Bab 68

115 5 0
                                    

       "Korang berdua ada nak pergi mana-mana lagi tak?" Tanya Aayaz meminta pendapat. Sedari tadi tangan kirinya setia menggenggam erat tangan kanan si isteri.

"Kalau korang teman kitorang pergi pusing-pusing mall boleh?" Tanya Zayna kembali. Berbalas kembali pertanyaan yang diajukan Aayaz.

"Oh gosh, Aris! Are you sure want to go for shopping with you condition like this?!" Tanya Arash tidak percaya. Rasa nak pitam bila dengar pertanyaan yang jelas mengajak daripada Zayna tadi.

Dengan kepala berbalut still ada hati nak bershopping. Tak tahu ke kalau terlalu aktif bergerak sangat nanti boleh effects kepala?! Oh my god!

"Ala, aku ok jelah Ash. Don't worry." Balas Zayna sekaligus memujuk Arash untuk mengizinkannya bershopping.

"Kau buat ni untuk nak pulihkan hati kau yang tengah lara sebab Deen kan? This is not what you need to do, Aris. Bukan kau je yang kena amukan seorang Areez Zayden nanti. Tapi sekali dengan aku, Aris! Silap-silap mati muda aku, kau tahu tak?!" Teka Arash sekaligus menegur tindakan yang dipilih Zayna saat ini.

Melihat diamnya Zayna membuatkan Arash menghela nafas yang kuat dan kasar. Serentak tangan kanannya naik meraup kasar wajah dan rambutnya sehingga kelihatan serabut. Boleh naik gila hadap benda ni.

"Wait here and please don't go anywhere. I need to make a phone call for a while there." Pinta Arash lembut. Sempat dia memberi arahan tegas buat Zayna sebelum berlalu pergi sedikit jauh daripada tempat asal.

Setengah jam kemudian, Arash kembali mendekati mereka bertiga yang setia menunggu daripada tadi. Riak biasa tanpa secalit senyuman pun yang terukir.

Serentak Arash menarik nafas panjang sebaik sahaja berdiri tepat dihadapan mereka bertiga. Mulut dibuka bagi memulakan bicara saat iris hazelnya memanah tepat pada iris coklat milik Zayna.



Flashback

Arash x Areez.

"Deen!" Panggil Arash sebaik sahaja Areez mengangkat panggilannya.

"Mana salam kau, Ash?" Tanya Areez dengan nada yang jelas kedengaran dingin daripada seberang sana.

"Alamak lupa, hehehehe. Assalamualaikum, Deen." Ucap Arash malu-malu. Tanpa sedar tangan kirinya juga naik menggaru belakang kepala yang langsung tidak terasa gatal saat ini.

"Waalaikumussalam. Ni nasib aku, kalau Zeeq rasanya aku dengan Yaz dah kena masuk kelas ceramah sekali dengan kau gamaknya." Balas Areez sekaligus menjawab ucapan salam daripada Arash itu.

"Urgent sangat tu yang sampai lupa nak bagi salam, hehehehe." Ujar Arash malu. Tersengih-sengih malu dia saat ini. Kalau dengan Asyraaf mahu dah suku nyawa kena hempuk.

"Yelah, Ash. So, apa yang urgent sangat call aku ni? Kau dah nak balik ke?" Tanya Areez ingin tahu daripada corong seberang sana.

"Bukan-bukan, aku tak nak balik lagi. Aku call ni just nak minta pendapat dengan persetujuan kau je." Nafi Arash akan apa yang ditanya Areez itu.

"Pendapat dengan persetujuan apa?" Tanya Areez pelik.

"Macam ni. Aris, dia n-" terhenti terus bicara Arash tanpa sempat dia masuk ke pointnya.

"It's nothing to do with me, Ash. We are nothing to each other." Cantas Areez sekaligus membuatkan Arash menepuk dahinya sendiri.

Tak padan dah tua tapi still nak merajuk teruk! Suka nak potong ayat, kalau dengar sampai habis dulu tak boleh ke? Nanti marah pula kalau tak call tanya. Haish entahlah labu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now