Prolog

963 30 0
                                    

Penyataan 'Cinta itu Buta' adalah benar seperti yang diperkatakan oleh orang ramai mengenai cinta. Kerana perasaan cinta itulah, seseorang itu sanggup menutup matanya daripada memandang kekurangan seseorang yang dicintai. Penyataan itu sangatlah tepat dituju kepada seorang Superintendent (Supt) muda yang sanggup merelakan dirinya untuk melakukan apa sahaja demi seorang gadis yang sangat dicintai daripada zaman sekolah lagi.

Aayaz Zayyan. Seorang jejaka kacak bermata hazel berumur 24 yang memegang kedudukan Ketua Batalion yang lebih dikenali sebagai Superintendent (Supt) bagi salah satu platun dalam Pasukan Gerakan Khas B atau lebih dikenali sebagai PGK B - VAT 69.

Merupakan seorang yang bersifat setia dan tegas dalam menjalankan tugas. Baginya konsep kesetiaan dalam menjalankan amanah dalam bertugas adalah sama seperti konsep kesetiaan dalam sebuah percintaan. Kedua-duanya sangat penting dalam hidup Aayaz Zayyan. Satu adalah amanah yang diberikan untuk melindungi negara manakala satu lagi adalah amanah yang diberikan oleh Allah SWT untuk dia pimpin dan lindungi sehingga ke akhir hayatnya.

Very Able Troopers 69 (VAT 69) atau 69 Komando merupakan sebuah pasukan khusus multi spektrum bercorak ketenteraan atau separa tentera milik Polis Diraja Malaysia berpengkalan di Markas Briged Utara Ulu Kinta, Perak. Terdapat beberapa nama samaran selain PGK B - VAT 69 iaitu Task Force, 69 Komando, Charlie Force - 69, Special Project Unit.

Peranannya merupakan pencegah keganasan dalam negara dan penguatkuasa undang-undang, Peperangan Hutan, Peperangan dalam bandar, Situasi tebusan, perlindungan orang kenamaan, Operasi Khas, Operasi Covert, Pasukan Barisan Hadapan dan Komando Separa Tentera & Risik Gempur Polis (VAT69).

Sedang si jejaka kacak bermata hazel fokus dengan Ipad khasnya tanpa sedar akan kehadiran orang lain dihadapannya semasa berehat didalam khemah yang didirikan mereka sendiri.

"Kau ok Zayn?" tanya Darwish Rizky yang merupakan Superintendent platun Charlie dan juga sahabat seangkatan dengan Aayaz. Membuatkan jejaka itu tersentak lalu dengan segera mengangkat kepalanya memandang lelaki dihadapannya itu.

"Aku ok, jangan risau." balas Aayaz lalu menghadiahkan satu senyuman kepada sahabatnya itu. Ipadnya diletakkan kembali ke dalam beg yang dibawa.

"Tak pernah dibuat kau ni, tiba-tiba je ajak turun misi kali ni. Selalunya Arash dengan Elman daripada Superintendent platun Bravo dengan Delta je yang turun jalankan misi sendiri. Kau dah buang tabiat ke apa kali ni?" tanya Darwish pelik.

Naik hairan dia dengan perangai Aayaz kali ni. Takde angin takde rebut tiba-tiba je ajak dia turun ikut jalankan misi. Nasib dia tak ambil apa-apa cuti bulan ni jadi boleh la dia terima ajakan tu.

"Entahlah. Aku pun tak tahu kenapa aku tergerak hati nak turun sekali untuk jalankan misi kali ni. Mungkin ni kali te-" cepat-cepat dia menutup mulut Aayaz sebelum ia mula melencong ke arah yang tidak sedap didengar oleh telinganya.

"Mulut kau jangan nak merapu sangat boleh? Bukannya aku tak tahu ke mana ayat kau tu nak pergi. Kau jangan sampai aku yang tembak kau dulu guna Glock 19 aku ni sudah. Bukan musuh yang makan peluru ni tapi kau dulu yang makan." Glock 19 milik Darwish dikeluarkan daripada tempat penyimpanannya seiring dengan amaran yang diberi. Dibelek-belek Glock 19 yang telah banyak berkhidmat kepadanya itu.

"Sanggup ke kau nak tembak aku, Darry?" pertanyaan cepumas daripada Aayaz membuatkan perbuatan Darwish ketika itu berhenti mendadak.

Mana mampu dia hendak menyakiti sahabat sebaik Aayaz Zayyan ni. Lagipun dia bukannya berani sangat dengan Aayaz Zayyan yang merupakan ketua tertinggi bagi kesemua 4 platun yang ada dalam VAT69 ni. Dengan Arash Daniel iaitu sepupu kepada Aayaz yang sempoi pun dia tak berani, ini kan pula Aayaz Zayyan. Memang cari mati lah jawabnya.

