Bab 56

170 10 0
                                    

        "Saudara Ayyaz Zayyan bin Adhaa Fathi?" Seru tok kadi yang merupakan wali hakim untuk majlis akad nikah hari ini.

Teragak-agak Aayaz hendak menyahut seruan itu. Saat itu juga dadanya bagaikan dihentam oleh debaran yang maha hebat sehingga membuatkan dia rasa sesak untuk bernafas. Kelenjar minyak tidak henti merembeskan peluh disekitar dahi dan celahan telapak tangan.

"Yaz," lembut Asyraaf memanggil nama sahabatnya itu. Nada yang digunakan jelas kedengaran memujuk dan sangat lembut pada deria pendengaran Aayaz.

"Zeeq..." panggil Aayaz kembali. Bergetar nadanya saat itu yang mungkin kesan daripada gigilan bibir dan rasa takut yang melanda diri.

Iris hazelnya naik memanah sayu dan tepat ke wajah kacak milik jejaka kacak disebelahnya, iaitu Asyraaf. Panahan yang seakan-akan sedang merayu meminta bantuan. Serentak satu senyuman yang sangat manis mula terukir lembut dibibir nipis milik Asyraaf itu. Khas buat sahabatnya yang sedang menunggu detik untuk sah bergelar seorang suami.

"Kau boleh, Yaz. Kuatkan hati dan yakinkan diri kau yang kau mampu untuk pikul amanah ni dengan lebih kuat. Aku percaya kau mampu pikul amanah ni seperti mana yang kau dah janji dengan aku semalam." Pujuk Asyraaf sekaligus memberi semangat dengan niat hendak meyakinkan sahabatnya itu.

Ya, dia yakin bahkan sangat yakin. Bukan kerana janji yang dilafazkan dan dipersetujui ketika berada di hospital semalam tetapi kerana keikhlasan dan usaha tanpa penat yang ditunjukkan jejaka kacak itu dalam mengejar cinta yang berputik dihati.

Flashback

"Abang..." Jeda. Lantas matanya terpejam rapat bagi mengumpul semangat dan kekuatan untuk meluah apa yang terbuku saat ini. Serentak ditarik nafas panjang sebelum kembali memulakan bicaranya.

"Demi Allah SWT, hanya sekali sahaja abang merasakan perasaan jatuh cinta dan cinta itu khas buat gadis itu seorang sahaja tanpa yang lain lagi. Dia kelihatan sangat biasa dimata orang lain tetapi dia lah yang paling istimewa dan menarik pada mata abang. Daripada dulu abang tak pernah meminta lebih bagi alur jalan menuju kebahagiaan buat dia dan abang. Cukup dengan Allah SWT sudi perkenankan dan menunaikan apa yang diminta dan diharapkan didalam keinginan selama ini jika ia memang terbaik untuk diri masing-masing." Luah Aayaz panjang lebar dan penuh makna.

Nadanya kedengaran sangat lembut dideria telinga milik mereka semua yang berada disitu. Nada yang jelas seakan-akan memberi maksud memujuk dengan penuh berharap.

"Abang..." panggil Naila sebak. Dia tahu sangat siapa gadis paling bertuah yang dimaksudkan dalam luahan Aayaz itu.

"Abang hanyalah manusia biasa yang berharap dengan keajaiban-Nya dalam takdir pada jalan yang dipilih. Mengharapkan permintaan untuk membahagiakan dan menjaga awak ditunaikan. Abang sedar abang tak sempurna dan banyak kekurangan secara terang-terangan dan berselindungan tetapi abang betul-betul ikhlas untuk memperisterikan awak. Tiada yang sempurna didunia melainkan penciptanya, kerana kita hanyalah manusia biasa yang dicipta untuk menjayakan watak didunia ciptaan-Nya." Tambah Aayaz sayu. Disaat itu juga dia kembali sedar dengan dosa-dosanya yang dilakukan secara sedar mahu pun tidak.

"Abang cintakan awak sangat-sangat selepas cinta abang terhadap yang paling utama. Abang betul-betul ikhlas untuk menjadikan awak pendamping sampai ke akhir hayat abang. Sekali abang jatuh cinta dengan awak, sampai bila-bila pun tetap awak dan tak pernah berubah sekali pun. It's you and only you, my dear princess. Abang tak minta lebih, cukup dengan jawapan yang menyatakan awak sudi terima abang dan menjadi pendamping abang dalam mencari amalan akhirat untuk menuju ke syurga yang diimpikan." Kedengaran sayu dan lirih luahan daripada Aayaz itu.

Pujukan dengan penuh harapan dan rayuan itu jelas kedengaran bersungguh-sungguh tanpa kebohongan pada deria pendengaran Naila. Nafas ditarik panjang sebelum dihela perlahan yang hanya dia sahaja yang mendengarinya. Dada dan nafasnya terasa seperti ditekan sesuatu sehingga menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas. Jemari dikedua belah tangan semakin bertaut rapat dan bermain sesama sendiri tanpa henti. Mulutnya terkumat-kamit tanpa sebarang suara yang keluar kerana dia benar-benar dilema dan tidak tahu hendak memberikan jawapan apa untuk luahan penuh harapan daripada tunangnya itu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now