Bab 37

158 7 0
                                    

      "Alhamdulillah...Makan dah kenyang, solat isyak pun dah ditunaikan. Jadi boleh la nak melantak tidur sekarang." Ujar Isqandar dengan rasa lega dihati. Tangan kanan naik mengusap perut yang agak kekembungan itu sebagai tanda dia betul-betul puas makan malam ini.

Memang macam ular sawa kekenyangan lah dia malamni. Sedap sangat makanan yang Tengku Adyan dengan Asyraaf masak sampai bertambah tak henti tadi. Kalau berat naik lepas 3 harini, memang dah tahu lah punca dia apa. Tapi apa-apa pun dia nak puaskan dulu tekak dan perut dengan makanan sedap dalam 3 harini sebelum bina badan balik.

"Cheating on a diet is better than cheating on someone in your relationship." Gumam Aayaz puas. Sedari tadi dia sudah pun selamat melabuhkan punggung disebelah Isqandar dengan badan yang disandar dikepala sofa. Mengah badan dia saat ini kerana makan terlalu banyak tadi.

"Betul tu!" Setuju Tengku Areez dan kembar upin ipin iaitu Areez dan Arash.

"Kenyang betul ni," kata Asyraaf. Terletus ketawa kecilnya saat melihat mereka berlima termasuk Tengku Areez bersandar puas dikepala sofa.

"Macam tak makan berbulan." Terbeliak terus mata mereka saat mendengar sambung daripada Asyraaf itu. Teruk sangat ke diorang melantak tadi?

"Ap... apa kau cakap?" Tanya Areez inginkan kepastian. Dia yakin yang dia salah dengar tadi.

"Korang melantak macam berbulan tak makan." Ulang Asyraaf dengan nada bersahaja. Wajahnya masih kekal tanpa sebarang riak.

"WHAT! AAAAA!!" Rengek mereka serentak. Tak suka dikata begitu meskipun ia benar-benar terbukti fakta.

"Many people try hard to not admit to the fact because it is very different from what they imagine even though it is the truth. Good job, brother." Ujar Tengku Adyan dengan nada sinisnya. Senyuman kepuasaan mula terukir dibibir saat mata bertentang. Puas dapat mengenakan mereka.

"It's my pleasure and thank you for this good complaint." Ucap Asyraaf penuh hormat dan ikhlas.

Tajam Tengku Areez dan empat yang lain merenung dua ketua itu. Sebaik sahaja sedar yang mereka sedang dipermainkan dengan sangat halus oleh dua jejaka itu. Tersangatlah halus sampai mereka tidak sedar langsung masa awal tadi. Sumpah saat ini, rasa macam nak diuli lepastu dicincang sahaja dua ketua mereka itu. Geram gila!



"Dah. Dah, tak payah nak acah terasa sangat. Bukan teruk pun kitorang bagi." Kata Tengku Adyan sekaligus menghentikan pergaduhan manja mereka itu. Kalau dibiarkan lama lagi, rasanya sampai ke pagi tak tidur lagi ni.

"Yelah..." balas mereka mengalah.

Dan tanpa sedar, terlepas ketawa kecil daripada bibir Asyraaf saat itu yang jelas kedengaran lain daripada sebelum ini. Terdiam mereka semua dengan mata yang merenung tepat ke arah ketua Hell's Killer itu.

"Why? Asal semua pandang macam nak telan aku ni?" Tanya Asyraaf dengan nada yang jelas tidak selesa. Rasa seram secara tiba-tiba pula bila direnung sebegitu rupa.

"Kau gelak ke tadi, Zeeq?" Tanya Arash seakan-akan tidak percaya.

"Aku gelak kecil je tadi. Bukannya aku tak pernah gelak selamani. So, why?" Balas Asyraaf pelik. Dah kenapa ketawa dia dijadikan bahan pembicaraan ni?

"Sumpah demi Allah SWT, ketawa kecil kau malamni lain sangat, Zeeq." Beritahu Areez yang juga dengan nada tidak percayanya.

"Lain? Lain apanya pula?" Tanya Asyraaf tidak faham. Kalau tak berkias dengan dia waktu macamni tak boleh ke? Time nak tidurlah nak paksa dia main teka-teki pun.

