Bab 59

157 8 0
                                    

"Jom, kita tidur. Dah pukul 11 malam dah. Nak kena rehat untuk majlis persandingan esok." Ajak Aayaz sekaligus menghentikan perbualan mereka itu. Tangan kanan terus naik mengusap lembut kepala isterinya.

Sedari tadi dia tidak henti menguap dengan mata yang sesekali ingin terlelap disitu. Badannya juga terasa sedikit letih akibat kesibukkan siang tadi. Lepas selesai sahaja majlis akad nikah, dia dan yang lain terus sibuk menerima tetamu yang diundang pula. Memandangkan papanya, Tuan Adhaa mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat serba kecil dirumah.

"Mesti abang letih, kan?" Tanya si isteri. Nadanya jelas kedengaran risau dan serba salah.

Aayaz hanya diam tanpa menjawab. Manakala bibir terus mengulum satu senyuman bahagia disaat pertanyaan itu diajukan. Mereka berdua masih terus melangkah secara beriringin ke arah katil yang telah disediakan didalam bilik Aayaz. Dimana Aayaz memimpin kejap isterinya dengan tangan kanan naik menggenggam tangan kanan milik si isteri. Manakala tangan kirinya pula naik memaut bahu isterinya supaya lebih rapat dengan tubuhnya.

"Haah, letihlah sikit. Kenapa?" Balas Aayaz selepas berdiam. Nadanya jelas kedengaran seperti sedang mengadu manja.

"Nak saya urutkan?" Tanya si isteri sebaik sahaja mereka berdua selamat melabuhkan punggung disisi katil. Seiring dengan tangannya yang mula naik hendak mengurut bahu suaminya.

Namun, belum sempat dia hendak menyentuh bahu lelaki itu. Tangannya ditarik turun secara perlahan oleh kedua belah tangan bersaiz besar daripada yang jelas milik Aayaz, suaminya.

"Abang ok, jangan risau. Yang penting sekarang ialah awak. Isteri abang pun mesti penat, kan?" Pertanyaan yang diajukan terus dibalas kembali meskipun hanya dengan anggukan.

Terus telapak tangan kanannya naik menghinggap lembut dipipi kiri si isteri. Ibu jari mula memainkan peranan dimana ia mula mengusap lembut pipi mulus itu dengan penuh kasih sayang dan lemah-lembut.

"So, abang nak awak tidur sekarang ok? Abang tak nak awak bertambah penat lagi. Biar abang yang penat tapi jangan isteri abang. Awak adalah seorang kaum hawa yang sah bergelar isteri kepada seorang kaum adam bernama Aayaz Zayyan bin Adhaa Fathi. Yang juga merupakan satu anugerah yang diamanahkan kepada abang untuk menjaga dengan baik dan sempurna. Rest, ok?" Lembut nada yang digunakan Aayaz bagi memujuk isterinya untuk segera tidur.

Perlahan-lahan kedua belah tangannya naik menolak tubuh isterinya supaya berbaring. Si isteri pula hanya diam dan menurut sahaja permintaan dan perbuatan suaminya. Sempat Aayaz memastikan isterinya berbaring dalam keadaan selesa dan selamat sebelum kembali bangun.

Pergelangan tangan kanannya tiba-tiba dicengkam dan ditahan sebelum sempat dia memulakan langkahnya sebaik sahaja bangun berdiri. Kepala segera ditoleh memadang kembali ke arah si isteri.

"Why, my wife? Are you need something?" Tanya Aayaz lembut. Seiring dengan tangan kirinya yang naik mengusap lembut ubun-ubun si isteri sebaik sahaja badan dipusing ke belakang.

"Abang nak pergi mana?" Tanya si isteri. Nadanya jelas kedengaran risau dan ketakutan. Cengkaman juga semakin kuat pada pergelangan tangan kanan suaminya.

"Shhh...Abang nak pergi lepaskan baju daripada badan kejap." Saat itu juga cengkaman dipergelangan tangan Aayaz mula terasa perlahan-lahan melonggar. Satu senyuman yang bagaikan sedang memujuk terus terukir dibibir nipis itu.

"Sekejap je, ok?" Lembut Aayaz memujuk. Dan dibalas dengan sekali anggukan daripada si isteri. Sempat dia melabuhkan satu kucupan diubun-ubun isterinya sebelum berlalu ke arah bakul baju.

Memang dah jadi tabiatnya setiap malam bila hendak tidur. Baju yang dipakai perlu dilepaskan supaya tidak terasa rimas saat tidur. Dan dia hanya akan pakai bila perlu bertugas diluar daripada kem contohnya, hutan.



Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now