Kazi bangun dari tidur dengan jantung berdegup laju. Dada yang terasa perit dipegang sambil matanya terbeliak meliar ke seluruh inci bilik yang asing itu. Dahi yang berkeringat dilap dengan telapak tangan yang sebelah. Bunyi telefon yang berdering di sebelah bantal terus disambar. Nama Saint terpampang pada skrin. Dia menelan liur sebelum menjawab panggilan itu.
"Abang?"
Dengan sepatah perkataan itu sahaja, Saint dapat menangkap nada suara Kazi yang yang belum pernah dia dengar sebelum ini. "Sayang? Kenapa ni? You don't sound good. Something happened?" Bertubi-tubi soalan singgah ke telinga Kazi. Sekali lagi dia mengelap peluh.
"Uhh.. yeah. I'm okay.."
Mata dipejam rapat, cuba untuk melupakan mimpi buruk yang membuatkan dia tersedar dari tidur tadi. Namun ia hanya membuatkan jantungnya semakin kuat bergetar.
"Sayang betul okey ni?" Soal Saint lagi. Suaranya mula kedengaran serius.
Kazi mengangguk berkali-kali seolah suaminya dapat melihat dirinya ketika itu. "Ya, sayang okey. Terkejut dengan phone bunyi sebab sayang tidur tadi." Ulas Kazi tanpa bercerita panjang. Saint mendiamkan diri di hujung talian, seperti sukar untuk mempercayai kata-katanya.
"Kenapa abang call? Kerja abang dah settle ke?" Tanya Kazi pula sambil menoleh pada jam yang tergantung di dinding bilik hotel itu. Baru sejam selepas suaminya keluar untuk urusan bisnes di situ. Kazi beristighfar dalam hati. Terlupa pula dia kini berada di Kuching dek tidur yang panjang selepas penat berjalan sebentar sebaik saja mereka tiba di situ kelmarin.
Dia mendengar seperti Saint tersenyum di hujung talian. "Baru sejam, sayang. Abang dah cakap kan semalam? Harini abang lewat sikit balik hotel. Abang call sebab nak check sayang. You sure you're okay?"
Kazi berdehem. Dia mengalih posisi lalu duduk di birai katil. Belakang baju yang terasa basah dipegang dengan sebelah tangan. Keluhan kecil dilepaskan. Mimpi punya pasal, sampai berpeluh dia jadinya. "Ya, abang. Sayang okey ni. Baru bangun tidur kan sebab penat sangat."
"Penat sangat? Kita jalan sikit je pun semalam." Saint diam sejenak sebelum Kazi menangkap senyuman suaminya sekali lagi. "Malam tadi pun abang tak rakus sangat kan?"
Terus merah muka Kazi. "Dah, dah! Go to work. Banyak lagi kerja tu, nak sembang dengan klien semua kan. Jangan balik lambat sangat, boring la sayang kat hotel ni sensorang."
Saint tergelak namun tidak dihiraukan Kazi.
"Dah lah. Sayang nak mandi." Ucap Kazi dengan nada sedikit tinggi.
"Lah, tunggu lah abang balik nanti. Kita mandi sama-sama."
"Bye!"
Sebelum Kazi meletakkan panggilan, dia dapat mendengar tawa Saint semakin galak. Semenjak dia menjak ini, suaminya makin kuat mengusik. Tanpa menunggu Saint membalas, dia sudah menekan butang merah di skrin telefonnya. Wajah diusap kasar. Tanpa dipinta, mimpi tadi kembali bermain di fikiran.
Nak dikatakan mimpi ngeri tak juga, tapi mimpi itu membuatkan dia menjadi panik sehingga dia terjaga dari tidur bermandikan peluh sendiri. Rambut yang panjang berurai digosok kasar. Lantai bilik dipandang kosong sambil dia berfikir sendiri.
