Selepas memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Akhirnya mereka berempat pun sampai ke rumah sewa selepas selesai punch card di kem masing-masing.
Aayaz dan Arash di kem yang menempatkan anggota VAT69, manakala Asyraaf pula di kem yang menempatkan anggota UTK.
"Alhamdulillah, dah sampai." Ucap Aayaz lega. Dengan segera dia melakukan regangan badan selepas keluar daripada kereta. Terasa sedikit kebas dan lenguh diseluruh badannya saat ini.
"Dah, jom masuk. Aku dah mengantuk sangat ni." Ajak Asyraaf selepas pintu rumah berjaya dibuka oleh Areez. Beg pakaiannya terus dibawa masuk ke dalam rumah.
Langkah terus dibawa menuju ke bilik masing-masing tanpa sebarang bicara langsung. Sudah tidak mampu untuk berbual apa pun kerana dimata dan fikiran masing-masing hanyalah katil. Ingin merehatkan diri selepas letih meredah perjalanan selama 3 jam daripada Kuala Lumpur itu.
"Kunci pintu tu, Ash." Sempat Asyraaf melontarkan arahan sebelum menghilang daripada pandangan mereka.
Memandangkan hanya mereka berempat sahaja yang berada didalam rumah sewa itu kerana Darwish dan Eman masih belum kembali. Dan tanpa sebarang bantahan, dengan segera Arash mengunci pintu utama rumah sewa mereka itu lalu terus menaiki tangga menuju ke biliknya.
"Korang nak keluar pergi mana-mana tak kejap lagi?" Tanya Areez sebaik sahaja turun ke bawah. Langkah terus dibuka menuju ke arah sofa-sofa yang berada diruang tamu itu. Punggungnya terus dilabuhkan disofa yang menempatkan 2 tempat duduk yang lebih tepatnya disebelah Arash.
Keempat-empat mereka kini sedang meluangkan masa dengan menonton televisyen selepas selesai merehatkan diri.
"Aku ikut Zeeq je sebab aku tak bawa kereta kalini." Balas Aayaz dengan mata yang masih fokus pada skrin televisyen.
"Ash?" Tanya Areez ingin tahu. Matanya memandang tepat ke arah Arash yang berada disebelahnya itu. Tiada mood langsung hendak menonton televisyen.
"Aku ikut kau. Yelah, aku kan tumpang kau masa balik sini tadi jadi kemana kau nak pergi tu, aku ikut je. Tiada sebarang bantahan." Balas Arash dengan nada biasa. Dia pun sama seperti Aayaz memandangkan mereka menumpang kereta Asyraaf dan Areez untuk pulang ke sini.
Bukan kerana tidak mempunyai kereta sendiri tetapi kerana mereka berempat ingin menjimatkan masa dan kos yang bakal dikeluarkan. Masing-masing bersetuju hendak berkongsi kereta, daripada empat buah menjadi dua. Terpaksa membawa dua kereta kerana ia merupakan salah satu langkah berjaga-jaga. Jika berlaku perkara yang tidak diingini pada salah satu kereta maka satu lagi kereta yang akan menjadi penyelamatnya.
"Ok...By the way, korang lapar tak? Nak makan tak?" Tanya Areez. Iris hitamnya memerhati setiap raut wajah ketiga-tiga sahabatnya itu.
"Lapar tu memanglah lapar tapi aku dengan Zeeq malas nak masuk dapur. Kalau kau rajin, pergilah masak apa-apa yang simple. Tak payah yang berat sebab dah petang ni." Balas Aayaz. Matanya kini sudah beralih ke arah Areez, sahabatnya itu.
"Ha, kejap aku pergi masuk dapur tengok apa yang boleh kita makan." Ujar Areez. Punggungnya segera diangkat daripada duduknya itu.
Langkahnya terhenti sebelum sempat dia memulakan sebarang langkah menuju ke arah dapur mereka selepas dicelah oleh seseorang.
"Dalam peti ais belah atas tu ada nugget tempura, koktel cheese dengan keropok lekor yang aku beli haritu. Kalau kau nak goreng tu pergilah." Celah Asyraaf dengan matanya yang kini sudah beralih fokus ke arah skrin telefonnya. Mungkin sedang membalas pesanan yang dihantar oleh adiknya, Elzahra.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
AléatoireCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...