"ZAYN!" jerit Darwish kuat sehingga menyebabkan Aayaz yang sedang sedap melayan lenanya itu terus bangun mengejut. Risau dengan keadaan rakannya yang tiba-tiba sahaja menjerit memanggil namanya.
"Ya Allah, Riz. Kau dah kenapa menjerit panggil nama aku ni?" tanya Aayaz yang sudah berdiri tegak disamping katil Darwish. Tangannya naik menenyeh matanya yang masih separa celik itu.
"Yaz?" panggil Darwish seperti tidak percaya. Matanya memandang tepat ke arah jejaka kacak yang sedang tegak berdiri disebelahnya.
"Ye." balas Aayaz sambil merenggangkan sedikit badannya yang terasa lenguh itu.
"Yaz?!" panggil Darwish sekali lagi. Dia betul-betul tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Aayaz Zayyan kesayangan dia dengan Arash masih hidup?
"Ye Riz, kenapa? Kau perlukan apa-apa ke?" tanya Aayaz lembut. Dia bukanlah jenis yang suka marah orang terutamanya yang rapat dengannya. Baginya tiada kebaikan pun mengagungkan amarah diri kerana pada akhirnya diri sendiri yang akan merasa bersalah akan tindakan itu.
"Kau masih hidup Yaz? Kau tak mati?" terus terletus ketawa kuat Aayaz selepas mendengar pertanyaan yang keluar daripada mulut Darwish ketika itu. Memang naif betul sahabatnya sorang ini.
"Aku tanya kau kan. Bukannya suruh kau gelak pun!" bentak Darwish sambil memandang Aayaz tidak puas hati. Dia dah la tengah blur si Aayaz Zayyan ni mati hidup balik ke apa, boleh pula dia tibai gelak sampai tak sedar diri.
"Hahaha ok sorry. Aku akan jawab pertanyaan kau tapi sebelum tu aku nak kau jawab soalan aku dulu boleh?" balas Aayaz sambil cuba menghentikan tawanya itu.
"Boleh." balas Darwsih. Kepalanya diangguk sekali menandakan setuju.
"Kau tahu kan ciri-ciri semua anggota VAT69 dalam menjalankan tugas macam mana?" pertanyaan pertama daripada Aayaz dibalas dengan anggukan daripadanya. Mana boleh dia tak tahu sedangkan diri dia pun salah seorang daripada anggota VAT69.
"So, sampai sekarang, dah berapa lama kau bertugas dalam VAT69 sampai kau berjaya menjawat jawatan Superintendent platun Charlie?" tanya Aayaz sambil memandang wajah Darwish dengan pandangan bersahaja.
"Aku naik Superintendent platun Charlie dua tahun lepas dan kalau kiraan keseluruhan tak silap aku dah nak masuk 7 tahun dah aku dalam VAT69. Kenapa?" jawab Darwish Panjang lebar. Dia masih lagi tidak memahami maksud daripada pertanyaan jejaka kacak itu meskipun sudah dua pertanyaan yang telah diajukan kepadanya.
"Allah...Kau still tak faham lagi maksud aku lepas aku dah tanya kau dua soalan ni?" tanya Aayaz sambil memandang Darwish dengan pandangan tidak percaya. Kalini tukar dia pula yang blur.
"Tak. Hehehe." balas Darwish sambil tersengih seperti kerang busuk ketika itu. Tangannya naik menggaru belakang lehernya yang tidak gatal itu.
"Aku terus ke point dia jelah. Tak sangka pula kau tak boleh nak pickup apa yang aku cuba sampaikan. Jadi alasan kenapa aku tak mati adalah sebab aku sempat keluar daripada khemah tu. Faham?" jelas Aayaz sambil membantu Darwish menuangkan air ke dalam gelas sebelum disuakan kepada jejaka itu.
"Tapi macam mana kau boleh keluar secepat tu?" tanya Darwish ingin tahu. Macam mana Aayaz boleh keluar cepat selepas dia?
"Aku dapat detect melalui pergerakan sistem pengawalan letupan kita masa tengah fokus tengok Ipad awal tu. Tempat terakhir tindihan sistem berlaku adalah dekat khemah kita jadi disebabkan tulah aku mampu selamatkan diri sebelum dia meletup." jelas Aayaz panjang lebar. Senyuman memujuk terukir dibibirnya saat itu.
"Tapi kenapa lepas meletup tu kau tak munculkan diri? Buat malu aku je meraung macam orang gila dekat situ." ujar Darwish dengan nada yang mulai merajuk. Bibirnya sudah memuncung panjang.
Memang malu teruk dia bila diingatkan balik kejadian tu. Habis imej dia sebagai seorang Superintendent platun Charlie.
"Aku takde dekat situ lepas bom meletup sebab aku kejar musuh yang sedang bersembunyi berdekatan tempat kita." jelas Aayaz lembut.
