Bab 20

166 9 0
                                    

"Abang Zeeq nak cakap apa dengan Aila?" tanya Naila penuh hormat dan lemah lembut sebaik sahaja tinggal mereka berdua disitu.

"Call me along, littlesweet..." arah Asyraaf lembut. Dah banyak kali dia suruh gadis itu memanggil dengan gelaran along. Sebab dia dah lama menganggap sahabat adiknya itu seperti adiknya sendiri.

"Sorry..." pinta Naila perlahan. Takut jika jejaka itu akan memarahinya.

"Along tak marah pun jadi janganlah takut dan tak perlu nak minta maaf, ok?" Pujuk Asyraaf lembut. Naila hanya mengangguk tanda mengiyakannya. Terus terukir satu senyuman manis dibibirnya selepas melihat balasan gadis itu.

"Jadi berbalik kepada point dia. Along sebenarnya ada kiriman khas untuk Aila." Sambungnya.

"Kiriman khas? Daripada siapa?" Tanya Naila ingin tahu. Rasa berdebar hatinya menunggu apa yang bakal keluar daripada mulut jejaka itu.

"Aayaz Zayyan." Balas Asyraaf sepatah tetapi cukup untuk membuatkan gadis itu terdiam buat seketika.

"Nak tahu apa yang dia minta along kirimkan dekat awak?" Tanya Asyraaf selepas melihat gadis itu terdiam lama. Lambat-lambat Naila menjatuhkan kepalanya sekali tanpa sebarang bicara. Dia ingin tahu sangat akan ayat apa yang dikirimkan untuknya.

"Dia kirim salam dan suruh Aila jaga diri baik-baik. Ingat yang dia sentiasa ada untuk awak, littlesweet." Dengan satu nafas, dia lancar menyampaikan apa yang dikirimkan Aayaz tadi.

"Itu sahaja yang dia minta along sampaikan. Along tahu awak masih dalam keadaan trauma tapi satu yang along nak awak ingat. Setiap manusia tidak sama ciri wataknya walaupun sama jantina. Dan tolong jangan letak tebal benteng awak tu sehingga Aayaz susah hendak menerobos masuk. Manusia yang setia akan terus berusaha tetapi dia juga akan berhenti apabila segala usahanya tidak diterima dan dihargai. Kerana apa? Kerana dia penat mengejar terhadap yang tidak sudi." Nasihat Asyraaf.

Harini sahaja dah banyak nasihat dia bagi. Tadi Aayaz Zayyan dan sekarang Naila Ayana pula. Dah lari skop kerja dia ni!


Pada masa yang sama,

"Ya Allah, kenapa aku rasa tak sedap hati sangat sekarang ni? ..." gumam Aayaz sendirian didalam hati. Tangan kirinya naik memegang dadanya manakala tangan kanan masih setia memegang stereng keretanya. Jantungnya benar-benar berdegup kencang saat ini. Rasa seperti ada perkara yang buruk atau tidak diingin bakal berlaku.

Entah kenapa daripada awal pemanduan tadi lagi dia sudah berasa tidak sedap hati. Selepas pulang daripada berjumpa dengan ahli Hell's Killer yang lain, dia tidak terus pulang ke rumah tetapi terus menuju ke Pantai Merdeka untuk menenangkan dirinya buat seketika. Sementara masih ada waktu sebelum pukul 6. Dan...

"ALLAHUAKBAR!" Laung Aayaz kuat saat kereta Audi A4 miliknya dilanggar oleh sebuah kereta 4x4 yang meluncur laju dan tepat dihadapan simpang masuk ke lorong menuju ke pantai itu.

Kereta miliknya kini remuk teruk dan terbalik namun pelakunya sudah lari meninggalkan tempat kejadian.

PRANG!

Disaat itu juga mangkuk yang berisi buah yang dipegang Puan Jihan jatuh berkecai. Hatinya mula dilanda rasa risau dan tidak sedap hati. Lantas itu, wajah satu-satunya anak yang dia ada mula berlegar difikirannya.

"Ya Allah, sayang! Kenapa ni?" Tanya Tuan Adhaa risau. Mana tak terkejutnya dia bila tiba-tiba sahaja terdengar kaca pecah.

Terus ditarik tubuh kecil isterinya menjauh daripada kawasan yang dipenuhi kaca itu sebelum masuk ke dalam dakapannya. Cuba menenangkan si isteri meskipun dia tidak tahu akan asbab kenapa isterinya bertingkah begitu.

