Bab 65

121 4 0
                                    

        "Tak guna!" Jerit Elsa kuat dan nyaring. Seiring dengan balingan telefonnya keatas tilam.

"Hey, baby. What's wrong? Kenapa marah-marah ni?" Tanya seorang lelaki lembut. Diusap lembut bahu gadis yang sedari tadi berada didalam pelukannya itu.

"I benci tengok feed ig abang Yaz. I benci tengok perempuan tu bahagia dan dapat kasih sayang daripada abang Yaz yang sepatutnya milik I." Beritahu Elsa. Serentak jari telunjuknya naik menunding ke arah paparan skrin telefonnya.

"Kita kena kembali bertindak, baby. I pun takkan lepaskan dia sebab dah buat orang yang I sayang merana." Ujar lelaki itu dengan penuh tekad dan berdendam.

"Kita jalankan plan seterusnya, minggu depan. Persetankan orang sekeliling dia, I akan pastikan dia terima balasan yang setimpal sebab dah berani rampas abang Yaz daripada I. Abang Yaz milik I!" Muktamad Elsa. Sempat dia melafaz tekad dan penuh dendam.

"Jangan lupakan I," tegur jejaka itu dengan nada yang jelas kedengaran tidak puas hati.

Serentak badan dipusing menghadap jejaka itu sebelum kedua belah tangannya naik melingkar dileher kekasihnya. Bibirnya terus mengukir senyuman manja dan menggoda buat jejaka yang merupakan kekasihnya itu.

"Yaz milik you dan you milik I, baby." Tekan jejaka itu.



Seminggu kemudian,

"Betul ni awak boleh keluar seorang diri? Tak nak tunggu abang balik?" Tanya Aayaz tidak henti sedari tadi. Nadanya jelas kedengaran risau. Kedua belah tangan naik memaut erat kedua belah bahu isterinya.

"Ye, abang. Saya boleh pergi sendiri. Jangan risau, ok?" Balas Naila dengan nada memujuk sekaligus mengiyakan pertanyaan suaminya itu.

Hakikat sebenar dia tidak berani untuk keluar daripada rumah seorang diri. Namun disebabkan voicenote pagi tadi membuat dia terpaksa memberanikan diri juga. Hatinya membuak ingin tahu siapa pengirim voicenote itu.

Flashback

Tritt Tritt!

Bunyi notifikasi masuk menandakan ada pesanan yang masuk pada telefonnya. Dengan segera tangan kanannya naik mencapai telefon yang berada diatas meja.

"Jumpa dekat Sedap Cafe Ipoh esok pukul 9 pagi. Make sure kau datang seorang diri kalau kau tak nak terjadi apa-apa dekat sahabat baik kau." Kata seseorang perempuan yang tidak dia kenali melalui voicenote yang dihantar.

Hatinya berdebar-debar saat deria pendengarannya menangkap perkataan 'sahabat baik' daripada voicenote itu. Kedua belah tangannya juga mulai menggigil. Sempat hatinya berasa sedikit lega kerana pada saat ini hanya dia sahaja yang masih setia berada didalam bilik. Memandangkan suaminya daripada tadi turun ke bawah untuk menyediakan sarapan.

"Breakfast dah siap!" Ujar Aayaz penuh ceria. Kakinya terus melangkah merapati meja makan kecil yang disediakan diluar balkoni bilik mereka.

Cepat-cepat Naila meletak kembali telefonnya. Sempat dia menarik nafas panjang lalu menghela perlahan sebelum bibir mula mengukir senyuman supaya suaminya tidak syak sesuatu. Senyuman yang terukir dibibirnya kali ini hanya untuk menutupi keresahan dan ketakutan yang bertandang sedari tadi bertandang dihati.

Dengan segera Aayaz meletakkan dulang yang mengandungi makanan dan minuman yang disediakan diatas meja. Punggung juga terus dilabuhkan diatas kerusi bersebelahan dengan isterinya.

"Maafkan abang sebab lambat. Abang masak special sikit daripada selalu, tu yang lambat sikit hari ni." Pohon Aayaz sekaligus menjelaskan asbab kenapa dia lambat naik daripada hari-hari sebelum ini.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now