"Irama daripada gelak kecil kau tu lain. Sebelum ni dingin dan sinis je bunyi dia, tapi kalini lain sangat." Jelas Aayaz membuatkan hati Asyraaf meronta ingin tahu akan apa perubahan yang dimaksud.

"Lain sangat? Maksud kau?" Tanya Asyraaf dengan rasa dihati yang membuak-buak ingin tahu.

"Dia memukau deria pendengaran kami. Irama dia tenang dan bahagia je bunyinya. Rasa merdu je." Jelas Aayaz lebih terperinci akan irama ketawa kecil yang sangat memukau deria pendengaran mereka tadi.

"Allah..." keluh Asyraaf. Kepalanya digeleng perlahan. Penat!

"Betul, Zeeq!" Kata Aayaz, Areez dan Arash serentak sekaligus cuba menyakinkan ketua mereka itu. Tengku Adyan dan Isqandar juga tidak ketinggalan. Mereka juga menggangguk kecil sebagai sokongan atas apa yang dikatakan itu.

"Stop jup. Bagi aku cakap something kejap, boleh?" Tanya Asyraaf sekaligus meminta izin sebelum mengeluarkan apa-apa kata daripada mulutnya.

"Boleh!" Izin mereka tanpa mengesyaki apa-apa.

"You can be stupid but don't overdo it, just once and it's already enough." Ujar Asyraaf sebelum berlalu pergi ke biliknya. Tergamam mereka saat dibidas begitu sahaja oleh Asyraaf.

"Dia kata kita bodoh ke?" Tanya Arash dengan blurnya.



PAP!

"Tu perumpamaan lah, bodoh!" Marah Areez. Asal tetiba jadi bodoh pula si Arash Daniel bin Adam Fathi ni?!

"Ohhh perumpamaan...Woiii! Kau kata aku bodoh?!" Bentak Arash saat menyedari kembali setiap butir perkataan yang disebut Areez tadi. Dia kata aku bodoh?! Apakah?!

"Dah betul, bukannya aku tipu." Balas Areez bersahaja tanpa sebarang rasa bersalah.

"KAU!" Jari telunjuk naik menunjuk tepat ke arah muka Areez yang berada tepat dihadapannya. Geram gila bila tengok muka takde rasa bersalah tu!

"Stop acting like a fool because it will only make others look down on you." Nasihat Aayaz sebelum berlalu pergi ke biliknya. Lebih baik dia layan tidur daripada layan perkara yang tak berfaedah macamni.

"Ha?" Terkebil mereka berdua memandang sesama sendiri. Kena lagi? Tadi Asyraaf ni Aayaz pula? Oh my...

"Ni kau punya pasal lah ni!" Tunding Arash. Membulat mata Areez saat ditunding begitu oleh orang yang juga mempunyai salah bersamanya.

"Aku? Aku?! Eh! Kau buat baik sikit, bukan aku tapi kita. Kau jangan tahu nak tunding dekat aku je. The accuser is more guilty and worse than the accused." Balas Areez tidak puas hati. Suka-suka je nak tunding orang. Padahal dia pun sama naik je.

"Eh! Bila pula aku salah? Kau yang mula dulu so kau lah yang salah." Nafi Arash dengan nada tidak puas hati. Siapa kata dia bodoh tadi? Areez kan?

"Masalahnya dah betul. Bukan saja-saja je aku nak kata macamtu. Tak kuasa aku nak main tuduh-tuduh ni. Buang masa." Balas Areez mempertahankan dirinya. Ni lah masalahnya, dah hakikat dia betul tapi still tak nak mengaku.

"Bila?" Tanya Arash masih tidak puas hati. Kalau boleh dekat sini juga dia nak smackdown si Areez. Geram!

Tergeleng kepala Tengku Adyan dan Isqandar melihat telatah mereka berdua. Tak sangka ada juga yang sengal dalam Hell's Killer, yang merupakan kumpulan terhebat ni. Ingat dalam Diaz Vercetti je ada...Rasanya kalau bersatu nanti ni mesti boleh hancur dunia. Bukan triple sengal dah tapi quintuple sengal.

Sedang mereka berdua leka melayan pertunjukkan tidak berbayar itu. Tiba-tiba, ...

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now