Bab 2

351 21 1
                                    

     "Mama," panggil seorang gadis yang bernama Naila Ayana sebaik sahaja berjaya turun daripada tangga.

"Ya Allah sayang Mama! Kenapa kamu turun tak bagi tahu Mama ni? Kalau jatuh tadi macam mana ha?" tanya Puan Melati dengan nada penuh kerisauan. Langkah segera dibuka untuk mendapatkan satu-satunya puterinya itu.

Ibubapa mana yang tidak risaukan keadaan anak mereka terutama yang mempunyai kekurangan seperti Naila sekarang ini. Dia disahkan buta semasa dia berumur 18 tahun selepas mengalami kemalangan jalan raya bersama rakan sekelasnya semasa pulang daripada pertemuan mereka. Hanya dia sahaja yang mengalami kecederaan seperti ini sedangkan mereka yang lain hanya mengalami luka luaran sahaja.

"Aila ok la, Mama. Lagipun ni kan rumah kita juga jadi Aila dah terbiasa sangat dengan semua kedudukan dia." pujuk Naila. Tangan kanannya terus naik mencapai tangan si Mama lalu digenggamnya erat.

"Degil betul kamu ni sebijik macam Papa kamu tu." rajuk Puan Melati. Matanya memandang tajam ke arah suaminya, Tuan Naim yang sedang ralit membaca berita didalam Ipad miliknya.

"Ehhh! Papa pula yang kena. Apa citer? Papa duduk diam je tahu dekat sini daripada tadi." seloroh Tuan Naim membuat mereka tiga beranak ketawa bahagia.

Bagi Naila Ayana, dirinya sekarang sudah berasa sangat cukup dan bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sangat bahagia. Dia tidak memerlukan apa-apa lagi selain Allah memanjangkan umur kedua ibubapanya.

Cinta? Ia hanyalah satu impian yang telah terkubur sebaik sahaja dia disahkan buta. Dia sedar bahawa tiada seorang lelaki pun akan menerima perempuan buta sepertinya. Seperti yang diperkatakan oleh Idrees Qaid.

Idrees Qaid merupakan sepupu jauh yang juga merangkap tunang tidak jadi kepada Naila Ayana. Lelaki itulah yang menyedarkan dia bahawa dia tidak layak untuk dicintai oleh mana-mana kaum lelaki kerana kekurangan yang dialaminya ini. Mereka berdua hampir ditunangkan secara paksa oleh Mak Ndaknya iaitu mak kepada Idrees tetapi dengan izin Allah, perangai tidak semegah Idrees akhirnya terbongkar selepas dia secara terang-terangan menghina Naila, tepat dihadapan keluarga mereka.

"Dah jom kita duduk makan sarapan dulu ye, sayang." ajak Puan Melati sambil memimpin puterinya menuju ke meja makan.

"Ok, Mama." langkahnya terus dibuka menuju ke arah meja makan dengan bantuan Mamanya. Dia tidak menggunakan tongkat apabila berada didalam rumah mereka. Dirinya sudah pun terbiasa dengan keadaan rumah mereka itu.


"Kau balik cuti kali ni berapa lama, Yaz?" tanya Darwish sambil menyuap kacang Moi Fa ke dalam mulutnya dengan duduk bersila diatas katil milik Aayaz. Hanya mereka berdua sahaja yang tinggal, memandangkan Arash, Asyraaf, Areez dan Elman telah keluar melakukan hal mereka daripada pagi tadi lagi.

"Entah la, aku pun tak pasti. Mungkin sebulan dan mungkin dua bulan sebab dah setahun lebih kita tak balik cuti. Sibuk dengan misi baru-baru ni kan jadi cuti kalini aku ingat nak la spend time lama sikit dekat rumah." balas Aayaz tanpa menoleh langsung kearah sahabatnya itu. Tangannya ligat mengemas beg untuk dibawa balik ke rumah keluarganya petang nanti.

"Lama nau! Ni namanya betul-betul spend time ni." seloroh Darwish membuatkan mereka berdua ketawa serentak.

"Kena spend time betul-betul la, Riz. Sebabnya dah lama tak balik kan. Lagipun bukan selalu kita dapat cuti ikut suka ni. Bila selesai kes berat je baru dapat. Jadi memang kena hargai betul-betul peluang yang ada untuk rehatkan diri ni." jelas Aayaz lalu membaringkan badannya diatas lantai sebaik sahaja selesai mengemas. Penat dia mengemas begnya daripada tadi lagi.

"Betul juga ehh apa yang kau cakap. Kalau macamtu aku pun nak cuti lama juga la. Rindu nak spend time dengan family kat rumah tu." sokong Darwish.

