3

137 8 0
                                    

Jeritan Lylas bergema di ruang tamu membuatkan Kazi membaling bantal ke muka gadis itu. Jari terus diletakkan di bibir dengan mata yang membulat. Mendengar teriakan kawannya itu menambah perit di lututnya yang masih berdenyut walaupun sudah disapukan dengan ubat.

"Diam lah, kau jerit camtu nanti orang fikir ko kena dera tau? Tak pasal pasal orang rumah sebelah panggil polis!" Marah Kazi.

Tetapi Lylas masih lagi terkinja kinja di depannya. Teguran Kazi dibiar lepas seperti angin di telinga. Dia membaling semula bantal tadi ke arah Kazi yang duduk di sofa menghadap tv. Air di dalam diteguk rakus. "Jujur dengan aku! Kau tengok dia handsome kan? Kan?"

Kazi menatap tv semula dengan wajah yang merah. Drama yang bermain di skrin tv dipandang tanpa fokus. Malas nak melayan kerenah Lylas. Kalau dilayan nanti makin menjadi perempuan itu. Baik dia buat tak tahu saja. Padahal di dalam hati dirinya bersetuju 900% dengan soalan Lylas. Menipu nanti berdoa pulak. Mengaku dalam diam je lah macam biasa. Lylas mendengus tidak puas hati dengan reaksi Kazi.

"Babe, tell me. Aku tau kau mesti makin jatuh cinta dengan Saint kan? Dah tengok rupa dia betul betul, dah tu korang borak jugak entah berapa lama sampai lah aku keluar dari gym dengan Rhys. Nampak kan how much of a gentleman he is. Kalau aku pun cair tengok, kau apa lagi ye dak? Kau mesti nak dia kan? Jawab!"

Akhirnya Kazi mengalah. Dia turut berteriak di situ. "Ha ah! Aku nak dia! Bukan tahap suka suka je. Aku memang dah jatuh cintaaaa sangat dengan mamat tu! Puas?" Dia berdiri, meluahkan rasa yang membuak. Kalau nak dibayangkan, cintanya buat Saint seperti air yang diisi di dalam balang sehingga penuh. Tidak, seperti menuang air di dalam balang sehingga air mencurah keluar. Habis tumpah sudah! Kepala dipegang sambil dia menggeleng. "Argh... Macam mana ni? Aku tak plan pun nak makin terikat hati kat dia. Makin besar lah risiko aku kena reject weh."

Lylas menepuk bahu Kazi dengan kuat.

"Sebab tu aku dah buat plan hari tu. Misi Make Saint Falls For Kazi. Atau MSFFK for short." Dengan pandangan yang tajam, riak wajah Lylas tidak ubah seperti seorang yang bakal bertanding berpidato di atas pentas. Kazi terdiam. Nak nangis pun ada melihat kawannya itu.

"Habis tu kau nak aku buat apa ni?" Soalnya dengan lemah.

"Kau kena rapat lagi dengan dia babe. Sekarang ni kau masih dalam level 1. Korang berdua hanya tahap kenalan buat masa ni. So kau kena usaha untuk naik level 2." Muka Lylas berubah serius. Seolah olah apa yang dibincangkan mereka malam itu berkaitan dengan masalah dunia.

"Level 2 tu tahap apa pulak?"

Mata disepetkan. Lalu Lylas menjawab dengan suara yang sengaja digaraukan. "Kawan."

Kazi baru sahaja ingin bersuara namun dipotong terlebih dahulu oleh Lylas.

"Tapi! Bukan sekadar kawan. Kawan yang kau boleh mintak nombor dia tanpa kau rasa risau dilabel sebagai desperate." Ujarnya masih dengan suara yang garau. Bahu Kazi dipegang kejap.

"Nombor ekor ke?"

Lengan Kazi ditampar kuat sehingga membuatkan gadis itu terduduk semula di atas sofa dengan muka terkejut. "Sakit lah!"

"Nombor telefon dia lah, genius!" Tanpa mempedulikan Kazi yang masih menggosok lengan itu, Lylas kembali meneguk air. "Sayang betul lah. Kalau aku kau tadi kan memang aku dah mintak dah nombor dia. Punya lah lama korang borak kat luar gym tu, takkan tak terlintas kut kat kepala kau untuk tanya nombor dia? Be quick, Elle! Kalau kau ambik masa lama macam ni, nanti perempuan lain dah potong line kau tau? Kau tu dah lah cuma jumpa dengan dia bila ambik aku kat gym je. Kalau aku tak ke gym, memang tak jumpa la korang. Dah tu, dia kerja kat office. Handsome macam tu tipu lah kalau perempuan lain yang kerja kat tempat yang sama dengan dia tak cuba nak goda dia kan." Kata Lylas dengan panjang lebar. Kalau dia sudah serius memang dia akan terlepas memanggil kawannya itu dengan nama Elle.

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now