Bab 66

113 4 0
                                    

       "Aris, are you ok? Please...please stay open your eyes." Tanya Arash sekaligus meminta Zayna untuk kekal mencelikkan matanya.

Terkedu mereka saat melihat darah yang mengalir daripada kepala Zayna. Sesaat itu juga Asyraaf dan Aayaz menoleh ke arah Elsa yang sedang menggigil sambil memegang botol yang digunakan sebagai pasu bunga. Entah bila salah seorang daripada mereka melangkah tetapi yang pasti jejaka itu sudah tepat berdiri dihadapannya dengan renungan tajam.

"Hoi, perempuan. Kalau ada apa-apa yang terjadi dekat satu-satunya sahabat perempuan kitorang. Memang siap kau, aku kerjakan. Kau akan rasa sebijik macam yang dia rasa." Ucap salah seorang daripada mereka berempat.

"Reez, stop. Better kau bawa Aris pergi hospital sekarang. Takut terjadi apa-apa nanti." Halang Asyraaf sekaligus memberi arahan buat sahabatnya.

"Aku?" Tanya Areez bagaikan tidak percaya. Diundur beberapa langkah sebelum memandang ke arah ketuanya itu dengan raut tidak percaya.

"Ye lah, kau. Kau je yang tak terjebak teruk dalam masalah dengan perempuan tu." Celah Arash sekaligus menyetujui apa yang diarahkan Asyraaf. Kedua belah tangan masih laju memberi first aid untuk Zayna.

"Lupakan perbalahan dan persengketaan disaat genting kerana nyawa lebih penting dan melebihi segalanya." Nasihat Aasyraaf lembut.

Dan tanpa menunggu sesaat, Zayna sudah pun selamat berada didalam cempungan Areez. Sempat dia memastikan gadis itu benar-benar selesa sebelum mula melangkah selepas mendapat anggukan daripada 3 sahabatnya.

"Stay with me, pumpkin!" Pinta Areez didalam hati dengan penuh berharap. Dia melangkah dengan sangat laju ke arah BMW M4nya sebelum menghilang sekelip mata daripada pandangan.

"You are too much, Sof!" Marah Arash. Ya, dia marah sangat apabila salah seorang daripada sahabatnya cedera. Termasuk Zayna Arissa yang merupakan satu-satunya sahabat perempuan yang Hell's Killer ada.

"Bukan salah, Sof! Dia yang datang halang dan serahkan diri." Nafi Elsa. Masih tidak mengaku kesalahannya dan tanpa sedar dia telah menjentik lagi amarah yang ditahan ketiga-tiga jejaka itu daripada tadi.

"Jadi siapa yang kau nak pukul tadi kalau Aris tak halang? Bini aku?" Kedengaran sangat dingin nada pertanyaan yang terluah daripada mulut Aayaz. Jelas kelihatan aura gelap dan menakutkan disekitar mereka bertiga dan terutamanya Asyraaf!

"Ye! Sof nak lenyapkan dia daripada dunia ni sebab dia dah rampas abang Yaz daripada Sof. Sof yang sepatutnya jadi isteri abang dan bukannya perempuan yang low class macam-" tergamam Elsa selepas sekelip mata kepalanya dipaksa untuk menoleh ke sisi. Bicara yang dilontarkan juga terhenti dalam sekelip mata.

PANG!

"Abang Yaz...tampar Sof demi perempuan ni?" Tanya Elsa bagaikan tidak percaya. Seiring dengan tangan kirinya yang naik memegang pipi kiri ditampar oleh Aayaz tadi. Terasa berpijar dan pedih pipinya saat ini.

"Ya, aku tampar kau. Kau adalah yang pertama dan satu-satunya perempuan yang aku naik tangan. Sepanjang 24 tahun aku hidup, ni lah kali pertama aku naik tangan dan tinggikan suara dekat perempuan atas kehendak sendiri. Kau dah melampau sangat-sangat, Elsa Sofea!" Marah Aayaz. Nadanya sudah melingking naik senoktaf. Tidak mampu untuk menahan lagi.

Dadanya semakin berombak ganas. Nafas juga semakin tidak teratur. Kedua belah tangan menggigil hebat dan hanya menunggu masa sahaja untuk naik menghinggap seperti tadi. Sempat Asyraaf dan Arash tergamam tidak percaya apabila melihat keadaan Aayaz namun sesaat kemudian satu senyuman senget mula terukir dibibir mereka.

"The venom is finally back." Ujar Asyraaf dan Arash serentak. Perlahan tetap jelas kedengaran pada deria pendengaran masing-masing.

"Kenapa abang Yaz sanggup tampar Sof? Apa yang hebat sangat perempuan tu dekat mata abang Yaz?! Dia tu perempuan low class je nak berbanding dengan Sof dan langsung tak layak untuk berdamping dengan abang Yaz!" Tanya Elsa bertalu. Nadanya melengking naik dan tidak ingin berlembut lagi.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now