaki tahu aruna itu ada ikatan dengan shafiq, masak lelaki itu perlu set up date untuk mereka dan aruna.

Untuk dipendekkan cerita, mereka rapat. Aruna suka kinder bueno, shafiq selalu ada dipoketnya. Aruna suka kucing, shafiq selalu membawa pulang anak kucing yang dia jumpa di tepi jalan.

Shafiq suka main bola kerajang, aruna belajar bermain supaya dia boleh menemani shafiq untuk bermain nanti. Shafiq selalu lupa untuk makan pagi, aruna akan sentiasa ingat untuk membawa bekal buat shafiq.

Mereka tidak boleh dipisahkan. Mereka membesar bersama. Menjaga satu sama lain sehingga tiada luka langsung. Shafiq seakan sosok ibu buat aruna.

Sosok ibu yang dia perlukan.

𝓢𝓾𝓶𝓶𝓮𝓻𝓽𝓲𝓶𝓮 𝓢𝓪𝓭𝓷𝓮𝓼𝓼Where stories live. Discover now