"Hero, abang..." beritahu Puan Jihan lirih. Dia tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan apa yang dia rasakan saat ini kepada si suami. Dia buntu!

"Kenapa dengan hero, sayang? Rindu? Kejap lagi dia baliklah tu. Ok?" Pujuk Tuan Adhaa. Namun, pada hakikatnya dia juga berasa tidak sedap hati saat ini. Risau dengan keadaan putera tunggalnya itu. Risau jika ada perkara buruk menimpa jejaka itu.

Tangan besarnya tidak henti mengusap belakang isterinya dengan penuh lembut. Puan Jihan hanya diam menahan sebak didalam pelukan suaminya.


Tritt Tritt

Telefon rumah pasangan itu berdering menandakan ada panggilan masuk. Dengan segera Puan Jihan bergegas lari ke ruang tamu rumah untuk mengangkat panggilan tersebut.

"Waalaikumussalam. Cari siapa ya?" Tanya Puan Jihan sekaligus menjawab salam daripada pemanggil.

"Ya, saya ibu kepada Aayaz Zayyan. Kenapa ya?" Jawab Puan Jihan akan pertanyaan yang diterimanya.

"ALLAHUAKBAR! HERO!!" Laung Puan Jihan kuat. Serentak itu juga telefon rumah mereka terlepas daripada pegangannya.

Tubuh melorot jatuh namun sempat disambut Tuan Adhaa.

"HERO! ..." Laung Puan Jihan didalam cempungan suaminya. Air mata mengalir laju membasahi pipi tidak henti. Badannya sudah lemah, selemahnya. Tenaganya sudah hilang entah kemana. Apa yang berlegar difikirannya kini benar-benar berlaku. Aayaz Zayyan terlibat dalam kemalangan lari!

"Ya Allah...Kenapa ni sayang? Apa yang dah jadi ni?" Tanya Tuan Adhaa risau. Tubuh lemah milik isterinya dipeluk erat. Tangan kanannya naik mengusap lembut pipi kiri si isteri.

"Hero, abang...Hero..." tersekat-sekat suara Puan Jihan saat itu. Tidak mampu untuk menjelaskan apa yang diketahuinya tadi. Tubuhnya semakin menggigil kuat saat itu.

"Bagitahu abang, sayang. Why? Kenapa dengan hero kita? Jangan tahan macamni, nanti awak pengsan pula." Gesa Tuan Adhaa. Tangan kanannya kini turun menggenggam erat tangan si isteri. Menyalurkan kekuatan.

"Hero kemalangan teruk, abang! Dia terlibat dalam kemalangan lari! Anak kita cedera parah dan sekarang tengah dirawat dalam ICU!" Terkedu Tuan Adhaa saat mendengar apa yang dikatakan isterinya itu.

Ya Allah...hero...

Tertanya dia saat ini, "Kenapa berat sangat ujian yang diberikan buat putera tunggalnya itu? Kenapa jalan menuju kebahagiaannya penuh dengan kesakitan? Anaknya itu anak yang sangat baik, sangat mendengar cakap dan menghormati orang...Tetapi kenapa? Kenapa sebegini rupa ujian yang perlu dia hadapi?"

"Abang..." panggil Puan Jihan lemah. Sekaligus mematikan lamunan Tuan Adhaa saat ini.

"Jom bangun, sayang. Kita pergi bersiap ala kadar untuk pergi hospital. Hero tengah bertarung nyawa seorang diri dekat sana dan dia perlukan sokongan kita. Kita perlu teman dia." Pujuk Tuan Adhaa sayu.

Dengan segera dia bergegas menaiki tangga sambil mencempung tubuh isterinya. Dia tahu isterinya sangat lemah sekarang ini, jadi dial ah yang perlukan memainkan peranan seorang yang kuat meskipun dia juga lemah. Mereka berdua tidak boleh sama-sama lemah! Putera tunggal mereka, Aayaz Zayyan sangat memerlukan sokongan mereka berdua saat ini.

"Kuat Aayaz Zayyan! Papa tahu kamu kuat! Tunggu papa dengan mama datang teman kamu...You are our strong hero, my hero..." gumam Tuan Adhaa sendirian didalam hati sambil menukar pakaian untuk bergegas ke hospital.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now