Bab 26

144 9 0
                                    

BUKK!

     Satu tumbukan kuat melayang tepat ke wajah Idrees sebelum sempat tamparannya naik mengenai pipi mulus gadis itu.

     "NON OSARE COLPIRLA! (DON'T YOU DARE HIT HER!)" Keras amaran diberi. Serentak itu, Elzahra menoleh ke sisi kanannya itu melihat siapa gerangan itu meskipun hatinya sudah yakin siapa.

     "Along!" Panggil Elzahra. Terasa sedikit lega selepas melihat kehadiran abangnya disisi.

     "Adik kau yang mula dulu padahal aku tak ganggu dia pun!" Bentak Idrees. Tidak puas hati sebab ditumbuk kuat.

     "Lepastu kau ganggu siapa? Alia?" Tanya Asyraaf senada. Naik turun dadanya, menahan amarah.

    "Yelah! Siap-" sekali lagi...

BUKK!

     Terhenti ayatnya tanpa sempat dia mulakan selepas satu tumbukan sekali lagi tepat mengenai pipinya.

     "KAU NAK APA HA KACAU DIA?!" Tanya jejeka disebelah Asyraaf, geram. Entah kenapa dia rasa marah sangat apabila ada orang yang menganggu Naila. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tiba-tiba rasa sebegitu rupa.

      "YANG KAU SIBUK NI APAHAL?! KAU TAKDE KAITAN APA-APA LANGSUNG DENGAN DIA KAN!" Balas Idrees dengan intonasi tinggi. Darah ditepi bibir dilap kasar.

     "Ada kaitan atau tidak tu bukan urusan kau. Macam manapun kau tak boleh ganggu orang. Don't too much enjoy bothering people because not everyone will be quiet when disturbed beyond the limit." Tegas jejaka itu. Cuba bersabar meskipun sudah melebihi tahapnya.

     "Let's go, Yaz." Ajak Asyraaf selepas tenang. Berharap perbelahan itu terhenti disini. Bukan apa...Dia malas nak melebih sebenarnya, takut ada yang lunyai je nanti.

    "Aku tak habis lagi!" Halang Idrees membuatkan langkah keempat-empat mereka kembali terhenti.

    "Apa lagi?!" Bentak Aayaz akibat geram dengan Idrees yang tidak henti mengganggu mereka. Apa lagi yang dia nak ni?!

    "Korang bertiga boleh pergi tapi bukan dengan perempuan buta tu." Terkedu mereka saat mendengar apa yang dikatakan Idrees itu. Apa lagi yang dia nak sebenarnya daripada Naila?

    "Kau-" terhenti ayat Elzahra saat Naila mencelah.

    "Pergilah. Aku ok." Halau Naila. Rasanya sudah cukup untuk mereka bertiga terlibat dengannya tentang perbalahan harini. Dia yang menjadi sasaran utama Idrees jadi biar dia yang menyerah diri.



     "Aila..." seru Elzahra lirih. Berat untuk meninggalkan sahabatnya itu. Takut jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

     "Kau pergi dulu dengan El, biar aku yang temankan Aila. Walaupun aku masih tak ingat tapi hati aku sakit sangat bila terpaksa biarkan dia seorang diri. Hati aku tegas suruh lindungi dia jadi aku akan tunaikan." Arah Aayaz dengan nada sedikit perlahan. Cukup sahabatnya sahaja yang dengar.

     "Hati-hati, Yaz." Sempat Asyraaf memberi amanat sebelum dia dan adiknya berlalu pergi daripada situ. Aayaz hanya mengangguk tanda mengiyakan amanat sahabatnya itu.

     "Kenapa kau tak pergi sekali?" Tanya Idrees ingin tahu. Dia tak minta pun jejaka itu untuk ikut serta kekal disini jadi dah kenapa masih tak beranjak pergi?

     "Kenapa? Masalah ke kalau aku ada?" Tanya Aayaz sinis. Satu senyuman sinis mula terukir dibibirnya.

     "Nope." Nafi Idrees meskipun saat ini dia sudah berasa tergugat dengan kehadiran jejaka itu.

     "So, mulakanlah." Arah Aayaz tenang. Naila yang berada disisi hanya diam tidak berbicara. Terharu akan tindakan Aayaz meskipun jejaka itu masih tidak mengenalinya.

     "Kau kerja apa ehh yang berani sangat nak menentang kitorang?" Tanya Juita dengan pandangan menjengkalkan terhadap Aayaz.

