Bab 60

178 8 0
                                    

          "Abang..." teragak-agak si isteri hendak mengajukan pertanyaan itu.

"Abang apa, my wife?" Tanya Aayaz lembut.

Dia mengantuk tetapi dia tetap ingin tahu pertanyaan yang ingin diajukan oleh isterinya. Dan rasa serba salah jika dibiarkan tanpa melayan, kerana dia tahu yang isterinya tidak akan tidur selagi tidak mendapatkan jawapan malam ini.

"Abang cintakan saya?" Terbeliak dan segar terus mata Aayaz saat mendengar pertanyaan terus tanpa belok daripada isterinya itu.

"Memang abang kena jawab malam ni juga ke soalan tu?" Tanya Aayaz ingin tahu. Raut wajahnya jelas menunjukkan yang dia tidak selesa dengan pertanyaan itu.

"Saya-" terhenti bicara si isteri saat dicantas Aayaz tanpa sempat dia memulakan ayatnya.

"Abang bukan tak nak jawab tapi abang perlukan masa. Awak tetap akan dapat jawapan atas pertanyaan tu tapi bukan sekarang. Insha Allah awak akan tahu jawapannya selepas malam persandingan kita nanti." Cantas Aayaz. Sedari tadi dia sedaya upaya menyusun ayatnya untuk diluahkan supaya tidak menyakiti sedikit pun sekeping hati milik isterinya.

Seperti yang dikatakan Haz Asyzzq, "Setiap manusia perlukan masa untuk membuat keputusan terhadap pilihan bagi meneruskan perjalanan kisah hidupnya." Sama juga dengan Aayaz dimana dia perlukan masa untuk menjawab setiap soalan. Terutamanya yang berkait dengan hati dan perasaan supaya tidak menyesal nanti kerana tersalah pilih.

Melihat diamnya si isteri membuatkan rasa bersalah yang ada semakin bertambah. Pelukan terus dieratkan lagi. Kucupan dilabuhkan tidak henti diubun-ubun dan sekitar wajah isterinya. Sempat bibir nipisnya mencuri satu kucupan pada bibir mungil itu.

"I'm sorry, my wife. Please don't be silent like this, I can't bear it..." rayu Aayaz. Nadanya jelas kedengaran sayu dan serak.

"Abang?" Panggil si isteri dengan nada risau. Tangan kanannya terus naik meraba wajah si suami sebelum berhenti tepat dikawasan mata suaminya.

"I'm so sorry, my wife..." sayu Aayaz meminta maaf. Wajahnya yang disembam pada dada si isteri. Menangis kecil disitu. Pelukan pula masih kekal erat dengan tanda seakan-akan tidak mahu lepas sesaat pun.

"Abang, kenapa nangis ni?" Semakin risau si isteri saat bajunya terasa basah. Tangan kanan terus naik mengusap lembut rambut lebat milik suaminya. Memujuk.

"Abang minta maaf sebab tak boleh jawab soalan kedua awak tu. Don't be angry with me and please give me a little time to prove the answer." Sekali lagi Aayaz mengutarakan permintaan maafnya sekaligus merayu untuk diberikan peluang. Saat ini juga suaranya kedengaran serak akibat menangis tidak henti.

"Saya tak marahkan abang pun lah. Saya diam tadi sebab tengah fikir ada betulnya juga apa yang abang katakan tu. Macam yang along cakap, "kita tak semestinya akan mendapat sesuatu tak kira kerana ingin tahu atau ingin miliki sekarang itu juga, kerana setiap yang berlaku termasuk manusia memerlukan masanya." Lembut si isteri memujuk. Satu kucupan dilabuhkan dikepala suaminya dengan tangan kanan yang tidak henti mengusap lembut rambut lebat itu.

Serentak Aayaz memanggung kepalanya daripada sembam tadi. Iris hazel naik memanah tepat tanpa berkelip pada mata indah milik isterinya. Sekelip mata, air matanya terus berhenti mengalir dan yang tinggal hanya sisa sahaja.

"Betul?" Tanya Aayaz inginkan kepastian.

"Betul. Dah jangan nangis ok? Tak handsomelah supt. Zayn nanti kalau menangis camni." Pujuk si isteri lembut sekaligus mengiyakan pertanyaan suaminya. Sempat dia mengusik suaminya yang kini berada didalam pelukannya.



Sedetik...Dua detik...

"Ehhh, abang! Ya Allah, kenapa makin teruk ni?!" Terkejut si isteri saat mendengar raungan kuat yang keluar daripada mulut Aayaz.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now