Bab 3

297 17 0
                                    

      "Bila hero nak balik ni bang? Dah dekat setahun lebih dia tak balik ni. Call atau mesej pun tidak. Risau sangat dah saya dekat dia sekarang ni." ngadu Puan Jihan, Mama kepada Aayaz Zayyan.

"Ya Allah sayang. Mana la abang tahu, lagipun dia dah cakap kan yang dia ada tugas berat haritu jadi mungkin sampai sekarang tak selesai lagi. Anak teruna awak sorang tu tak lari mana pun. Percayalah." jawab Tuan Adhaa sambil mengusap lembut bahu isterinya.

"Awak pun kena faham juga pekerjaan hero tu macam mana. Dia tu anggota tertinggi dalam VAT69 yang konsep kerja dia bukan macam polis biasa. Pekerjaan dia tu penuh dengan bahaya yang tidak diduga. Tapi saya yakin yang dia akan sentiasa selamat dalam menjalankan setiap misi dia." tambah Tuan Adhaa sekaligus memujuk. Terus ditarik masuk tubuh kecil si isteri ke dalam pelukannya

"Tapi saya rindu dan risaukan sangat dekat dia sekarang. Dah la saya ada anak sorang tu je." keluh Puan Jihan didalam pelukan suaminya.

"Kita sebagai ibubapa ni perlu sentiasa berdoa kepada Allah supaya pekerjaan hero sentiasa dipermudahkan dan hero sentiasa dilindungi daripada sebarang kejahatan. Dah jangan sedih-sedih. Nanti balik la hero tu. Yang penting sekarang ni adalah saya lapar. Awak memang tak nak masak makan malam ke macam mana malamni?" tanya Tuan Adhaa sambil menggosok perutnya. Lapar sangat dah ni.

Memang tipulah kalau dia kata dia tak rindu dan risaukan anak teruna sorang dia tu. Tapi dia yakin anaknya itu akan berusaha kembali ke pangkuan mereka berdua dengan selamat bila-bila masa nanti.

"Ya Allah abang! Saya lupa. Kejap saya pergi masak, abang makan la kacang botak kari ni dulu ye." cepat-cepat Puan Jihan menghulurkan balang kacang kepada Tuan Adhaa sebelum terus bergegas ke dapur.

"Sayang. Sayang. Nasib la abang dengan hero ni suka makan makanan yang sama." gumam Tuan Adhaa sambil ketawa kecil. Balang kacang itu dibuka lalu disumbatnya kacang itu ke dalam mulut dengan mata yang ralit menonton televisyen.



"Abang Zayy macam mana ehh sekarang? Dah lama tak dengar suara dia yang menenangkan hati tu." tanya Naila sendirian didalam biliknya. Seiring dengan jarinya yang naik mengusap lembut frame gambar antara dia dengan Aayaz. Gambar itu merupakan kenangan terakhir yang ditangkap oleh mereka berdua sebelum jejaka itu sibuk kerana berjaya diserap masuk ke VAT69.

"Rindu nak jumpa dia tapi kalau jumpa pun bukan boleh buat apa. Nak tengok dia pun tak boleh sebab dah buta. Lagipun sekarang mesti dia dah berpunyakan. Yela siapa je taknak laki yang sempurna macam dia tu. Orang gila je yang tak nak pun." seloroh Naila sendirian. Satu ketawa seakan-akan sedang menahan sebak terlepas daripada bibirnya.

"Aila rindu Abang Zayy. Rindu sangat dengan senyuman manis yang sentiasa terukir dekat bibir abang tu." senyuman manis terus terukir dibibirnya saat dia mengingati kembali bertapa manisnya senyuman jejaka yang pernah menjadi pujaannya semasa mereka masih di zaman persekolahan itu.

Frame gambar itu akhirnya disimpan kembali ke dalam laci mejanya. Sejak tahun pertama dia buta lagi, gambar itu sudah tersimpan rapi didalam laci yang disediakan khas olehnya. Perasaan cintanya terhadap Aayaz Zayyan sudah terkubur sebaik sahaja dia disahkan buta. Baginya dia jauh daripada perkataan layak untuk jejaka itu.

"Although we are not destined to be happy together, at least I can still pray that you will be happy with your partner in the future." gumam Naila. Senyuman manis masih kekal terukir dibibirnya saat mengingati raut kacak seorang Aayaz Zayyan ketika mereka meluangkan rehat terakhir bersama.

Flashback

"Assalamualaikum. Tak nak layan saya yang kacak ni ke, si cantik manis?" tegur seorang jejaka kacak berpakaian sekolah warna biru pengawas yang sedari tadi sudah duduk berhadapan dengan gadis itu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now