Bab 69

114 4 0
                                    

       Seminggu kemudian,

"Aamiin." Ucap mereka semua yang berada disitu serentak sebaik sahaja selesai membaca surah yasin dan tahlil ringkas. Secara berjemaah dan diketuai oleh Aayaz.

"Tak sangka dah seminggu kan arwah pergi." Ujar Areez yang sedari tadi duduk bersebelahan dengan Arash.

"Betul. Tak sangka arwah pergi secepat ni dengan penuh tragik disaat dia masih muda." Sokong Arash dengan mata yang setia memandang ke arah kubur dihadapannya.

"Ajalnya sudah sampai disaat umur ketika ini. Aku harap Allah SWT terima semua amalan yang dilakukan didunia semasa masih hidup. Aku minta sangat semua yang ada dekat sini boleh maafkan semua kesalahan arwah secara sedar mahu pun tidak. Janganlah berdendam dengan orang yang telah pergi kerana ia langsung tidak bermakna memandangkan dia sudah pun tiada didunia ini." Pinta Aayaz dengan penuh berharap. Telapak kanannya naik mengusap lembut batu nisan arwah.

"Abang," panggil Naila perlahan. Seiring dengan tangan kanannya yang naik meraba tubuh tegap suaminya.

"Yes, caro. Why?" Sahut Aayaz lembut. Kepalanya terus ditoleh ke arah isterinya saat dia diseru dengan nama panggilannya.

"Kalau saya nak tanya sesuatu boleh?" Tanya Naila sekaligus meminta izin sebelum mengajukan pertanyaan.

"Sure, tanyalah." Balas Aayaz sekaligus mengiyakan permintaan isterinya.

"Kalau saya nak minta izin untuk pergi ziarah kubur mama dengan papa lagi, boleh? Saya tahu yang kita baru je lepas ziarah kubur diorang dua hari lepas tapi saya rindu dan saya nak ziarah lagi. Boleh tak abang?" Tanya Naila ingin tahu. Nadanya jelas kedengaran penuh berharap. Dieratkan lagi genggaman pada tangan besar milik Aayaz.

"Ya Allah, caro. Kenapa awak perlu tanya keizinan dekat abang? Kan abang dah cakap yang abang akan tunaikan semua permintaan isteri kesayangan abang ni semana kemampuan abang selagi abang bernyawa. Abang akan berusaha bawa awak bila-bila sahaja avang free masa awak bagitahu nak ziarah kubur mama dengan papa. Kalau abang tak boleh pun abang boleh minta tolong yang lain untuk bawakan awak ke sana sekejap. Ok?" Pujuk Aayaz sekaligus menandakan dia tidak kisah dan memberi keizinan terhadap permintaan isterinya itu.

"Betul?" Tanya Naila inginkan kepastian.

"Ye, mio caro. I really means for what I had and have say." Balas Aayaz sekaligus mengiyakan pertanyaan yang diajukan isterinya itu.

"Tapi kali ni dengan satu syarat." Tambah Aayaz membuatkan dahi Naila berkerut.

"Syarat apa?" Tanya Naila ingin tahu akan syarat yang dikatakan.

"Kita pergi hospital, ok? Walau macam manapun kita tetap kena pergi ziarah sesiapa yang kita pernah kenal jika mempunyai masa dan rezeki kerana mereka juga saudara seislam kita meskipun tidak sedarah. Yang jahat tidak akan sentiasa begitu kerana dia akan berubah jua disaat Allah menghadirkan kesedaran kepadanya tidak kira cepat atau lambat." Pujuk Aayaz lembut sekaligus menjawab pertanyaan daripada isterinya.

Naila menjatuhkan sekali kepalanya sebagai jawapan akan permintaan yang diluahkan suaminya. Dia tahu dan faham atas sebab apa suaminya mengajukan permintaan itu. Namun sekadar perbuatan yang mampu dizahirkan kerana mulut dan lidah bagaikan digam dan dikepil sekali sehingga dia tidak mampu berbicara. Tersenyum lega Aayaz saat melihat jawapan positif meskipun sekadar anggukan daripada isteri tercintanya.

Sempat tangannya naik mengusap sekejap batu nisan dihadapannya sebelum mula bangun seiring dengan isterinya. Mereka mula melangkah pergi bersama yang lain dan tidak lagi menoleh dan hanya hati sahaja yang masih menghadiahkan doa buat si mati.



Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now