Di dalam mimpinya, dia gembira meluangkan masa bersama Saint. Pada awalnya, mimpi itu sangat indah. Siap ada rama-rama lagi. Tapi tiba-tiba sahaja ada kelibat seorang wanita yang muncul membelakangi mereka. Wajahnya tidak kelihatan. Namun sebaik sahaja wanita itu datang, suaminya terus berlari ke arah wanita itu tanpa mempedulikan dirinya lagi. Dia menjerit memanggil Saint tetapi lelaki itu terus berlari mendekati wanita misteri itu dan apa yang membuatkan Kazi semakin panik apabila Saint terus memeluk wanita itu. Buat kali terakhir dia memanggil Saint dan akhirnya Saint menoleh ke arahnya. Mulut lelaki itu mula membentuk perkataan.
"She's the one I want."
Kazi memegang dadanya lagi. Dia tahu ia hanya lah mimpi. Mungkin tiada maksud yang tersirat tapi dia tak dapat menafikan bahawa benda itu... ayat itu boleh menjadi nyata dan Saint mungkin akan mengucapkan benda sama dan kali ini ia bukan lagi mimpi tetapi realiti.
Setiap kali Kazi merasakan kebahagiaan bersama lelaki itu, menikmati setiap saat bersama Saint, dia akan diingatkan akan sebab sebenar lelaki itu mengahwininya.
Demi untuk menjaga dirinya.
Bukan sebab cinta.
Kazi tergelak sendiri. Matanya pula mula berkaca. Memang selama ini, malah sebelum mereka bernikah lagi dia hanya bertepuk sebelah tangan. Mungkin Saint turut suka padanya tapi cinta? Ia dua perkara yang berbeza. Rasa suka itu boleh berubah pada bila-bila masa. Kazi mengetap bibir. Dia takut akan sampai waktunya Saint jatuh cinta pada wanita lain di luar sana. Tidak mustahil untuk itu berlaku, dirinya sedar akan perkara itu. Tapi apa yang paling menakutkan ialah... Saint meninggalkan dirinya untuk perempuan lain.
Apa yang lebih merunsingkan ialah tentang perempuan yang pernah disebut-sebut suaminya sebelum ini. Walaupun Saint tidak pernah lagi menceritakan perihal wanita itu dengan lebih terperinci, hati Kazi kuat mengatakan siapapun dia, orang amat penting pada Saint. Seorang yang sangat penting sehinggakan... mungkin... boleh menjadi penyebab untuk Saint keluar dari hidup Kazi.
Kepala yang berserabut digosok lagi. Badannya penat, otaknya lagi lah sakit. Dia percayakan Saint kerana lelaki itu sendiri sudah berjanji akan menjaga dirinya. Dan Kazi mengambil kata-kata lelaki itu sebagai "tidak akan pernah melukai hatinya". Untuk lelaki itu tidak menyakitkan hatinya, harus sahaja maksudnya termasuk "tidak akan meninggalkan dia". Itu yang dia faham dari setiap ayat yang pernah diluahkan Saint padanya sebelum ini. Dia yakin dan percaya pada Saint.
Apa yang dia tidak percaya ialah masa silam lelaki itu. Dia risau apa yang telah ditinggalkan Saint akan datang kembali dan merampaskan suaminya. Saint masih mempunyai rahsia yang belum dikongsi dengannya dan lelaki itu sendiri sudah berjanji untuk menceritakan semuanya namun sehingga sekarang lelaki itu masih sukar untuk membuka mulut. Yang diberikan hanyalah cebisan-cebisan. Apa yang Kazi tahu hanyalah mengenai orang tua lelaki itu. Yang lain? Saint masih mendiamkan diri. Kalau tak ditanya, memang tak dijawab.
"Ah! Pening lah macam ni! Baik aku mandi." Gerutu Kazi apabila tiada pangkal hujung pada diskusi di dalam kotak mindanya. Buat masa sekarang, dia hanya ingin menikmati masanya bersama Saint. Esok bulan madunya mereka akan bermula, dan benda terakhir yang dia inginkan ialah terus merunsingkan fikiran dengan perkara yang dia sendiri masih tidak pasti.
YOU ARE READING
SAINT : Vous Me Possédez
Romance"Kahwin dengan I, Kazi." "Tapi kita tak pernah dating. Kenal pun tak sampai setahun. Awak sanggup ambil risiko untuk saya?" Kazi Elle Qausar jatuh cinta dan memendamnya beberapa bulan tanpa pengetahuan si jejaka sebab dia manusia yang malu. Lagipun...