"Kau berani ke, Darry?" tanya Aayaz sekali lagi sambil ketawa kecil. Darwih menjulingkan matanya ke atas menunjukkan dia malas hendak berbalah dengan Aayaz lagi.

Kenal sangat Aayaz dengan jejaka dihadapannya itu. Berani cakap je nak tembak dia bagai tapi bila ditanya balik mulalah diam seribu bahasa. Nak tunding jari dekat muka dia pun tak berani apakan lagi nak tembak dia. Rasanya tak pernah sekalipun ketawa dia lekang daripada bibir bila berada disisi Darwish Rizky selain dengan sepupunya, Arash Daniel. Memang terhibur habis dia dengan sahabat paling baiknya, Asyraaf Hazeeq melayan kerenah pelik mereka berdua. Areez Zayden pula adakalanya sekepala juga dengan mereka berdua itu.

"Lapor! Alpha sedia Tuan Zayn. Over." kata salah seorang komando daripada plantun Alpha yang berada dibawah tanggungjawab Aayaz melalui walkie talkie telah mematikan perbualan mereka itu.

"Lapor! Laporan diterima. Terus bersedia ke misi. Over." balas Aayaz serius ditempatnya.

"Fokus! Alpha. Ingat misi kamu kali ini. Kita datang bersama jadi biarlah kita pulang juga sama. Orang yang kita sayang sedang menunggu kepulangan kita ke sisi mereka. Jadi berhati-hatilah dalam menjalankan misi kerana misi kali ini sangat mencabar. Terima kasih. Over." nasihat Aayaz lembut tetapi tetap tegas melalui corong walkie talkienya.

Tugas mereka kali ini sangat berat dan tidak seperti sebelum ini. Mereka tidak boleh tersilap langkah kerana sekali mereka salah langkah maka nyawa akan melayang pergi.

"Lapor! Baik Tuan Zayn! Over."

"Fokus! Alpha. Mari kita mulakan doa sebelum menjalankan misi supaya Allah SWT memberkati setiap langkah kita." ajak Aayaz kepada platun utamanya melalu walkie talkienya.

Dengan segera dia mengetuai pembacaan doa perlindungan diri dan keselamatan dunia akhirat mereka memandangkan masa untuk memulakan misi sudah semakin hampir.

اَللّٰهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلَامَةً فِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةَ قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ، اَللّٰهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِيْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَنَجَاةً مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَعِنْدَ الْحِسَابِ

Allahumma inna nas'aluka salamatan fiddin, wa afiyatan fil jasadi, wa ziyadatan fil ilmi, wa barakatan fir rizqi, wa taubatan qablal maut, wa rahmatan indal maut, wa maghfiratan ba'dal maut. Allahumma hawwin alaina fii sakaratil maut, wa najatan minan naari, wal afwa indal hisab.

Artinya: "Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepada engkau akan keselamatan pada agama, afiyah pada jasad, pertambahan pada ilmu, keberkahan pada rezeki, taubat sebelum kematian, rahmat ketika mati, dan ampunan setelah kematian itu terjadi."

"Fokus! Terima kasih Alpha. Semoga kita berjumpa kembali di akhir nanti bersama kejayaan yang diingini oleh kita semua demi negara. Over." Darwish berlalu pergi daripada situ untuk berjumpa dengan platunnya selepas selesai menadah tangan mengaminkan doa yang dibaca oleh Aayaz.

Aayaz hanya tersenyum lebar memandang Darwish yang sudah dikenalinya lama dalam VAT69. Daripada seorang yang susah untuk bersuara kini sudah berubah. Darwish Rizky sudah berjaya memegang kedudukan sebagai Superintendent platun Charlie dibawahnya. Tak mustahil sahabatnya itu akan menggantikan tempatnya suatu hari nanti jika dia dan Arash ditakdirkan gugur semasa menjalankan misi mereka.

BOOMM!

"ZAYN! NO!" menjerit kuat Darwish sambil berlari ke arah khemah mereka tadi. Ya! Aayaz Zayyan masih berada didalam saat dia keluar daripada situ.

Lemah dia melihat khemah yang mereka dirikan berdua tadi hancur berkecai tanpa meninggalkan sebarang sisa akibat dibom musuh. Darwish melorot jatuh sambil mengimbas kembali kenangan terakhirnya bersama Aayaz tadi.

"Kenapa Zayn? KENAPA?! Kenapa kau?! Kenapa bukan aku?! Kau belum dapat kebahagiaan kau dengan dia lagi Zayn! YA ALLAH, KENAPA ZAYN YANG KAU PERLU AMBIL!" tanya Adwa sambil tubuhnya didakap erat oleh beberapa ahli platunnya.

Adakah ini pengakhiran hidup bagi seorang Aayaz Zayyan yang masih belum sempat mendapatkan kebahagiaan dalam percintaannya?

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now