Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu sampaikan tak terasa bahawa hari ini sudah cukup setengah tahun mereka hidup bersama sebagai suami isteri. Putaran siang berganti malam dan sebaliknya tidak henti sehinggalah ke hari ini. Sumpah demi Allah SWT, rasa macam baru kelmarin je mereka berdua hadiri majlis akad nikah dan persandingan.
"Abang," panggil si isteri. Sedari tadi tubuhnya yang kecil itu dipeluk erat oleh suaminya daripada belakang.
"Hmm?" Sahut Aayaz meskipun sekadar berdehem. Daripada tadi lagi matanya sudah terpejam sambil menunggu kedatangan kantuknya. Leka dia menikmati pelukan bersama isterinya.
Saat ini, masing-masing sedang menunggu masa untuk bertemu lena memandangkan sudah larut malam. Lebih tepatnya sekarang, jam menunjukkan pukul 11 malam. Waktu yang sangat cocok untuk mereka tidur.
"Let's have a confession session tonight." Ajak si isteri. Seiring dengan tubuhnya yang dipusing menghadap suaminya.
Alang-alang suaminya cuti esok jadi mungkin tiada masalah jika malam ini mereka tidur lewat sedikit daripada biasa. Dah sebulan mereka hidup bahagia bersama jadi dah tiba masanya masing-masing meluahkan isi perasaan sendiri.
"Confession session?" Tanya Aayaz inginkan kepastian. Terkejut kecil Aayaz saat isterinya berpusing badan menghadapnya secara tiba-tiba.
Sesaat kemudian, tangan kanannya terus naik melingkar kembali pada pinggang ramping si isteri sebelum ditarik masuk ke dalam pelukannya semula. Dipeluk erat tubuh kecil itu bagaikan tidak mahu lepas. Sempat dia melabuhkan satu kucupan hangat diubun-ubun isterinya dengan penuh kasih sayang.
"Yes. It's been a month, right? So, why not we have an expression session from heart to heart. Shall we?" Balas si isteri sekaligus mengiyakan pertanyaan daripada suaminya.
"Sure. Biar abang mula dulu, ok?" Tanya Aayaz meminta izin. Terus terukir satu senyuman manis dibibir nipisnya saat melihat anggukan yang menandakan jawapan daripada isterinya itu.
"Abang sayang dan cintakan saya?" Tanya si isteri. Nadanya jelas kedengaran penuh berharap dan rasa ingin tahu yang membuak.
"Abang sayang. Abang cinta sangat-sangat dengan isteri abang yang bernama Naila Ayana binti Naim Imran sampaikan abang tak sanggup untuk kehilangan awak. I love you so much until I can't love someone else anymore. Perasaan ni bertambah setiap masa dan tak pernah kurang atau hilang sesaat pun daripada hati abang. Awak sentiasa ada difikiran abang sampaikan hampir setiap masa abang terbayangkan awak. Macam yang abang selalu cakap, abang sama macam along. Susah nak jatuh cinta dengan orang walau secantik mana pun perempuan itu kalau bukan perasaan cinta yang penuh tekad dan ingin menghalalkan bertandang saat itu." Balas Aayaz lembut. Nadanya jelas kedengaran sangat jujur pada deria pendengaran si isteri.
"Datanglah secantik mana pun, tetap awak yang abang akan pilih tak kira dalam keadaan apa sekali pun saat itu. Abang sedar dan mengaku yang abang tak sebaik atau sehebat along tapi abang akan sentiasa berusaha untuk menjadi semakin baik dan layak berdiri disisi awak, mio caro. Dengan nama Allah SWT, abang bersumpah yang abang tak pernah main-main tentang perasaan cinta. Sekali abang cakap cinta maka ia jelas dan ikhlas hingga ke takdirnya." Sambung Aayaz.
"Allah SWT hadirkan awak dalam hidup abang sebagai satu amanah untuk abang pimpin dan bimbing menghadap-Nya. Setiap manusia yang hidup dimuka bumi mempunyai takdir dan ikatan yang terjalin mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh-Nya. Abang tak nak minta banyak, cukup satu sahaja malam ni. Tolong percaya dan jangan nafikan semua luahan abang ni. Abang betul-betul ikhlas meluahkan semua ni, caro." Akhir luahan Aayaz.
Sedari tadi jemari kanannya tidak henti mengusap lembut pipi mulus isterinya dengan penuh kasih sayang. Iris hazelnya memanah sayu pada wajah cantik yang sentiasa menjadi igauannya.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...