Bab 28

155 11 0
                                    

     "So, sekarang apa yang kau nak buat?" Tanya Asyraaf sambil fokus dengan pemanduannya.

    "Aku nak dinner dengan Aila sekali lagi sebelum kita terpaksa bertolak ke mansion Ku Dyan esok." Balas Aayaz akan perancangannya.

    "Perlukan sebarang bantuan?" Pelawa Asyraaf.

    "Yup, aku perlukan sangat bantuan kau. By the way, kau boleh tolong bawakkan Aila ke tempat dinner malam nanti tak? Buat masa sekarang ni aku taknak bagitahu yang aku dah ingat dia sebab aku nak surprisekan dia nanti time dinner." Balas Aayaz sekaligus memberitahu bantuan yang dia perlukan.

    "Kau yakin ke dengan rancangan kau ni? Ingatan kau baru sangat pulih, Yaz. Kau tak boleh stress sangat. Kenapa tak tunggu nanti je?" Tanya Asyraaf inginkan kepastian. Risau dengan keadaan sahabatnya yang baru sahaja pulih itu. Sesekali dia memandang sahabatnya itu.

     "Cuti kita dah nak habis, Zeeq. Lagi beberapa hari je. Aku ingat nak cipta satu kenangan yang sangat bahagia dengan dia sebelum kita bertolak ke mansion Ku Dyan dan balik kem. Aku betul-betul yakin dengan rancangan aku ni...Kau boleh tolong?" Tekad Aayaz. Dia tetap mahu meneruskan rancangannya meskipun dia yakin yang sahabatnya itu tidak setuju dan cuba menghalangnya.

      "Sure, I can but make sure are in healthy position starting now." Balas Asyraaf bersama permintaan. Dia terpaksa mengalah dan menerima akan permintaan sahabatnya itu. Berat rasa hendak menyetujuinya tetap demi keinginan dan harapan sahabatnya maka dia terpaksa menyetujuinya.

     Cepat-cepat Aayaz mengangguk setuju akan permintaan ketuanya itu. Tersenyum bahagia Aayaz sepanjang perjalanan mereka untuk pulang. Akhirnya dia berjaya mengingati kembali segala tentang pemilik hatinya. Terasa tidak sabar pula menunggu malam dinner nanti. Dia janji yang dinner kali ini akan lebih baik daripada yang pertama.

    Seperti yang dijanjikan siang tadi, Asyraaf sudah pun selamat menjemput Naila untuk ke restoran yang sudah ditetapkan sahabatnya itu. Asyraaf hanya fokus terhadap pemanduannya tanpa sebarang bicara.

     "Along," panggil Naila setelah lama berdiam.

     "Yes, littlesweet. Why?" Sahut Asyraaf lembut. Matanya masih setia memandang ke hadapan tanpa menoleh ke sisi.

     "Kita nak pergi mana ni?" Tanya Naila dengan penuh rasa ingin tahu. Sedari tadi dia langsung tidak tahu kemana mereka mahu pergi. Asyraaf langsung tidak memberitahunya.

     "Kita nak pergi dinner. Ada something yang nak diluahkan." Balas Asyraaf sekaligus menguji Naila. Mungkin dengan cara ini dia dapat mengetahui perasaan gadis itu.

     "Dinner? Luah?" Tanya Naila tidak percaya. Risau jika dia tersalah dengar.

     "Yup." Terkelu Naila saat mendengar balasan daripada jejaka itu.

     "Tak boleh, along. Tak boleh!" Bantah Naila. Dia tidak mahu meneruskan ini. Hatinya sudah diduduki oleh seseorang bertahun lamanya. Dan ia takkan mampu terganti lagi.

     "Why?" Tanya Asyraaf ringkas. Masih ingin menguji selagi tidak mendapat jawapan yang diinginkan.

     "Aila tak boleh sebab dalam hati ni dah ada penghuninya yang takkan mampu diubah sampai bila-bila." Tersenyum Asyraaf saat mendengar apa yang dikatakan Naila itu. Dan semestinya dia sudah tahu siapa penghuninya, cuma dia perlukan kepastiaan sahaja saat ini.

     "Why? Apa yang kurangnya along? Tak cukup sempurna lagi ke?" Uji Asyraaf lagi. Dia takkan berhenti selagi mana gadis itu tidak jujur dengan perasaannya.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now