"Hmm." balas Aayaz ringkas. Sedari tadi lagi matanya sudah pun terpejam rapat. Dia ingat nak lelapkan mata sekejap sementara menunggu Arash, Asyraaf dan Areez pulang, sebelum mereka berempat bertolak balik serentak.

"Yaz," panggil Darwish.

"Ye." balas Aayaz senada.

"Kau tak rindu gadis pujaan kau ke? Apa cerita ehh dia sekarang? Tak silap aku last kau kata kau jumpa dia pun masa dia bagi undangan pertunangan dia tu kan?" pertanyaan yang keluar daripada mulut Darwish itu membuatkan Aayaz kembali mencelikkan matanya.

Sudah lama dia tidak mengambil tahu tentang gadis itu yang merupakan cinta pandang pertamanya semasa gadis berada di tingkatan 1 dan dia di tingkatan 2. Sebaik sahaja dia mendapat undangan pertunangan gadis itu terus dia cuba menghentikan dirinya daripada terus mengambil tahu walaupun hatinya sentiasa merindui gadis itu. Gadis yang telah bertakhta didalam hatinya sehingga sekarang.

Apa khabar agaknya gadis itu sekarang. Mungkin dia sudah berbahagia bersama tunangnya atau boleh dipanggil suami memandangkan majlis pertunangan mereka itu sudah berlalu hampir 7 tahun lamanya seiring dengan dirinya mula berkhidmat dalam VAT69.

"Aayaz Zayyan! Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" lamunan jauh Aayaz terhenti akibat bentakkan Darwish itu.

"Entahlah aku dah lama tak ambil tahu tentang dia sebab kitorang dah lama lost contact lepas dia bagi undangan pertunangan tu. Lagipun masatu aku dengan Ash, Zeeq dan Reez tengah sibuk sediakan barang untuk masuk VAT69 dan UTK lepas permohonan kami diterima. Jadi memang tak sempat nak fikir benda lain dah." balas Aayaz dengan jawapan yang paling selamat ketika itu.

"Hmmm. Kalau si Elsa Sofea, adik sepupu kau dengan Ash tu macam mana pula? Dia dah tak ganggu kau ke? Dah giveup?" memang bukan Darwish Rizky lah kalau tak korek rahsia ni. Mengalahkan perempuan dah dia punya bergosip tu.

"Entah. Dah lama dia tak ganggu aku. Mungkin dia dah jumpa jodoh dia kut. Aku pun dah lama tak aktifkan nombor telefon satu lagi tu. Entah-entah dah kena potong nombor tu." balas Aayaz. Matanya sudah pun kembali terpejam rapat.

"Bila difikirkan balik. Kau tu bila pula Yaz?" tanya Darwish. Matanya kini memandang tempat ke arah sahabatnya yang sedang sedap terbaring di atas lantai bilik jejaka kacak itu sendiri. Tak sejuk ke si Aayaz Zayyan ni, yang tidur macamtu? Tahu penat tapi agak-agak jugalah. Lapik la sikit badan tu. Kang kena tarik mengkarung nanti kalut pula.

"Sebelum kau nak tahu jawapan aku, rasanya lagi better kau tanya diri kau tu dulu. Kita ni seumuran je tau." balas Aayaz sekaligus memprovokasi sahabatnya itu.

"Tak nak! Dah cepat bagitahu jawapan kau tu."

"Hmm...Jawapan aku senang je. Tunggu aku jumpa jodoh aku. Nanti bila aku dah jumpa si 'Dia' yang telah tertulis di Luh Mahfuz aku. Aku kahwinlah." balas Aayaz dengan jawapan paling selamatnya sekali lagi.

"Jawapan paling selamat kau kan, Yaz?" teka Darwish dengan riak malasnya. Faham sangat dengan perangai seorang Aayaz Zayyan ni.

Bila dah datang mood malas dia tu memang jawapan paling simple dan selamat lah yang dia akan bagi.

"Hmm, tahu pun." balas Aayaz senada. Jika dikira sampai yang sekarang, rasanya dah dekat 5 kali dia menguap kerana mengantuk.

"Riz," panggil Aayaz perlahan dan malas.

"Ye, kenapa?" balas Darwish. Tangannya masih tidak henti menyuap kacang kedalam mulut sedari tadi lagi. Ralit betul bila makan kacang, lagi-lagi bila dah lama tak makan. Perghhh! Nikmat dia tu hanya Allah je yang tahu.

"Aku nak lena kejap ni. Nanti dah masuk Zuhur atau diorang dah balik ke, tolong kejut ye. Tapi lebih baik kau tetapkan penggera juga, takut sekali dengan kau terlajak. Jawabnya tak balik Kedah la aku petang ni." kata Aayaz sambil menyelesakan posisi pembaringannya.

"Ok Supt. Zayn!" balas Darwish lalu dengan segera menetapkan penggera di telefonnya seperti yang disuruh oleh Aayaz tadi. 

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now