Bab 71

250 6 1
                                    

       "Caro..." panggil Aayaz lagi. Kali ini dengan lebih lembut daripada tadi.

Sesaat kemudian, dia kembali terdiam dan tergamam. Kelu lidahnya seiring dengan mulutnya yang terasa seperti digam sehingga tidak mampu dibuka lagi. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya.

Ya Allah...

"Kenapa saya perlu hadap semua ni?! Disebabkan ulah dendam satu-satunya adik sepupu perempuan kesayangan abang tu, saya terpaksa menanggung kecacatan ni. Terpaksa menyusahkan orang terutamanya arwah mama dengan papa. Dan disebabkan permintaan dialah mama dengan papa pergi tinggalkan saya dalam sekelip mata. Apa dosa saya dengan dia?!" Bentak Naila dengan soalan yang jelas menunjukkan dia benar-benar dalam keadaan emosi.

"Ya Allah, caro...Tolong jangan cakap macamni...Abang tahu dia banyak buat salah dan susah untuk awak maafkan tapi walau macam manapun dia dah takde dekat dunia ni. Arwah dah lama pergi dan kita sebagai yang masih hidup tidak elok berdendam dengan si mati meskipun kita pernah disakitinya saat didunia kerana yang mati sudah cukup tersiksa mendapat balasan disana dan jangan kita tambahkan lagi. Maafkanlah meskipun perit untuk ditelan kerana tiada guna untuk terus berdendam, takut ia akan berbalik dan memakan diri." Pujuk Aayaz dengan sangat lembut.

Seiring dengan kedua belah tangannya yang naik untuk cuba menarik tubuh kecil dihadapannya masuk kedalam pelukan. Namun setiap kali percubaan, tangannya akan ditepis kasar oleh si isteri.

"Ya, memang tak elok berdendam dengan si mati dan nampak macam tak adil bila hanya berdendam dengan dia sedangkan ada lagi yang terlibat sama." Balas Naila dengan berteka-teki. Sempat dia mengiyakan apa yang dikatakan suaminya itu.

"Mak...maksud caro?" Tanya Aayaz tidak faham akan apa yang dikatakan isterinya itu. Saat yang sama, hatinya berada berdebar-debar risau dan takut sangat saat ini.

"She did all that because of you. Because she is in love and obsessed with you. And because of her obsessive love for you, I had to languish and face endless suffering. Is it worth what you did now? Is it worth going to this wedding even though I have to face endless pain on the way?" Ujar Naila. Nadanya jelas kedengaran dingin dan sinis pada deria pendengaran Aayaz.

Terkedu Aayaz saat mendengar bicara isterinya. Apa yang isterinya cuba sampaikan? Dan kenapa rasa tidak sedap hati dan takut semakin menggunung didalam hatinya?

"Apa maksud awak, caro? Abang tak faham." Lembut Aayaz bertanya. Dia tahu perbicaraan malam ni akan menjadi semakin teruk jika dibalas kembali dengan emosi. Jadi biarlah dia mengalah kerana ada salahnya juga dengan apa yang terjadi.

"You don't have to be nice to me. If it wasn't for you, I definitely wouldn't have languished this bad. If you didn't pull me into marriage, I would definitely still have my family and wouldn't have to be an orphan. If you accept her from the beginning, I won't have to face hatred without knowing what's wrong. It's all because of you!" Ujar Naila lagi tanpa menghiraukan Aayaz. Dibiarkan sahaja pertanyaan suaminya berlalu pergi dibawa udara penghawa dingin tanpa ingin menjawabnya.

"Ya Allah, caro...Kenapa cakap macamtu? Abang layan awak baik bukan atas sebab berlakon atau kasihan mahupun terpaksa. Tetapi atas sebab awak isteri abang dan orang yang abang cintai sangat-sangat selepas Allah SWT. Macam mana abang nak terima arwah kalau tak pernah sekalipun cintakan dia? Macam mana abang nak bersama dengan dia kalau awak yang hadir dan menenangkan abang dalam mimpi selepas solat istikarah? Macam mana abang nak akad dia kalau abang selalu yakin dan percaya yang awak jodoh yang telah ditakdirkan untuk abang?" Lirih dan sayu nada Aayaz saat bertanya. Berusaha dia menafikan dan menjelaskan perihal cinta yang dirasakan dirinya terhadap Naila.

"Cinta abang hanya untuk awak, caro. Bukannya Elsa Sofea dan bukan juga Elzahra Hazeeqa. It's you and always you, Naila Ayana binti Naim Imran." Tambah Aayaz selepas melihat diamnya Naila.


Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now