Dia tahu sahabatnya itu sedang terasa hati dengannya tapi nak buat macam mana, mereka dalam jurang yang sangat bahaya ketika itu. Kalau dibiarkan memang habis mereka semua. Dia perlu sentiasa mengorbankan nyawanya dahulu kerana posisi sebagai ketua tertinggi kepada mereka.
"Kau memang betul-betul hidup lagi kan, Yaz?" terletus ketawa kecil daripada bibirnya selepas mendengar soalan sama daripada Darwish itu.
"Iye. Aku masih hidup. Aku tak tinggalkan kau pun Riz. Aku ada je dekat sini teman kau." pujuk Aayaz sambil menghadiahkan senyuman manis kepada sahabatnya itu.
"Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah kerana kau masih memanjangkan lagi usia sahabatku ini. Aku sangat bersyukur kepadamu, Ya Allah." Aayaz segera menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibaca oleh jejaka itu.
"Yaz," panggil Darwish. Matanya memandang tepat ke arah sahabatnya yang sedang elok dikerusi yang telah disediakan.
"Ye? Kau perlukan apa-apa ke Riz?" tanya Aayaz lembut.
"Tak. Cuma aku nak tanya je. Kita berjaya tumpaskan musuh ke kali ni? Aku tak ingat apa yang dah jadi lepas aku meraung macam orang gila masatu." tanya Darwish sambil memandang tepat ke arah Aayaz dengan penuh harapan.
"Ye, kita berjaya walaupun bilangan anggota yang cedera agak ramai dalam kedua-dua platun kita." mendengar jawapan daripada Aayaz sedikit sebanyak telah membuatkan dirinya berasa lega.
"Tapi asal aku kena duduk atas katil wad ni?" tanya Darwish sambil memandang Aayaz pelik. Dah kenapa pula dia kena duduk atas katil wad perubatan ni sedangkan dia takde luka apa pun dekat badan?
"Kau demam. Tapi teruk betul ehh kau menangis semalam sampai demam terus jadinya. Terkejut beruk aku bila dapat berita yang kau pengsan lepas meraung nangis tu." jelas Aayaz membuatkan Darwish semakin bertambah malu. Malu dengan badan je lah kau ni, Darwish Rizky bin Dzul Qashif.
"Sayang sungguh ehh kau dekat aku, Riz. Sampai demamlah kau punya menangisi aku." seloroh Aayaz. Terlepas kuat ketawa seronoknya akibat sahabatnya itu.
"Perasan betullah kau ni. Memang tak kuasa aku nak tangisi kau sampai demam bagai." nafi Darwish keras. Tidak mahu mengaku dengan apa yang dikatakan Aayaz meskipun semuanya betul.
Aayaz hanya setia melayan ketawanya. Kan dah cakap, ketawa dia takkan lekang punya kalau dengan Darwish ni. Suka cakap lain tapi buat lain. Memang speak more than action betul jejaka bernama Darwish Rizky bin Dzul Qashif ni. Dia masih tak sedar lagi gamaknya kenapa dia kena tahan wad sekarang ni.
"Ikut suka kau lah. Apa yang penting sekarang adalah aku nak kau rehat lepas makan ubat-ubat ni supaya demam kau tu cepat kebah." ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor tadi diambil mengikut sukatan yang telah ditetapkan lalu disuakan tepat dihadapan Darwish.
Dengan segera jejaka itu mengambil huluran ubat-ubatan daripada tangannya lalu segera dimasukkan ke dalam mulut. Selesai sahaja makan ubat, Darwish pun segera berbaring kembali seperti yang disuruh oleh Aayaz.
"Tidur. Kau tak payah risau. Aku ada dekat sini tunggu kau." pujuk Aayaz selepas perasan yang sahabatnya itu fokus memandangnya tanpa berkedip langsung.
"YES! Ini yang aku mahukan!" balas Darwish lalu dengan segera menyelesakan diri dalam pembaringannya. Tidak sampai 2 minit, dia telah pun terlelap dibuai lenanya.
Aayaz hanya tersenyum sambil menggeleng perlahan kepalanya saat melihat tingkah sahabatnya itu. Manja betul dengan dia. Lantas tangannya naik menarik selimut yang berada dikaki lalu menutupi tubuh jejaka itu.
"Macam mana lah kau kalau aku takde or aku kahwin nanti ehh? Aku harap perangai kau akan berubah sikit lepas ni, Riz..." gumam Aayaz perlahan tetapi masih boleh didengar oleh Darwish yang sedang tidur membelakanginya itu.
"Aku janji aku akan berubah, Yaz. Aku pun tak suka dengan perangai aku yang sekarang. Banyak menyusahkan kau dengan yang lain. Tunggu Darwish Rizky yang baru ok?" balas Dariwsh sekadar didalam hatinya dengan matanya yang masih setia dipejam itu.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
CasualeCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...