     "Aku kerja sebagai pengawal biasa je. Tak hebat mana pun." Balas Aayaz tenang. Terkejut Naila saat mendengar balasan daripada jejaka itu. Pengawal biasa? Pangkat superitendant kot!

     "Ck! Harap muka je handsome tapi kerja sebagai pengawal biasa. Miskin!" Hina Juita tanpa dia ketahui pekerjaan sebenar seorang Aayaz Zayyan bin Adhaa Fathi.

     "Tak salahpun kerja sebagai pengawal biasa ni. Janji pekerjaan tu halal dan hasil daripada titik peluh sendiri. Bukannya dengan menjual diri sebagai orang ketiga dan pemalas yang mengharapkan harta hasil rampasan." Sindir Aayaz. Tepat mengenai kedua mereka.

     "KAU! ARGHH TUNGGU KAU! Ingat yang semuani tak habis lagi." Marah Idrees lalu segera menarik kekasihnya pergi daripada situ. Kan dah kata! Dia tergugat sangat dengan kehadiran jejaka itu. Tak sempat lagi dia nak buat apa, dah kena bidas dulu.



    "Terima kasih." Ucap Naila ikhlas selepas tinggal mereka berdua sahaja disitu.

     "Takde apapun. By the way, I'm sorry." Ucap Aayaz penuh rasa serba salah. Wajah gadis itu dipandangnya sayu.

     "Kenapa minta maaf?" Tanya Naila pelik. Dah kenapa tiba-tiba minta maaf ni?

     "Saya minta maaf sebab masih tak boleh nak ingat tentang awak walaupun dah sebulan masa berlalu. Demi Allah SWT, saya dah cuba bersungguh-sungguh untuk ingat tapi tetap tak mampu. I'm so sorry. Tapi jangan risau, saya janji akan berusaha lebih lagi supaya dapat ingat balik semua. I'm promise." Naila hanya tersenyum mendengarnya sebelum kembali membuka mulut.

     "Takpe saya faham dan saya tahu bahawa seberusaha manapun dengan setiap yang kita lakukan, jika tidak dengan kehendak-Nya maka ia tidak akan menjadi." Balas Naila dengan nada memujuk.

     "Alhamdulillah, terima kasih." Ucap Aayaz penuh rasa syukur.



    "Err...Awak," panggil Naila secara tiba-tiba.

    "Ya?" Sahut Aayaz. Kakinya masih setia melangkah dengan mata yang melilau memandang sekeliling. Mencari kelibat seseorang.

    "Boleh saya tanya sesuatu?" Pinta Naila selepas mereka lama berdiam sambil mencari kelibat Asyraaf dan Elzahra.

    "Sure, you can." Izin Aayaz. Langkahnya terus terhenti, dimana matanya kini sudah tertumpu tepat diwajah gadis itu.

    "Awak tak rasa jijik dan menyusahkan ke dengan saya? Saya ni buta." Tanya Naila takut-takut.

    "Buat apa nak jijik? Awak buta atas kehendak Allah SWT, jadi siapa saya untuk merendahkan umat-Nya. Dan kenapa perlu rasa menyusahkan? Bukankah lebih besar pahalanya bila kita membantu orang-orang yang memerlukan. Dalam islam dah terapkan untuk berbuat baik sesama manusia. Jangan menghina atau merendahkan seseorang atas kekurangannya kerana darjatnya lebih tinggi daripada kita." Balas Aayaz sekaligus memujuk gadis itu.

    "Maaf." Ucap Naila perlahan

    "It's ok. Tapi saya minta sangat-sangat, tolong jangan rendahkan diri awak disebabkan mulut orang kerana mereka juga manusia yang hadir daripada usul yang sama seperti kita." Akhir Aayaz bersama nasihatnya.

    "Dah jom. Saya dah nampak kelibat Zeeq dengan El. Kita pergi dekat diorang ok?" Naila mengangguk bersama senyuman manis dibibirnya. Tangan kanannya kembali menggenggam erat lengan baju sebelah kiri Aayaz.

     Tongkatnya patah disebabkan ulah Idrees tadi. Jadi mahu tidak mahu, terpaksalah dia meminta bantu Aayaz. Rasa malu sebenarnya apabila ditawarkan bantuan oleh Aayaz tadi. Tapi kalau dia memilih untuk menolak, akan menjadi satu masalah pula kalau terserempak dengan Idrees dan Juita lagi. Jadi dia terpaksa menerima kerana dia tahu yang dia akan selamat jika berada disisi jejaka itu.

     "Pegang kuat takut nanti terlepas." Peringat Aayaz sambil mengetuai langkah menuju ke tempat dimana Asyraaf dan Elzahra berada.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now