11

136 9 8
                                    

SAINT

Kereta Vios putih diparkir di hadapan kedai bunga Starbrite milik Kazi. Dia membetulkan kedudukan kaca mata di batang hidungnya yang mancung sebelum enjin kereta dimatikan. Kunci ditarik lalu dia melangkah kereta dari perut kereta. Anak matanya mencari kelibat Kazi di dalam kedai itu melalui cermin tingkap hadapan yang lebar dan luas. Namun apa yang dapat dilihat hanyalah bunga-bunga yang pelbagai jenis. Dengan langkah penuh keyakinan dia berjalan masuk ke kedai itu. Terdapat tiga orang wanita sedang berdiri di hadapan kaunter. Dada Saint mengembang sebaik sahaja dia melihat Kazi yang sedang melayan tiga orang pelanggannya itu.

Anak mata Kazi bertembung dengannya. Saint menangkap kemerahan yang mula tersebar di pipi gadis itu. Dengan tona warna kulit yang sedikit coklat, nampak sangat menarik di mata Saint melihat gadis itu memerah. Dia mengisyarat dengan menggerakkan kepalanya ke sofa di sudut kedai. Kazi mengangguk faham sebelum perhatiannya kembali pada tiga wanita yang masih galak berbicara mengenai hari mereka sambil membelek-belek tiga jambakan bunga yang berbeza di tangan masing-masing.

Saint mengambil duduk di sofa. Sejak mereka mula berkenalan, Saint sudah beberapa kali juga datang menjenguk tempat itu. Sangat bersih dan berbau wangi. Dengan dekorasi yang menaikkan seri, ditambah lagi dengan kepelbagaian bunga yang tersusun rapi. Chandelier bersaiz sederhana tergantung indah di ruang menunggu itu. Saint suka akan estetik kedai itu, sesungguhnya cita rasa Kazi sangat menepati keperibadian gadis itu sendiri.

Cantik dan menyenangkan.

Perhatian Saint dilontarkan kepada Kazi yang mengucapkan terima kasih buat pelanggannya sambil melambai. Senyuman manis menghiasi wajah comel itu. Dan apabila Kazi menunduk sedikit kepalanya sebagai tanda hormat, rambutnya yang lebat panjang paras dada jatuh menjurai. Pergerakan rambutnya sangat kemas dan smooth. Jelas rambut itu dijaga dengan baik oleh Kazi. Saint menekan rahang. Tangannya menggenggam belakang sofa dengan kejap.

               Wonder how good it smells.

Saint tersenyum sinis sendiri. Memang dia sudah tidak sejahil dahulu lagi, namun dia sendiri tak akan menafikan sikapnya yang mempunyai pemikiran yang sedikit nakal itu. Apatah lagi kalau melibatkan gadis di depan matanya ini. Kalau dah halal memang dia terkam saja. Lantak lah depan orang lain sekali pun.

Dia mengawal senyumannya bila Kazi memusingkan badannya. Sekali lagi mata mereka bertembung. Tapi Kazi kekal di situ, berdiri seperti anak patung di tengah-tengah kedainya. Senyuman Saint mula menyenget. Faham kenapa Kazi hanya berdiri di situ. Sepanjang dia meneliti Kazi, dia tahu betapa mudahnya wanita muda itu untuk merasa malu atau teragak-agak dalam melakukan sesuatu. Dia mengangkat punggung dari sofa sebelum mengorak langkah ke arah Kazi. Dia berhenti apabila jarak mereka hanya beberapa tapak. Mata Saint terus mencerlung ke arah tangan Kazi namun kedua belah tangannya diletakkan di belakang badan.

Saint menahan rasa. Kalau dia tidak dapat melihat jemari gadis itu dia takkan dapat melihat samada cincinnya tersemat di jari Kazi.

Kazi berdehem. "Awak apa khabar, Saint?"

Saint melarikan pandangan untuk fokus ke wajah Kazi. "I'm good. You?"

Kepalanya dianggukkan perlahan. "Saya pun okey." Pergerakan tadi membuatkan rambutnya jatuh di hadapan muka. Saint menahan dirinya dari menolak rambut itu, dia sudah berjanji tempoh hari untuk tidak menyentuh Kazi dengan sengaja lagi.

"So about last week..." Kazi memulakan. Kemudian, tangannya naik dari belakang badan untuk menolak rambut yang terjuntai itu ke belakang telinga. Saint sedikit tersentap melihat tiada cincin yang menghiasi jari-jemari itu.

SAINT : Vous Me PossédezWhere stories live. Discover now