Bab 4

271 18 0
                                    

      "Abang! Mari makan ni! Makanan dah siap!" Panggil Puan Jihan sambil menghidangkan makanan diatas meja.

     "Ye sayang! Kejap, abang on the way." Sahut Tuan Adhaa lalu dengan segera berjalan mendekati meja makan.

    "Hmm! Sedapnya ketam masak lemak cili api awak ni, sayang! Rugi betul hero sebab tak balik HAHAHA. Untungnya papa dapat makan ketam masak lemak cili api yang mama masak ni." Seloroh Tuan Adhaa sebaik sahaja melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Sempat dia mengejek anaknya, Aayaz Zayyan.

     Mereka berdua mempunyai banyak persamaan yang sangat ketara dari pelbagai segi. Tak kisahlah makanan ke apa mesti sama. Memang selalu akan ada aksi perebutan diantara mereka berdua. Penat Puan Jihan hendak melayan kerenah anak dan suaminya itu.

     "Abang makanlah sepuas-puasnya malam ni. Sebab bila hero dah balik nanti saya takkan bagi abang makan dah, even sedikitpun. Biar dia pula yang makan." Ternganga luas mulut Tuan Adhaa mendengar apa yang dikatakan isterinya itu. Berkira betul! Tahulah sayang anak pun.

     "Yelah, sayang. Tu pun kalau hero balik kan? Kalau dia tak balik tetap abang yang dapat makan juga, right?" Balas Tuan Adhaa mengalah.

Ting Tong!

     "Lah siapa pula yang datang malam-malam ni? Macam takde hari esok pula nak datang pun." Keluh Tuan Adhaa. Dia baru saja nak menikmati ketam masak lemak, dah kena ganggu.

      "Tak baik mengeluh macamtulah, abang. Dah jom kita pergi tengok dulu siapa yang datang tu." Terus ditariknya lengan si suami untuk mengikutinya ke pintu hadapan.



     "Ye? Datang cari siapa ya?" Tanya Puan Jihan risau sebaik sahaja dia melihat gerangan yang datang ke rumah mereka malam ini. Sudahlah anaknya, Aayaz tiada dirumah. Kalau nak harapkan Tuan Adhaa bukannya reti nak berlawan sangat silap-silap dia yang tumbang dulu. Yang dia tahu cuma membedah dan merawat orang je.

      Gerangan yang memakai serba hitam dan serba tertutup itu hanya diam tanpa menjawab pertanyaan daripada Puan Jihan. Hanya terus berlalu masuk lalu menuju ke arah ruang tamu rumah itu. Badannya dibaringkan diatas sofa berbentuk L yang tersedia.

     "Errr encik, kenapa masuk ke rumah kami tanpa izin ni ya?" Tegur Tuan Adhaa keras. Tubuh kecil isterinya sudah selamat berada didalam pelukannya. Risau dengan lelaki yang entah datang daripada mana yang terus masuk ke rumah mereka dengan membawa beg lagi. Ingat ni hotel ke?!

     "Mama dengan papa dah makan malam ke?" Tanya gerangan itu dengan nada yang agak lemah.

     "HA?!" Terkejut Tuan Adhaa dan Puan Jihan mendengar ayat pertama yang keluar daripada mulut gerangan itu selepas lama berdiam diri.

    "Kamu ni siapa ha?! Suka hati kamu je panggil kami berdua mama dengan papa." Marah Puan Jihan. Matanya tidak lekang memandang tajam ke arah gerangan itu.

     "Ya Allah, mama...Tak salah pun kan kalau anak sendiri panggil ibu dia mama?" Balas gerangan itu yang mulai bangun daripada pembaringannya dengan kadar yang agak perlahan.

     "Anak? Hero? Anak mama dengan papa?" Tanya Puan Jihan bertalu-talu, inginkan kepastian. Matanya terus beralih mencari wajah si suami.

     "Ye, Puan Jihan. Saya anak aw- ADUHHH!! SAKITLAH MAMA!!" Menjerit kuat Aayaz selepas Puan Jihan menghadiahkan satu tamparan maut di bahu kirinya. Cepat-cepat dia memegang bahu kirinya yang mulai rasa senak teruk itu.

      "AAYAZ ZAYYAN BIN ADHAA FATHI! PERANGAI APA KAMU BUAT NI HA?! BUAT TAKUT MAMA DENGAN PAPA TAHU TAK?!" Marah Puan Jihan. Tangannya sekali lagi naik menampar bahu kiri milik puteranya itu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now