1

219 14 0
                                    

Jelingan dari kawan baik yang juga merangkap teman serumahnya itu dibiarkan tidak berbalas. Senyuman nakal di bibir merah Lylas Azreal Landher semakin mengembang mekar sambil dia menongkat dagu pada kaunter.

Kazi Elle Qausar mengeluh lalu tangannya berhenti menggubah bunga. Gunting diletakkan di atas meja. "Kau ni dah kenapa tersengih macam tu? Aku nak buat kerja pun jadi tak fokus dah sebab kau."

Lylas menuding jari ke wajah kawannya itu. Kazi mengangkat kening.

"Kau suka kat dia kan?" Tebak Lylas tiba tiba.

Kazi terus menundukkan muka. Darah terus menyirap naik, pipi terasa panas namun dia berpura pura tidak bereaksi. Padahal dia tahu yang Lylas sudah curiga akan dirinya selama ini. Mereka berkawan sejak dari sekolah menengah lagi, mustahil wanita itu tidak tahu akan perangainya apatah lagi mereka kini duduk serumah.

"I literally don't know what you're talking about." Gumamnya. Batang bunga yang panjang dipotong dengan gunting tadi.

Lylas tergelak kecil sebelum dia bergerak menuju ke belakang kaunter marble hitam itu ke arah Kazi yang masih duduk di meja belakang kaunter. Kazi meluangkan kebanyakkan masanya di situ untuk menggubah bunga, samada jambakan yang dipesan pelanggan mahupun sekadar untuk mengemas bunga bunga saja. Dah nama pun florist, memang menghadap bunga saja lah kerjanya.

Lengan Kazi ditolak lembut. Kalau tolak kasar sangat nanti kena marah pula. Dengan saiz badan mereka yang berbeza, sikit saja Lylas jentik pasti Kazi sudah mengaduh sakit. Tubuhnya terlalu kecil sampaikan Lylas serta orang sekeliling mereka risau akan kesihatan dan keselamatan wanita muda itu.

Mana taknya, dah lah badan kecik. Dah tu muka pun tak pandai nak naik matang juga. Getus hati Lylas. Mereka berdua berkongsi usia yang sama namun nampaknya hanya Lylas sahaja yang fizikalnya berubah bersesuaian dengan umur mereka. Kazi pula masih seperti dahulu. Tidak meninggi, tidak juga kelihatan matang seperti wanita 26 tahun yng lain. Lylas kadang kadang memikir yang kawannya itu mungkin vampire kut sebenarnya.

"Kau tak payah tipu la, babe. Aku tu kau suka kat dia. Bertahun aku kenal kau, tak pernah lagi aku tengok kau buat perangai macam ni sebelum ni." Ujar Lylas. Matanya berselang seli melihat sisi wajah Kazi dan tangan kawannya itu yang masih membelek bunga.

"Suka kat siapa? Kau jangan nak memandai boleh tak, Ly?"

"Siapa lagi kalau bukan Saint tu? Yang kawan dia sorang tu kau tak pernah pun nak tengok kan tiap kali kau ambik aku kat gym." Jawab Lylas, kali ini dia benar benar ingin mengetahui perkara yang sebenar. Kalau betul kawannya ini sudah jatuh cinta, itu adalah berita yang paling dahsyat dia pernah dengar. Kazi yang tak pernah ada boyfriend dan single sepanjang hayatnya ini sudah jatuh cinta? Marvelous!

Kazi melepaskan nafas berat. Dia meletakkan bunga bungaan di atas meja. Wajah Lylas yang putih melepak itu dipandang. "Saint tu siapa?"

Lylas menolak lengan wanita itu semula, kali ini sedikit kuat. Seperti yang dia agak, Kazi mula mengaduh di sebelahnya. Wajah yang kekal muda dan comel itu mula berkerut. Tangannya menggosok lengan yang terasa sakit. "Sakit la woi."

"Takkan nama crush sendiri pun kau tak tau? Dah berapa bulan kau jumpa dia kat luar gym tu, Kazi?" Geram pula Lylas dibuatnya.

"Mana la aku tau. Dah kitorang tak pernah borak."

"Ha ah, memang. Bagi salam je pastu kau bawak aku blah. Mana nak borak? Ish, kau ni... Dia tahu tau nama kau tapi kau tak tahu nama dia?" Komplen Lylas dengan bibir sedikit mencebik. Hairan pula dengan kawannya itu. Selama ini dia ingatkan Kazi sudah tahu nama gym buddynya itu rupanya tak.

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now